Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Friday, December 20, 2013

Baby Kecik Tengok Dunia Part 1

Alhamdulillah.

Saya dah selamat mengeluarkan makhluk comei dari perut saya. Kihkih. Tak sangka si comei ni boleh duduk dalam perut saya yang kecik ni. Hebat kuasa tuhan kan.

Saya start sakit "contraction"  dari 25.11.2013. Haaaa rasa nya macam nak pecah punggung. Duduk tak kena, diri tak kena, baring pun tak kena. Hehe 1st time mengandungkan mana tau contraction tu macam mana kan. Punya sakit  dari pagi tahan sampai petang. Pastu husband ajak gak pergi check kat hospital malam tu. Alaaaa saya malu kalau kena halau. Cissssss kan dah kata mesti kena halau balik. Nurse bawak pergi labour room, tunggu dr Khamsiah datang check baru buka 1cm kata nya. Dia suruh balik dulu kalau sakit datang lagi.

Haaaaa esok nya 26.11.2013 lagi sakit rasa nya. Tapi saya jenis segan nak tunjuk sakit depan mak ayah buat cool je. Tu mak asik cakap sampai sekarang saya tak sakit sangat. Padahal kat husband rasa nak nangis sakit gila. Kali ni husband track contraction every berapa minit. Bila sakit je dia isi kat excel kat ipad. Cetttt hi-tech sangat laa tu. Memang konsisten laa 10 minit contraction. Petang tu gak packing barang pergi hospital dengan harapan tak kena halau. Nurse check reading contraction, kali ni dr Khamsiah suruh admit terus bila tengok reading contraction tinggi.

Fuh bilik single standard full. Isk hospital swasta pun boleh full kan. Saya takmo 4 bedding or double bedding. Saya nak bilik sorang!!!! Haih terpaksa laa amik family suite. Takpe laa tambah sikit je sebab AIA cover harga bilik single. Melepak laa saya petang tu ngan husband menunggu dr Khamsiah datang. Heee dr Khamsiah ni memang banyak patient. Kalau check up tu berjanggut gak laa tunggu turn. Tapi husband pun suka dia. Baik kata nya. Patut nya pukul 6.30pm nurse cakap dr Kham nak datang check tapi dekat pukul 8 lebih baru datang. Dia check baru bukaan 2cm. Tapi insyaAllah kata nya esok boleh deliver. Saya dengan sayu nya mintak ubat tahan sakit. Sakit punggung macam nak pecah!! Haha. Dalam pukul 10 lebih nurse datang cucuk ubat kat punggung. Haih ubat tu tak bagi effect apa2 pun. Pukul 1am camtu merengek saya kat husband suruh carik nurse cakap saya nak ubat lagi.

Haaaaa dalam pukul 2.30am nurse datang check dah 3cm. Dorang tanya nak epidural ke.Haha saya tak pikir panjang sebab tengah sakit kan. Memang request la. Lantak laa cucuk tulang belakang ke jarum besar ke. Tak dulik dah, yang pasti saya nak tidur takut time deliver nanti penat. Lebih kurang pukul 3am saya masuk labor room sebab nak cucuk epi. Lawak gila dr epidural tu explain term2 tapi  saya  tenung je dia. Tengah sakit ni doc!! Tak paham satu pe main sign je form. Okay dia cucuk tulang belakang seriusss tak rasa apa. Perasaan nak pecah punggung tu lagi terukkkkk.

Lepas je cucuk epi tu rupa nya saya terus pengsan sampai pukul 6am. Tengok husband ada sebelah tak tidur kot dia. Hehe. Dia cakap reading contraction saya tinggi gila tapi sebab epi saya tak rasa sakit langsung.

Alaaaaamaaakkk panjang pulak ni! Baby kecik pun dah macam nak bangun. To be continued kkkkk..




Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p