Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Tuesday, November 19, 2013

Menunggu saat itu!!

Yeayyy..usia kandungan saya dah cecah 38 minggu 4 hari. Bebila masa je boleh meletup. Last check up, saya ngadu kat doc, rasa baby dok tolak2..Hui doc cakap baby dah masuk jalan memang laa rasa camtu. Hihi then doc bagi mc. Happy laaaaaaa. Tak payah lagi menapak pergi kerja. Dah bertahun2 naik public transport. Masa pregnant ni baru rasa tak seronok nyeeeee public transport kat malaysia ni. Tak mesra pregnant lady. Kui2..my wish ada rumah tepi KLCC. Haha berangan jela kan. Kadang-kadang rasa nak bawak kereta. Tapi pikir nak bayar tol, parking, minyak dengan jem nya, xjadi laa.

Haaaa masa check up tu, amik darah untuk check reading HB. Adoii reading rendah pulak. Doc cakap bahaya boleh effect masa bersalin tumpah darah. Gulp. Tatau pun tumpah darah tu camne. Maka menggugel laa saya. Hmmmmm boleh bawak kepada kematian. Doc bagi ubat lagi nak tambah darah, Malas nyeeeee saya nak telan ubat lagi. Haish.

Harap2 baby kecik sihat2 laa. Kekadang terpikir gak, kalau tuhan jemput saya masa bersalin. Mampu tak husband nak jaga baby kecik sesorang. Kesian baby kecik. Hehe semoga Allah bagi kesempatan kat saya jaga baby kecik. Amin.

Saya bahasa kan baby lam perut as baby kecik. Mesti comel kan jejari kaki ngan tangan dia. Sayang baby kecik dalam perut. Muaaahssss!!!

So kat sini, saya nak mintak maaf kat semua ye. Doakan proses bersalin saya dipermudahkan. :)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Friday, November 1, 2013

36 weeks!! makin berdebar

Hari ni genap 36 weeks pregnant.

Fuhh emosi turun naik. Bila rasa penat sangat mula rasa nak nangis. Hehe perut naik tapi berat badan sendiri tak naik. Abang kakak cakap cam orang afrika jer. Cisssss!!

Hmm husband tak confirm  lagi balik bila. Redha dan tawakal je la kan.

Yeay esok nak check up lagi. Tak sabar nak tengok baby kecik kat machine scan Hospital Annur yang kuno tu. Haha. Plan nak deliver kat situ. Banyak doc perempuan. Lagipun if husband tak sempat balik, InsyaAllah boleh pergi sendiri. Saya kan perempuan gigih. Kihkih. Padahal before tidur meleleh gak air mata.

Weekend lepas, pergi Mom & Baby expo. Uhhh xde laa best sangat. Baik pergi Pureen warehouse sales. Hihi tak best pun sempat gak rembat stroller Quinny Zap Xtra dengan carseat Maxi Cosi Pebble. Berpeluh gak nak bayar, Ah nanti claim kat husband. Haha.

Ingat nak beli after pantang tapi sangat laaaa tergoda time tu. Ce tengok cuteee gilaa carseat attach kat frame stroller Quinny ni.



Dahlaa parking jauh gila. Masa nak beli tu pikir gak camne nak heret menda ni sorang2 pergi parking. Hehe sebek pergi dengan member. Dia paksa bro jual stroller ni tolong hantarkan at least kat tepi jalan after saya kuar parking. Kalau saya pergi sorang je confirm, pasrah je heret menda ni sampai parking sendiri.

Haaaa tak heret pun, sampai rumah tengok jari jari kaki gemok. Bengkak sebab jalan dan diri lama sangat time expo tu. Seksa betoi rupanya pregnant ni. T____T

Nanti saya review pasal stroller dengan carseat ni. Best ke xbest. Heeee..



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p