Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, October 20, 2013

Insomnia & Stress

Last week insomnia menjadi-jadi. Dari pukul 2-3 pagi tak boleh tidur melarat jadi pukul 5 pagi. Tuhan je tauuu letih sangat badan. Nasib laa apply cuti raya Haji hari Isnin dan Rabu. Haha kalau tak mau pengsan time kerja.

Bila dah tak cukup tidur, mula laaa stress kan. Dengan badan letih, rasa berat je perut. Syaitonnnn mula start cucuk jarum la pe lagi. Emosi takyah cakap laa. Tetiap malam nangis, pastu dok whatsapp en husband suruh balik. Kalau suruh je takpe lagi. Ni mula nak mengamukkkkk cari gaduh time duduh jejauh ni. Hehe.

Sepanjang pregnant ni, rasa baru 2 kali emosi terlebih. 1st masa awal2 pregnant. Masa tu baru bertukar hormone kan. Kihkih en husband lak masa tu project dia tengah busy stage. Aiyaaa balik lambat je laaa dia. Pe lagi mengamuk abis campak barang-barang masa dia xde. Ampunnnn bang xbuat lagi. Nasib baik laa en husband ni jenis cool. Tengok hasil amukan tu dia releks je kemas balik. Pastu bertenang kejap baru laaa ktorang slow talk. Setakat ni tak pernah lagi la gaduh teruk lelama. Mana boleh wooo lelama, rindu nak cakap dengan dia. Hehe. Lagipun dosa laa gaduh dengan husband.

Terbaru ni, memang tak boleh ngamuk campak barang. Haha kang sendiri kena kemas pulak. Hehe lagi pun tak baik laa ngamuk2 camtu mau darah tinggi.

En husband bagitau ada member dia boleh replace dia kat offshore. Tapi dia cakap nak stay sampai agreed schedule which is hujung bulan ni. Saya dengan mengada nya tak puas hati pertikaikan laa nape  tak mintak balik jeee nowww dah ada orang nak replace kan. Mula laa start tulis mengarut, tuduh en husband selfish, tak sayang saya laa dan macam lagi. Perempuan biasa laaa kan. Hihi. Pastu tetiba dia cakap kalau boleh dia nak terjun laut terus boleh dapat balik. Woooo..terus tak jadi nak ngada lagi. Takut pulak dia terjun betoi2. Haha dia pun stress gak kan tinggal bini kesayangan dengan ngandung lagi.

Then slow talk lagi. Dia pun cakap dia paham saya letih tak tidur kena tinggal lama lagi. Pastu penakut pulak tu. Oh sepanjang tak boleh tidur tu saya dengar cam orang tengah iron kt luar bilik. Keluar tengok tak ada orang pun. Haaaa scary tak??

Pastu en husband pun suruh saya jangan pk bukan-bukan dan bertenang. Before tidur dia mintak baca ayat kursi 9 kali sambil usap-usap baby kecik. Nape 9 kali tu tatau laa. Hehe. Alhamdulillah berkesan gak. Sekarang dah boleh tidur awal sikit.

Hmm nampak tak permainan emosi masa pregnant ni, syaitonnnn yang buat. So mari kita mohon Allah lindungi kita dari kejahatan syaiton ni. Amin.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

0 WishingStar: