Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, October 20, 2013

Insomnia & Stress

Last week insomnia menjadi-jadi. Dari pukul 2-3 pagi tak boleh tidur melarat jadi pukul 5 pagi. Tuhan je tauuu letih sangat badan. Nasib laa apply cuti raya Haji hari Isnin dan Rabu. Haha kalau tak mau pengsan time kerja.

Bila dah tak cukup tidur, mula laaa stress kan. Dengan badan letih, rasa berat je perut. Syaitonnnn mula start cucuk jarum la pe lagi. Emosi takyah cakap laa. Tetiap malam nangis, pastu dok whatsapp en husband suruh balik. Kalau suruh je takpe lagi. Ni mula nak mengamukkkkk cari gaduh time duduh jejauh ni. Hehe.

Sepanjang pregnant ni, rasa baru 2 kali emosi terlebih. 1st masa awal2 pregnant. Masa tu baru bertukar hormone kan. Kihkih en husband lak masa tu project dia tengah busy stage. Aiyaaa balik lambat je laaa dia. Pe lagi mengamuk abis campak barang-barang masa dia xde. Ampunnnn bang xbuat lagi. Nasib baik laa en husband ni jenis cool. Tengok hasil amukan tu dia releks je kemas balik. Pastu bertenang kejap baru laaa ktorang slow talk. Setakat ni tak pernah lagi la gaduh teruk lelama. Mana boleh wooo lelama, rindu nak cakap dengan dia. Hehe. Lagipun dosa laa gaduh dengan husband.

Terbaru ni, memang tak boleh ngamuk campak barang. Haha kang sendiri kena kemas pulak. Hehe lagi pun tak baik laa ngamuk2 camtu mau darah tinggi.

En husband bagitau ada member dia boleh replace dia kat offshore. Tapi dia cakap nak stay sampai agreed schedule which is hujung bulan ni. Saya dengan mengada nya tak puas hati pertikaikan laa nape  tak mintak balik jeee nowww dah ada orang nak replace kan. Mula laa start tulis mengarut, tuduh en husband selfish, tak sayang saya laa dan macam lagi. Perempuan biasa laaa kan. Hihi. Pastu tetiba dia cakap kalau boleh dia nak terjun laut terus boleh dapat balik. Woooo..terus tak jadi nak ngada lagi. Takut pulak dia terjun betoi2. Haha dia pun stress gak kan tinggal bini kesayangan dengan ngandung lagi.

Then slow talk lagi. Dia pun cakap dia paham saya letih tak tidur kena tinggal lama lagi. Pastu penakut pulak tu. Oh sepanjang tak boleh tidur tu saya dengar cam orang tengah iron kt luar bilik. Keluar tengok tak ada orang pun. Haaaa scary tak??

Pastu en husband pun suruh saya jangan pk bukan-bukan dan bertenang. Before tidur dia mintak baca ayat kursi 9 kali sambil usap-usap baby kecik. Nape 9 kali tu tatau laa. Hehe. Alhamdulillah berkesan gak. Sekarang dah boleh tidur awal sikit.

Hmm nampak tak permainan emosi masa pregnant ni, syaitonnnn yang buat. So mari kita mohon Allah lindungi kita dari kejahatan syaiton ni. Amin.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, October 14, 2013

33 weeks :)

Hui mencabar betoi masuk 3rd trimester ni. Encik husband kena pergi offshore. Nasib laaa kerja service company, bukan dapat pergi kejap-kejap. Laaaaamaaaa okay! Apa lagi drama air mata la kitee ni kannnn. Tapi nasib baik laa memang dok rumah family lagi at least makan minum terjaga lagi. 


Sehari lepas encik husband pergi saya dapat syndrome insomnia. Masa tu ingat sebab cuaca panas. Lepas mandi malam pun rasa berhaba lagi. Memang terkebil-kebil laa tak boleh tidur. Hehe nasib saya sebelum kahwin memang jenis independent. Lepas kahwin jeee encik husband kiteee tuuu terover protective. Eh eh bukannn terlebih sayang nama nya. Haha. Pergi kedai dekat pun kena dengan dia. Tapi sebab dia xada ni "terpaksa" laaa saya pergi merayau Alamanda sesorang. Tu pun dah kena ceramah awat tak bawak ayah ke adik teman. Leceh laaa bawak orang. Kiteee nii nak rembat baju baby kecik lagi kang susah kalau ada orang ikut.

Haaaa tak pikir panjang saya pun beli aircond brand panasonic kat sengheng. Cis budak Sengheng beria kata type yang ada inverter ada promo tang installation. Bila swipe credit card (tak kan mak buyong ni nak pergi kuar cash banyak2, kang haru kena rompak) , baru budak tu detect promo dah habis. Lorrrrr gituuuu takmo laaa inverter bagai ni. Saya paksa gak dia cancel amount yang dia swipe tu. So saya opt aircond brand panasonic yang ada econavi tu. Hihi murah sikit. Lagipun ni bakal tinggal kat rumah mak. Takkan nak cabut bawak pindah rumah baru. Kang ada kata kedekut taik hidung masin!!! Hmmmm camna orang tau taik hidung masin, lu orang jangan tanya k. 

Yanggggggg musykil nya after pasang aircond terus rasa sejuk time malam. Tak payah on pun tak apaaa. Kipas pun cukup. Hanginnnnn takkkkk! haha tapi still insomnia tak habis sampai laaa ni. Pening kepala sebab malam tak cukup tidur.

Hurm rasa syndrome ni jadi sebab rindu en husband kot. Kerja saya check berapa haribulan je. Harap baby kecik tak keluar awal dan tunggu abi dia balik. Okay laaa rasa cam dah boleh tidur dah. Nak tempek pic baju baby dah siap basuh tapi xpandai lagi insert pic dari ipad. Lain kali laa cuba.

Okayyyyy mari tidur!!




Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p