Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Monday, September 16, 2013

Peneman baru

Assalamualaikum,

1st entry dalam tahun 2013! Dan hari ini Hari Malaysia!! Selamat Hari Malaysia semua. Happy betoi dapat cuti lama kan.

Sebenar nya dah banyak kali try mengarang satu entry. Dah tulis sebaris ayat then padam balik.  Terasa macam pelik pulak nak start berblog balik. Post title pun jenuh nak pikir nak letak apa. Tapi sebab dah dapat gadget baru ni buat semangat berkobar-kobar nak update blog. Heeee.




Ipad mini = Peneman baru 



Dah lama dah mengidam nak ipad mini ni since ringan dan besar sikit dari skrin iphone. Kecik sangat laa iphone nak usha- usha barang online shopping. PC lak encik husband asik konker. Eh eh tak tak. Haha. Sebenar nya kaki asyik krem je bila duduk kat kerusi kalau main PC lama sangat.

So semalam pagi-pagi gurau kat encik husband, 

Abang, wishlist saya nak beli ipad mini. Abang asik konker pc je (cubaan menyalahkan dia..haha kejam2). Bila turn saya nak main PC pulak. Hihi. 
Haaaa dia jawab. Okay je. Lagi nak apa? Haha cis sungguh.

Petang tu, ktorang pergi Alamanda. Nak prepare sikit baju-baju maternity. Alhamdulillah kandungan dah masuk 29 weeks. Baby dalam perut pun dah mengganas buat aksi ala2 Mike Tyson dalam perut. Kadang-kadang rasa dia buat cakaran harimau dalam tu. Ah takpa sekarang kita bagi can. Nanti dah keluar siaplaaa kita ikat dia pakai bedung. Hahahahaha. Niat jahat sungguh.

Bila dah habis shopping, tetiba encik husband ajak beli ipad mini. Haha. Iskkkkkk!!! Berbelah bahagi tau sebab duit banyak lagi nak pakai untuk renovate rumah dan prepare barang baby kecik. Tapi akhir nya terbeli gak. Senyummmmm lebar ler saya.

My husband yang sweet macam gula ni kalau bab beli gadget memang dia support 100%.  Lagipun dia takut saya bosan duduk rumah, dia nak naik ke laut dekat sebulan lebih. Tu yang tunaikan gak wishlist wife dia yang ngada ni. Hihi.

Baby kecik tunggu abi balik ye. Jangan keluar dulu. Sian dia nanti risau. Anak baik dengar cakap kan. :p

Pssst : Siapa nak sewa veil or samping. Sila email k_anne216@yahoo.com  Sorry kadang-kadang malas bukak blog. Veil tu off white.  :)




Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

0 WishingStar: