Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, January 29, 2012

Haiya tolak campur 5 bulan lagi la!

Hmmmm..rupa payah jugak nak kahwin ni. Or saya sorang je yang complicated. Mood nak kahwin pun macam air pasang surut. Kejap nak, kejap tanak. Jangan dah sampai date nya nanti cabut lari pulak. Haha. Ya Allah permudahkan lah!!

*wuuuuuu..jadi wife orang nanti takleh golek2 atas katil tidur je!! =.=

Okay meh tengok sepanjang 7months+ jadi tunangan orang apa saya dan encik tunang dah setelkan. Hihi. Kitorang ada gant chart. Bajet laa kan macam project company riban-riban sampai ada timeline.

Checklist:

1.Wedding procedure
Kursus kahwin - Done
HIV Test - Pending
Borang permohonan kahwin - Pending  (pssstt..laki kena mohon dulu baru perempuan boleh hantar kat tok kadi)

2. Venue
Nikah - Pending (Rumah or Masjid Besi Putrajaya?? *pening*)
Majlis belah saya - Done (Full Payment 1 month before event)
Majlis belah laki -  Done (rumah dia je)

3. Wedding dress
Nikah - Pending ( Lace + Chiffon dah beli, kain baju melayu + sampin dah beli)
Majlis belah saya - Pending (Lace + Chiffon dah beli, kain baju melayu dah beli)
Majlis belah dia - Pending (Dah usha songket)

oh selalu ada majlis bukak hadiah waktu malam:
Gown - Pending

4. Catering
Nikah - Done (Masak sendiri)
Reception - Pending (Sri Angsana / Rassdeco catering)
Bertandang - Pending (Gotong royong??)


5. Hantaran (4 vs 4)
Saya:
Phone - Done
Handbag + kasut - Pending kat kasut
Perfume - Done
Facial set - Done

* Cincin + mas kahwin - Pending

Dia:
Phone - Done
Kasut - Done
Perfume - Done
Jam - Done

deco by Cemara Qaseh

6. Photographer

Nikah - Done (Candidsyndrome)
Majlis belah saya - Done (Candidsyndrome)
Majlis belah dia - Done (Upah adik adik je..Hehe)

7. Pelamin
Nikah - Pending (DIY or by Cemara Qaseh)
Majlis belah saya - Done (by Cemara Qaseh)
Majlis belah dia - Pending (DIY or none)

8. Make up artist
Nikah - Pending
Majlis belah saya - Pending
Majlis belah dia - Pending

9. Doorgift
Majlis belah saya - Pending
Majlis belah dia - Pending 

10. Invitation card
Majlis belah saya - Pending
Majlis belah dia - Pending 

11. PA system & kompang
Majlis belah saya - Pending

Majlis belah dia - Pending

Haaaa..banyak nya pending lagi..kira yang saya list kan ni big items laa. Hoho kalau tengok gannt chart ada banyak lagi. Hmmmm..cool!! Orang lain dalam masa sebulan pun boleh setel. Ye tak?? Hehe. Eh korang kalau tertinggal apa-apa yang penting tolong bagitau~~



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p