Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, December 18, 2011

Mengemas!!

Uwaaa sepah nyaa rumah. Sepah sepah! Haha. Mau tak sepah nya. Mak punggah bilik mak & adik. Saya pun tak boleh kalah laa. Kena memunggah bilik saya jugak la. Dah punggah *awat eja punggah ni aneh betol, layan je la labu..opss sambung ayat balik, dah punggah memang la sepah. Macam persamaan serentak la.

Mak nak beli set katil baru. So sebelum beli kena laa keluarkan barang-barang tak guna dalam bilik mak tu. Dah dekat 3 tahun duduk rumah Putrajaya ni, tapi mak belum ada perabot pun lagi dalam bilik mak. Hihi. Of course laa masa nak beli saya nak ikutttttttt! Sebab nanti kahwin nak pinjam la set katil baru kan kan. Saya bukan kedekut tak nak beli baru. Tapi katil saya elok dan kukuh lagi. *Mak please beli katil yang ada tiang 4 tu ye. Baru cantik buat bilik pengantin..LOL

Haaaa. Saya susun balik baju baju dalam almari. Macam-macam khazanah jumpa. Haih. Tak muat laa almari ni. Kecik sangatttttt! Nak beli dah tak cukup budget dah. Banyak lagi duit nak pakai untuk kahwin. Sapa kata perempuan tayah simpan duit kahwin? Hui. Nak bayar dewan, penggubah hantaran, pelamin, make up artist dan banyak lagi..Bankrupt!!! Nak mintak mintak mak ayah ni I tak biasa lorr.

Cakap pasal kahwin, tak ada satu entry pun saya tulis pasal saya bertunang. Haih kan orang cakap tunang-tunang tak baik kecoh. Tapi diri sendiri tak kecoh pun gambar bertunang berlambak kat Facebook. Hehe. Tak apa la..kuat kan semangat doa kat tuhan moga ada jodoh. Ye tak???

Tengah susun baju kurung dalam almari jumpa baju tunang tak jadi saya & baju tunang yang saya pakai masa bertunang la. Fuh panjang betol putar belit.

 Baju tunang tak jadi!

Haaa..kain baju ni beli kat Bandung masa bulan 4 tahun ni. Masa beli seyes belum plan nak bertunang pun. I ingat encik tunang nak hantar rombongan merisik je sebelum pergi Bandung. Mak aih. Sekali balik Bandung ajak bertunang terus. Eh tapi tak plan nape saya beli siap2???Hahaha.. gatal eh? *kantoi*

Baju tunang pakai masa tunang laa!!!

Eh tetiba masa nak tempah baju tunang, rasa baju beli kat Bandung tu tak glemer u!! Haha terus cakap kat tailor takmo jahit baju tu nak beli kain lain. Padahal rasa macam sama je tak glemer. Haha saya suka baju yang simple!Sekarang menyesal sebab pilih kaler putih, baju kaler putih nak pakai pergi mana? *ada orang nak sewa baju buruk ni? tayah laa korang kang singkat je..=p

Okay dua dua baju putih ni agak semak dalam almari sebab bila saya nak pakai lagi. Kena ada kenduri baru laa boleh melaram kot. Nak pakai pergi opis kang rasa over sangat dengan manik manik tu.

Ehhhhhhhhhhhhhhh...lagha tulis entry ni. Bilik tak siap kemas lagi. Arghhh apesal esok kerja!!!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p