Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aildiladha 2011

Salam bloggers semua!!

Kenyang makan daging korban tak??? Kat rumah ni rezeki banyak lak atok bawak daging dari kampung, pastu ayah ada share bahagian korban gak. Tetiba malam ni jiran bagi daging gak! Jenuh laa makan daging sepanjang minggu ni.

Tahun ni beraya dekat rumah sendiri. Sedara semua malas balik kampung so pilih rumah ktorang laa jadi "kampung" dalam bandar. Opah ngan atok pun datang rumah.

Haih kalau rumah sendiri jadi tempat singgah sedara mara, letih nya toksah cakap laa. Dari hari Jumaat sampai laaa 10 minit yang lepas. Haha. Kerja non stop. Basuh pinggan dah berapa trip dah. *okay..orang cakap buat kerja jangan ungkit..heeee

Dapat mak ayah yang mendahulukan tetamu ni memang kadang - kadang rasa mencabar hati dan perasaan. Hehe. Sobs sampai abes lauk dinner mak bagi kat tetamu. Saya pulak terpaksa mengharap masakan dari mamak di Presint 9 untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Mak memang jenis ajar anak-anak kalau makanan dah tak ada jangan merungut depan tetamu. Haha. Okay, saya merungut kat FB je. Tengok lauk pauk abes, saya pandang mak dengan rasa kecik hati. Haha. Tapi kejap je kecik hati sebab dah selalu dah macam ni. Bagi mak dapat bagi tetamu makan boleh murah rezeki. Tak apa. Malam raya mamak Presint 9 still beroperasi dengan meriah nye. Hehe.

Terkenang masa kecik-kecik dulu. Dengan kereta buruk, berlubang lagi lantai kereta. Tapi sebab anak-anak mak masa tu behave tak ada pulak ktorang jatuh dalam lubang tu. Haha kalau jatuh terus ke jalan raya. Dulu duduk Selangor, perjalanan ke kampung di Perak naik kereta buruk tu memang mencabar. Bertolak awal pagi sampai mesti dah dekat pukul 10 - 11 malam. Nak singgah makan lagi leceh. So bila dah dekat dengan rumah Opah, mak akan pesan kat ktorang adeq beradeq kalau orang tanya dah makan belum cakap je dah makan. Haha. Patuh kotttt!!! Opah tanya ulang kali dah makan belum. Semua cakap dah. Tak pun cakap kenyang dah Opah. Hihi. Tapi Opah tau ktorang belum makan. Gigih gak sediakan makanan untuk ktorang.

Kadang-kadang rasa letih sangat sebab mak ayah rajin sangat. Tapi kalau pikir balik, compare letih mak n ayah yang jaga 8 orang anak, pergi pasar, siang ikan, masak lagi pastu kerja gak. Apa laaa sangat yang kita buat? Lagipun betul murah rezeki. Makin lama hidup makin senang. Hui..kena belajar jangan merungut!!! Hahahahahha tapi tu dah habit dari azali.

Okay done bebel..Selamat Hari Raya kekawan~~ =)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p