Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, September 11, 2011

Syurga di telapak kaki ibu

Mood raya lagi kan. So apa salah bagi cerita syahdu-syahdu ni. Tapi tak ada la syahdu mana pun.

Alkisahnya. Adeq saya paling bongsu berumur 8 tahun dan berjantina lelaki. Biasanya kalau anak lelaki ni memang rapat dengan mak. Kami panggil "mak". Bukan ibu mahu pun mummy.

Adeq saya ni memang pelik. Kalau tak dapat makanan yang dia teringin memang taknak makan. Masa bulan puasa aritu jenuh sebab semua makanan kena berasaskan masak pedas. Telur masak pedas, ayam masak pedas, daging masak pedas, ikan masak pedas dan lain-lain. Haha. Pagi petang siang malam adeq saya akan order masakan ni kat mak. Ikutkan hati saya, memang taknak layan adeq saya ni takpun silap-silap kena pelempang sedas! Haha saya kakak yang garang. Hui. Sampai muak makan masak pedas ni. Memang la kami adeq beradeq suka makan pedas - pedas. Tapi taknak ah semua kaler merah. Masak lemak cili padi pun pedas jugak kan kan? Hehe.

Malam ni, sekali lagi adeq merengek nak telur masak pedas. Tapi kali ni mak kurang sihat, so masak malam ni di in charge oleh saya. Hish. Kalau ikutkan tangan yang tengah sakit ni memang tak larat gak nak masak. Tapi tengok condition mak lagi teruk. Teringat kalau mak larat sakit macam mana pun confirm mak masak. Ni memang tak berapa larat. Haih tak larat pun mak still pergi pasar dengan ayah beli lauk untuk esok hari.

Permintaan adeq memang tak dilayan la kan. Haha. Saya kakak yang kejam!! =p Selambe pergi makan dulu tak pedulik la dia nak telur tu. Adeq saya ni kecik -kecik pun kalau tak dapat apa yang dia nak. Memang boleh mengamuk gak.

Tengah makan,

Mak : Iman..iman (nama adeq saya yang berumur 11 tahun)..Tolong amikkan mak air..*cough*..

Padahal Iman dah ada kat bilik dia. Confirm tak dengar mak saya panggil dia. Saya pulak ada kat dapur menjamah makanan. Haha. Kakak yang kebulor!

Jeng jeng. Tiba-tiba saya tengok adeq bongsu saya dengan muka masam amik cawan dan isi air untuk mak saya. Haha. Comei!! Mak tak suruh dia pun. Tapi laju jeeeee dia bawak segelas air untuk mak.

Heeee. Tu nama nya sayang mak!! =p Saya offer nak masakkan untuk dia telur yang dia mintak. Terus jeling saya cakap , "ADI TANAK MAKAN!".

Hahahahaha. MERAJUK!!!! Sekali, mak tak sampai hati buat jugak telur dia nak. Hehe. Saya nak buat tapi dia cakap mak buat lagi sedap. Nak buat camne kaaaannnn?? Mak selalu cakap ini ibu, ibu tak akan sampai hati buat tak tau kat anak-anak. Heeee. =)

Saya doakan adeq saya bila dah besar nanti taat kat mak saya. Syurga kan bawah telapak kaki ibu.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

2 WishingStar:

kHaiRuLdiN said...

amin.. semoga menjadi anak2 yang soleh

kay-N said...

amin..insyaAllah ding pun same..anak laki kne dgr cakap mak..=)