Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Monday, September 12, 2011

Pilihan

*sigh*

Boleh cakap hari ini saya tak productive. Kerja macam tak kerja. Sampai rasa sakit kepala pikir masalah negara ni. Tak tak, tu hyperbola.

Saya balik rumah. Memang rasa sakit kepala so balik terus naik ke bilik saya. Mak cakap bilik saya macam kat atas kayangan. Kalau dah naik jarang saya nak turun balik. Hehe. Letih la mak! =.=

Tapi tadi saya turun kejap, dah perut bunyi kruk-kruk. Lapa! Tengok mak tengah masak. Hampir siap so saya jamah kek coklat raya dan biskut raya je lapik perut dulu. 

Mak bagitau sebenarnya tadi adik saya yang "sakit" tu panggil saya ajak jalan-jalan. Terdiam sekejap. Hmmmmm. Bukan selalu adik saya boleh mintak apa yang dia nak. Selalu ada dalam dunia dia sendiri sampai tak peduli orang lain. Nampak sangat tadi dia okay! *sobs* Sorry WA, kakak ni letih sangat sampai tak dengar permintaan yang hanya sekecil kuman.

Umur dia beza 2 tahun dari saya. Dah besar dah dewasa. Kalau dia okay mesti jadi perempuan yang sweet lagi comei. Kulit putih melepak bukan macam saya macam kena celup arang. Mesti banyak laki-laki yang nak mengorat dia. Hehe. Sapa nak angkat tangan?

Okay, saya janji bila saya tak letih saya nak bawak dia jalan-jalan. Dia suka berenang! Mungkin boleh bawak pergi pantai. =)

Haih. Nampak tak 3 entry bercerita hal family. Saya tak tau saya patut pilih yang mana. Career yang diidam atau family yang tersayang. T____T

p.s : Saya bukan anak manja atau tak pernah jauh dari family. Saya hanya rasa family perlukan saya.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

1 WishingStar:

Aliff said...

wah yeke?? hehe nnt bwk la g jln2 hehe xpon... nnt nk g sngpore kn?? ha bwk laaa hee