Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Monday, September 12, 2011

Pilihan

*sigh*

Boleh cakap hari ini saya tak productive. Kerja macam tak kerja. Sampai rasa sakit kepala pikir masalah negara ni. Tak tak, tu hyperbola.

Saya balik rumah. Memang rasa sakit kepala so balik terus naik ke bilik saya. Mak cakap bilik saya macam kat atas kayangan. Kalau dah naik jarang saya nak turun balik. Hehe. Letih la mak! =.=

Tapi tadi saya turun kejap, dah perut bunyi kruk-kruk. Lapa! Tengok mak tengah masak. Hampir siap so saya jamah kek coklat raya dan biskut raya je lapik perut dulu. 

Mak bagitau sebenarnya tadi adik saya yang "sakit" tu panggil saya ajak jalan-jalan. Terdiam sekejap. Hmmmmm. Bukan selalu adik saya boleh mintak apa yang dia nak. Selalu ada dalam dunia dia sendiri sampai tak peduli orang lain. Nampak sangat tadi dia okay! *sobs* Sorry WA, kakak ni letih sangat sampai tak dengar permintaan yang hanya sekecil kuman.

Umur dia beza 2 tahun dari saya. Dah besar dah dewasa. Kalau dia okay mesti jadi perempuan yang sweet lagi comei. Kulit putih melepak bukan macam saya macam kena celup arang. Mesti banyak laki-laki yang nak mengorat dia. Hehe. Sapa nak angkat tangan?

Okay, saya janji bila saya tak letih saya nak bawak dia jalan-jalan. Dia suka berenang! Mungkin boleh bawak pergi pantai. =)

Haih. Nampak tak 3 entry bercerita hal family. Saya tak tau saya patut pilih yang mana. Career yang diidam atau family yang tersayang. T____T

p.s : Saya bukan anak manja atau tak pernah jauh dari family. Saya hanya rasa family perlukan saya.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, September 11, 2011

Syurga di telapak kaki ibu

Mood raya lagi kan. So apa salah bagi cerita syahdu-syahdu ni. Tapi tak ada la syahdu mana pun.

Alkisahnya. Adeq saya paling bongsu berumur 8 tahun dan berjantina lelaki. Biasanya kalau anak lelaki ni memang rapat dengan mak. Kami panggil "mak". Bukan ibu mahu pun mummy.

Adeq saya ni memang pelik. Kalau tak dapat makanan yang dia teringin memang taknak makan. Masa bulan puasa aritu jenuh sebab semua makanan kena berasaskan masak pedas. Telur masak pedas, ayam masak pedas, daging masak pedas, ikan masak pedas dan lain-lain. Haha. Pagi petang siang malam adeq saya akan order masakan ni kat mak. Ikutkan hati saya, memang taknak layan adeq saya ni takpun silap-silap kena pelempang sedas! Haha saya kakak yang garang. Hui. Sampai muak makan masak pedas ni. Memang la kami adeq beradeq suka makan pedas - pedas. Tapi taknak ah semua kaler merah. Masak lemak cili padi pun pedas jugak kan kan? Hehe.

Malam ni, sekali lagi adeq merengek nak telur masak pedas. Tapi kali ni mak kurang sihat, so masak malam ni di in charge oleh saya. Hish. Kalau ikutkan tangan yang tengah sakit ni memang tak larat gak nak masak. Tapi tengok condition mak lagi teruk. Teringat kalau mak larat sakit macam mana pun confirm mak masak. Ni memang tak berapa larat. Haih tak larat pun mak still pergi pasar dengan ayah beli lauk untuk esok hari.

Permintaan adeq memang tak dilayan la kan. Haha. Saya kakak yang kejam!! =p Selambe pergi makan dulu tak pedulik la dia nak telur tu. Adeq saya ni kecik -kecik pun kalau tak dapat apa yang dia nak. Memang boleh mengamuk gak.

Tengah makan,

Mak : Iman..iman (nama adeq saya yang berumur 11 tahun)..Tolong amikkan mak air..*cough*..

Padahal Iman dah ada kat bilik dia. Confirm tak dengar mak saya panggil dia. Saya pulak ada kat dapur menjamah makanan. Haha. Kakak yang kebulor!

Jeng jeng. Tiba-tiba saya tengok adeq bongsu saya dengan muka masam amik cawan dan isi air untuk mak saya. Haha. Comei!! Mak tak suruh dia pun. Tapi laju jeeeee dia bawak segelas air untuk mak.

Heeee. Tu nama nya sayang mak!! =p Saya offer nak masakkan untuk dia telur yang dia mintak. Terus jeling saya cakap , "ADI TANAK MAKAN!".

Hahahahaha. MERAJUK!!!! Sekali, mak tak sampai hati buat jugak telur dia nak. Hehe. Saya nak buat tapi dia cakap mak buat lagi sedap. Nak buat camne kaaaannnn?? Mak selalu cakap ini ibu, ibu tak akan sampai hati buat tak tau kat anak-anak. Heeee. =)

Saya doakan adeq saya bila dah besar nanti taat kat mak saya. Syurga kan bawah telapak kaki ibu.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Friday, September 9, 2011

Lelaki dan dot dot ..

Laki kan kalau suka kat perempuan memang kena cerita pasal perempuan tu kat member 24/7 ke? Haha. Tatau lak kalau encik ehem saya tu pun cerita dekat member dia pasal saya.

 Saya dah jumpa banyak laki kalau tengah syok kat perempuan, cerita kat saya every details po dorang buat. *dalam hati saya, "saya pun ada gak"* Haha. Ala ala. Tak kesah pun nak cerita tapi kadang - kadang kesah la gak kan. Saya ada masalah dunia gak, contoh macam perang dunia ke-3. Kadang - kadang rasa rimas laa kalau hari - hari report macam buat experiment pulak. Padahal kalau buat lab report malas pulak kan? Haha.

Saya ingat sebab telinga saya ni orang suka tu sebab orang cerita dekat saya. *Mode sedey telinga capang..sebek pakai tudung >.<* Tapi kan kan, tetiba ada member perempuan saya pun cakap, kawan laki dia asik cerita pasal "awek" dia. Pergi dating, beli apa pun report detail gila. ANEH!

Kitorang pun mula la buat comparison, lelaki jenis macam ni, masa belum dapat perempuan dia suka, buat kita very very important person. Yela nak menadah cerita-cerita syahdu. ADOI! Sekali dah dapat jadi awek, jadi macam kacang lupakan kulit pulak. Tegur sapa kita pun takmo kan? Wish raya pun tanak kan? *tapi ada saya kesah?*

"Takut lewwwwww tewwww awek marah!" <<-- Haha gedik kan? kan?

So apa kata korang? =p Perempuan ada macam ni gak ke???

p/s: Saya suka update status dekat facebook. Kome mesti menyampah gak kan kan?? Ini manusia tak sedar diri sendiri. Hehehehe.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya bloggers semua,

Maaf saya macam biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada. Almaklum laa busy aje. Cewah  busy2 pun facebook active gak.

Suka hari raya sebab mak masak sedap-sedap. Laksa wajib ada. Oh tapi ni belum buat lagi. Nak buat open house nanti baru masak laksa la kot. Alaaa tapi kalau tak ada open house pun mari je datang, insyaAllah de rezeki punya.

Cakap pasal syukur ni, saya bersyukur dapat mak yang pandai masak. Hihi. Ayah yang rajin tolong mak kat dapur. Adik beradik yang grrr grr boleh mendatangkan sakit jantung. Ye laa..kadang - kadang memang laa ada konflik keluarga tapi adat la kan. Bila duduk diam-diam, bertapa kejap, saya syukur ada ramai adik beradik. *mode sedey adik pergi dubai hari ni*. Dah abis dah cuti sem dia, tak boleh hantar dan amik kakak dia pergi kerja.

Errr saya yang suggest red theme..haha tapi tak sangka dorang beli kaler merah macam ni!! =.= Saya tak ada baju pun sama kaler cam dorang..sobs..*oh yang tengah tak bertudung itu adik saya yang istimewa*

Hihi..dua dah kahwin, turn saya pulak laa lepas ni. Yeyeyeyeye. *okay ni saja gedik*


Note : Saya suka tengok mak layan tetamu datang rumah. Well, ramai tatau melayan tetamu itu wajib! Gulp..korang nak datang raya roger-roger dulu okay.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p