Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Saturday, June 18, 2011

Antara cita-cita dan dot dot dot..

2001
PMR? Keputusan gemilang. Tahun yang amat bermakna. Ukhwah rakan se-dorm semakin hebat!

2002
Sains hayat atau sains fizikal?

Mak..saya tak suka laa nak bedah-bedah orang. Makan ubat pun tanak. Tak guna amik biologi. Bukan saya nak jadi doktor pun.

Mendapat tentangan hebat. Mak mahu seorang doktor dikalangan ahli keluarga yang hampir ke semua belajar akaun.

SI DEGIL. Subjek lukisan kejuruteraan paling ditakuti. Haha, Takde bakat melukis langsung. Satu malam sebelum membuat pilihan. Budak-budak la katakan. Komik Dragon Ball menjadi pengukur pandai melukis ke tak. Haha. Lukis gamba Goku, Kurin dan macam-macam lagi. Eh cantik lak. Pos kepada seorang kawan sekolah yang berada di kampung. =.= Sebab pandai lukis muka Goku, Sains Fizikal menjadi pilihan. Senang bukan?Hehe.

Sebelum ujian bulanan pertama, SI DEGIL ke Genting. Study? Jangan harap. Haha. Hasil nya?

Lukisan kejuruteran = FAIL!!!!

Pertama kali dalam hidup ada subjek fail. Kecewa? Tak rasa apa pun. Cuma rasa sedikit sedih. Kawan-kawan baik semua nya di kelas biologi. Bila sedih, maka kelas mereka jadi tempat singgah. Ponteng kelas pun pergi kelas dorang. =)

Tak ada pun mustahil dalam dunia ni. Dari fail, usaha tangga kejayaan.

2003

SPM? Lukisan kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan = A1. Haha. Gulp. Aneh rasanya. Isi borang ke universiti. Subjek kejuteraan menjadi pilihan.

2004 - 2008

Belajar, mirc, mapley. Masih bercita-cita menjadi seorang jurutera hebat.

2009 - now

Masih mahu jadi jurutera? Nak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi pengorbanan tu perlu. Sobs! 



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p