Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, March 27, 2011

Dari Telor Ayam ke Golden Egg

Haa.

Err..tajuk entry mungkin tidak bersesuaian tapi peduli la. Tu je yang terlintas dalam kepala otak saya yang tengah risau pasal kerja. Hihi. Risau risau tapi sempat lagi berblog kan? =p
 
"Telor ayam" di sini saya gambarkan sebagai "markah 0" dalam peperiksaan, manakala "Golden Egg" saya maksudkan sebagai "peningkatan yang baik". Jangan salah paham eh. Cerita Golden Egg yang sebenar adalah berlainan dari apa yang saya maksudkan. Sila google sendiri oke? Fuh!!! Skema nya menulis. =)

Bukan nak bagi tips jawab exam ye adeq-adeq. Akak ni dah kerja so soalan-soalan exam masa sekolah dulu dah outdated. Haha. Tapi nak bagitau kat adeq-adeq yang baru lepas ambil result SPM tu mana-mana result SPM tak elok sangat tu jangan laa sedih sangat. Heyyyyy..peduli aaa orang nak cakap apa. Dapat 9E confirm orang mengata, tapi jangan hairan kalau dapat 9A pun orang mengata jugak.  =) *cough* tapi sebab dah dapat 9E tu [ada ke orang dapat 9E?], *result tak elok* pasni kena usaha lebih sikit laa kan?kan? kan? Dalam dunia ni semua orang pandai, tapi pandai tu tuhan anugerahkan mungkin dekat certain-certain tempat.

Bebel..bebel..bebel..mesti ada orang cakap, hekeleh..cekgu dah habaq banyak kali ah. Semua tu kami tau..Ngeeeeeee..

Hahaha. Adik bongsu saya berumur 8 tahun. Pertengahan tahun 1 baru pandai membaca itu pun kena mengeja. Sekarang dah masuk tahun 2, baru boleh membaca tanpa mengeja. Setiap kali exam confirm laa dapat markah 40++%. Haha sedih!! Kami adik beradik masa ni boleh score sampai 100%. Tapi jangan tatau, kalau diajar adik ni dan kena dengan cara dia boleh gak dapat result elok.

Satu malam, saya tengok jadual exam dia ada subjek sains. Saya suruh dia bawak buku sains mengadap kakak dia yang semua orang kata macam mak tiri. Hahahaha. Cesss. Tajuk Living Thing and Non Living Thing. Ah!! Kacang je getus hati saya.

Saya : Adi tau tak camne nak beza kan benda hidup dengan benda bukan hidup?


Adi : ....??? ...


Saya : Hishhhh menda ko belajar kat sekolah ni. Senang je, Adi manusia kan? Haaa nak membesar kena makan tak? Benda hidup ni kena makan pastu membesar. Pastu boleh bergerak. 

Tiba-tiba, saya terus menari macam haiwan-haiwan dalam cerita Madagascar. Salah satu cerita favourite kami.


" I Like to move it, move it"

Hahahahaha. Tak sangka, cara saya mengajar Adi tak sampai satu sejam menyebabkan result dia antara terbagus dalam kelas. Adi tunggu saya balik kerja semata mata nak cakap,

"Nasib baik A*** ajar Adi Sains, cikgu cakap Adi dah pandai"

Heeee. Sedih pulak dengar dia cakap camtu. Lepas ni kena ajar subjek lain pulak!! =.=

pssstt: Cita -cita saya nak jadi cikgu, tapi masa menengah atas saya berubah nak jadi ENGINEER. Tapi saya masih belum dapat menjadi engineer. T_____T



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

3 WishingStar:

Aliff said...

hehe.. ada peristiwa begini rupanye.. hehe bgus3! hee.. aja apit jgk la nnt ye..

de_hydrates said...

terharu T_T

kay-N said...

En Aliff : hehe..boleh2..tp sy garang..jgn apit nanges pulak..=p

safwan: hihi..dulu rajin aja safwan math..haha..padahal safwan memang dh pandai..=)siap ada buku kotak-kotak suh jawab soklan..haha..