Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, March 27, 2011

Dari Telor Ayam ke Golden Egg

Haa.

Err..tajuk entry mungkin tidak bersesuaian tapi peduli la. Tu je yang terlintas dalam kepala otak saya yang tengah risau pasal kerja. Hihi. Risau risau tapi sempat lagi berblog kan? =p
 
"Telor ayam" di sini saya gambarkan sebagai "markah 0" dalam peperiksaan, manakala "Golden Egg" saya maksudkan sebagai "peningkatan yang baik". Jangan salah paham eh. Cerita Golden Egg yang sebenar adalah berlainan dari apa yang saya maksudkan. Sila google sendiri oke? Fuh!!! Skema nya menulis. =)

Bukan nak bagi tips jawab exam ye adeq-adeq. Akak ni dah kerja so soalan-soalan exam masa sekolah dulu dah outdated. Haha. Tapi nak bagitau kat adeq-adeq yang baru lepas ambil result SPM tu mana-mana result SPM tak elok sangat tu jangan laa sedih sangat. Heyyyyy..peduli aaa orang nak cakap apa. Dapat 9E confirm orang mengata, tapi jangan hairan kalau dapat 9A pun orang mengata jugak.  =) *cough* tapi sebab dah dapat 9E tu [ada ke orang dapat 9E?], *result tak elok* pasni kena usaha lebih sikit laa kan?kan? kan? Dalam dunia ni semua orang pandai, tapi pandai tu tuhan anugerahkan mungkin dekat certain-certain tempat.

Bebel..bebel..bebel..mesti ada orang cakap, hekeleh..cekgu dah habaq banyak kali ah. Semua tu kami tau..Ngeeeeeee..

Hahaha. Adik bongsu saya berumur 8 tahun. Pertengahan tahun 1 baru pandai membaca itu pun kena mengeja. Sekarang dah masuk tahun 2, baru boleh membaca tanpa mengeja. Setiap kali exam confirm laa dapat markah 40++%. Haha sedih!! Kami adik beradik masa ni boleh score sampai 100%. Tapi jangan tatau, kalau diajar adik ni dan kena dengan cara dia boleh gak dapat result elok.

Satu malam, saya tengok jadual exam dia ada subjek sains. Saya suruh dia bawak buku sains mengadap kakak dia yang semua orang kata macam mak tiri. Hahahaha. Cesss. Tajuk Living Thing and Non Living Thing. Ah!! Kacang je getus hati saya.

Saya : Adi tau tak camne nak beza kan benda hidup dengan benda bukan hidup?


Adi : ....??? ...


Saya : Hishhhh menda ko belajar kat sekolah ni. Senang je, Adi manusia kan? Haaa nak membesar kena makan tak? Benda hidup ni kena makan pastu membesar. Pastu boleh bergerak. 

Tiba-tiba, saya terus menari macam haiwan-haiwan dalam cerita Madagascar. Salah satu cerita favourite kami.


" I Like to move it, move it"

Hahahahaha. Tak sangka, cara saya mengajar Adi tak sampai satu sejam menyebabkan result dia antara terbagus dalam kelas. Adi tunggu saya balik kerja semata mata nak cakap,

"Nasib baik A*** ajar Adi Sains, cikgu cakap Adi dah pandai"

Heeee. Sedih pulak dengar dia cakap camtu. Lepas ni kena ajar subjek lain pulak!! =.=

pssstt: Cita -cita saya nak jadi cikgu, tapi masa menengah atas saya berubah nak jadi ENGINEER. Tapi saya masih belum dapat menjadi engineer. T_____T



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, March 21, 2011

Say No To Plastic Bags

Ha korang tau tak Malaysia dah join kempen "Say No to Plastic Bags". Bukan perkara baru tapi dah lama. Ada sesetengah kedai pilih hari Sabtu sebagai hari no plastic bags dan ada yang hari Selasa. Bergantung kepada kedai atau negeri.

 Source google:

Bagi saya ni adalah usaha yang bagus. *ehem..ehem* [betulkan microphone]. Hahaha. Cehhh. Macam nak bagi ucapan wakil rakyat je kan. Tak boleh blah betul.

Tapiiiiiiiii korang. 

Geram tau tak?? Just imagine korang kat situasi saya.

Saya : [*siren kecemasan..pilih barang cepat-cepat..dan bayar eh tapi sebelum tu dah pusing satu kedai cari notis bila say no to plastic bags kat kedai ni..Fuh sebaik tak ada]

Cashier :  [Keting!!!keting!!]

Saya : [Keting!!ketingg!!]

Cashier ; [Buat bodo bagi benda tu]

Saya : Tak ada plastik ke??

Cashier : Tak ada..~~

Weh hangin weh. Cashier tu dah la perempuan, at least sebelum saya bayar  bagitau laa tak ada plastik. Eeeeee. Gila apa nak bawak tayang-tayang kat orang. Dah laa beg saya kecik je nak kaver macam mana? Nasib baik kawan cashier tu memahami, dia bagi gak plastik walaupun kecik dan muat-muat je nak bubuh barang tu.

Moral of the story, sebelum bayar tanya cashier ada plastic bag ke tak. Or kalau nak tambah plastic bag setakat bayar 20 sen apa salah nya dari memalukan diri sendiri. Ye tak???? Kena ingat rakyat Malaysia ni bukan open minded sangat-sangat lagi dan benda yang memalukan ni kena laa cover-cover kan. Uh!!

Cuba amalkan macam kedai Mesra dekat presint 10. Sebelum saya bayar dah bagitau siap-siap tak ada plastik bag. Saya okay je la sebab tengok barang yang saya beli tak ada benda yang bukan-bukan. Haih dahla lepas tu siap tolong angkat barang-barang tu masuk kereta lagi. Hihi.

Kedai berkenaan sila take note okay?? =p

**pssttt korang tayah nak imagine saya beli barang bukan-bukan pulak. Kalau shampoo seketul pun tak akan korang nak bawak camtu je? Nak pergi tengok movie lagi. Hahaha. Tak pasal kang kena pergi parking kereta sebab barang seketul je.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Wednesday, March 2, 2011

Sudah hampir setahun

Rajin pulak tulis blog.

Semalam dah update, hari ini update lagi. Hahaha. =.=

Boleh la kan kan????

Godek-godek entry lama, terjumpa entry pasal saya sakit. April 2010, dan sekarang March 2011. Hampir setahun. Hmmmm.

>.<

Takutnya kalau kahwin pastu pregnant. Perghhhh!! Rasa nya mesti bertambah sakit. Sekarang kurus kering pun dah sakit segala macam kalau ada orang dalam perut errr mesti lagi teruk. Ye tak?? Hahahahaha. Ni nama nya tetiba cari penyakit imagine benda bukan-bukan.

Orthopedic ke -3,
Susah saya nak cakap awak sakit apa, better jumpa neurologist. Kalau boleh operate kita operate.

 Source : Google

*Gulp*

**Mode entry tulis macam diary. Huh!!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, March 1, 2011

127 hours - Don't give up and do not give up!!!

127 hours = 5 days ++

Ha apa tu 127 hours? Tajuk filem la.Hmm sapa yang pernah tengok dan suka cerita Slumdog Millionaire, ini lagi satu filem arahan Danny Boyle. 

Source: imdb - 127 hours

Cerita ini adalah kisah benar Aron Ralston, seorang pendaki gunung dan dilakonkan semula oleh James Franco. Aron Ralston telah terperangkap sebab tangan dia dihempap batu besar. Nak angkat batu tu memang tak boleh ah.

Seriously cerita ni memang best sebab mood filem tu dinaikkan dengan shot yang cantik, lagu yang menarik memainkan emosi dan flashback yang memberi pengajaran yang amat berguna kepada penonton dan semestinya kepada Aron.

Hahahaha. Cewah! Ala korang memang best ah cerita ni. Sapa tak suka tak tau la.

Jom je la tengok trailer.


There is no force on earth more powerful than the will to live
Dia dapat survive ke tak?

Okay tak nak spoil kan cerita ni. Tengok sendiri la beb! =)

**psst..pengajaran dari cerita ni, nak pergi mana-mana tolong laaa bagitau orang lain..Kalau orang tak tau mana korang pergi, hilang ke ditimpa malapetaka ke tak ada sapa boleh tau. =p



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p