Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, January 30, 2011

Dong Dong Si Mata 4

Sapa tau apa itu dong dong si mata 4?

Haha. Masa saya kecik-kecik dulu ada cerita kartun, nama dia dong dong si mata 4 sebab dia rabun. Kalau tak pakai spek, dia tengok tv sampai melekat kat skrin. Just imagine saya pun macam tu. Hahaha. Comei kan??? *cepat cakap comei kalau tak saya nangis sambil ngadap dinding..T____T

Saya start pakai alat ajaib ni start dari darjah 3. Ajaib gila menda ni, tiba-tiba je semua nampak. Jerawat korang pun clear tau. Opss. Saya tak ada jerawat! *berlagak esok kompem berpinak-pinak kat muka~~OMG!

Hishhh ni semua sebab durhaka kat parent. Haha. Dorang tak kasik baca komik masa kecik-kecik. Tapi sebab masa tu Dragon Ball sangat best, dan GOKU itu sangat kacak. Mesti laa kena baca kan???? Baca dalam gelap! Ngeng! Padan muka kan dah rabun. =.=

Tapi ada kebaikan tau rabun ni. Kalau masa tidur kan, tiba-tiba ada benda menakutkan kat depan mata. Confirm laa tak nampak. Hahaha. Fuh!!! Tolong jangan membazir masa kacau saya masa tidur. Rabun saya dah tahap berbahaya! =p

Ehhhh..motif entry ni??

Hihihihi.


 Parcel : Contact lense dan spek baru

 Baru tau buat spek pun dapat waranty card. Haha. 

 Oh..beli yang skema punya sebab dah kerja. Saya suka beli spek merepek~~ Haha!!


Pstttt..saya beli kat kedai kawan saya kerja kat Sungai Petani. Layanan memang best!! SHAHARUDIN OPTOMETRIST~~ =p



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, January 29, 2011

Hoi! Orang "B"..Jangan misscall boleh?

B stand for B. Haha.

Ce teke ce teke? B for what? Ni nak cerita ni.

Sakit hati tau sekarang ni. Dalam sehari confirm dapat misscall dari no start dengan prefix +880. Haa. Korang nak tau dari mana?

 Nampak tak???Haaaa. Camna nak check? Klik SINI.

Nampak sangat saya ni ada peminat dari luar negara kan?kan? Hahahaha. =.= Borang untuk jejaka Malaya kat Malaysia ni pun dah habis. Tak mampu la nak layan dari luar negara pulak. Bluweeeekkk! Perasan gila kan saya? Hahaha. Memain je eh.

Saya nak tuduh orang kuning bagi number phone saya kat orang B. Sebab kan, saya tak pernah bagi pun number DIGI saya kat orang yang saya tak kenal dan tak letak kat Facebook pun. Patut saya boleh je ignore unknown number ni. Tapi saya bengang la kan. Masa saya tidur kat hotel baru-baru ni, baru je nak terlelap phone bunyik. Arghhhh! Ingat kan emergency ke pe. Ingat senang ke nak tidur kat hotel tu!! Hahahaha. Marah sebab susah nak tidur masa kat hotel. Grrr.

So tadi saya comment laa kat DIGI pasal number yang dok kacau saya tidur ni. Tabik ah kat customer service DIGI. Baru je comment terus dia call kita ni. =.= Saya comment la maybe number phone yang saya dapat last year ni, recycled number. Aiseh!!! Sekali DIGI mengaku lak dia memang recycle number yang dorang terminate. Mak aiiihhhhh! Recycle laa number yang dah terminate 30 tahun yang lampau ke. Jangan ah baru terminate. Uwaaaaa. Siap cakap dorang tak boleh block gak!!

Tak apa laa no..sabar je la. DIGI cakap ada software yang boleh black list number yang dok misscall ni. Haaaa korang tau tak software apa?

Nampak tak pukul berapa tu??? 9AM ++. =.=
Masa tidur saya dikala weekend!!!! *Marah

Haaaa..ni pulak masa saya tengah rushing balik kerja. 
Hoii! Penat carik handphone dalam handbag tau!!


Pssttt..korang suka tak orang "B"? Kalau suka sila contact number tu. Hehe. Tapi ape ape pun, saya berterima kasih dekat DIGI sebab contact saya dengan cepat. Sedap sikit hati bila dorang amik berat hal customer. Hahaha. Oihh DIGI..tengok marah-marah pun promote jugak! Baik ko muncul jadi BE saya sekarang. =.=



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Friday, January 21, 2011

Tips : Hilang kan rasa takut

Hishhhhh!

Kalau tengok kaki saya, eh bukan NOTA KAKI saya. Saya tengah nervous la. T_____T Minggu depan kena outstation pergi Kerteh untuk seminggu laa. Uwaaaaaaaaaaaaaaa. Saya tak takut pun nak present depan orang, tapi saya takut dok hotel sorang-sorang. 4 malam tau! Hish ni rasa nak nyanyi lagu 3 Malam Tanpa Bintang~~~  *errr ada kaitan ke lagu ni?pangggg!! tampa diri sendiri

Haih. Mengeluh lagi. Ni 1st time outstation lama camni dan duduk hotel yang sama selama 4 hari! Dahla boss baru cerita seram kat hotel tu. Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk!!!!Tak sanggup nak pergi. Haih! Dekat rumah pun tak pernah lagi dok sorang-sorang. *sigh!

Korang ada tips tak nak hilangkan rasa takut duduk hotel sorang-sorang tak? Haha. Meh saya share apa saya buat bila takut dekat hotel.

Bukak semua lampu 

Expected la kan ni? Haha. Dah takut takkan nak tutup lampu lagi. Itu carik maut derr. Haha. Dekat rumah pun terang benderang je bilik tidur. Tak ada makna nya nak tutup time tidur. Sekecil-kecil lampu pun saya akan bukak kalau tidur kat hotel.

Tutup TV

Haaaa. Korang kalau takut mesti bukak TV kan layan cerita? Huh. Saya tak akan bukak tau. Sebabnya tiba-tiba korang ngah sedap layan Doraemon dan ketawa HAHAHA, tiba-tiba NGEEEEEEE~~ iklan cerita hantu!!!!!Mak aih terkojuttt den. Camni jantung saya mesti dup dup dup. Pantas! Maka mengelakkan saya rasa lagi takut. Katakan TANAK kepada TV.

Haaaa. TV mungkin akan berkecai kalau muka hantu tiba-tiba muncul! 
*Baik elakkan sebelum kena bayar gantirugi

Add-on Internet service

Hishhh. Tak mesra customer la hotel sekarang. Kita dah bayar menginap tanak pulak kasik line internet dalam hotel. Maka setiap hotel yang saya pergi, saya mesti mintak line internet. So, nanti boleh layan Facebook, chatting dan boleh layan belog tapi saya kurangkan kadar belogwalking sebab takut tiba-tiba kat belog tu ada gamba hantu. Nayaaaa! Hmmm..tapi the bad thing, OMG!!! hotel yang saya akan duduk minggu depan kena sewa broadband dan kena bayar sekitar RM200++! Gila paaaa. Saya berharap line DIGI kat sana okayyyyy. Please orang kuning tolong temani saya. T_____T

Errrkk! Follow boleh tapi jangan muncul depan saya yee! Scary pe orang kuning ada depan mata!


Bergayut macam monyet

Errr. Haha. Tipu-tipu. Tanak tiru monyet. Hihi. Ni kena pasti kan battery handset di waktu malam full dan kredit wajib ada. Ada orang jadi mangsa la kena teman saya sampai saya tertido. Hehe. Nasib laaa labu..Tapi kalau orang tu tertido dulu?? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nangisss! 

Last but not least,

Angkut barang, pindah je bilik officemate lain laaa labu!!! =p

*Psstttt..Jahat gila officemate saya, dia cakap tah-tah bila saya pindah bilik orang lain, dalam tu nungkin hantu kak limah balik rumah bukan manusia. 

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...JAHAT!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Thursday, January 20, 2011

Secret Garden

Wow..cik kay-N dah pandai tengok cerita Korea?
Haha. Apa officemate saya ni!!!! Tiba-tiba je cakap macam tu. Ceh. Saya memang layan cerita Korea walaupun perangai saya macam pengganas atau pun mafia. Haih. Bak kata Adnan Sempit,

Dalam hati ada taman der..~
Paling best setakat ni saya pernah tengok yang under genre romance, mesti laaa  Boys Over Flower. Haha. Lelaki dalam cerita tu semua nya bila senyum boleh mencair hati saya. *Melting!!!

Haaaaa. Sekarang saya tengah layan Secret Garden. Baru dua episode tau. Saya suka tunggu cerita tu dah abis release baru saya nak layan. Kalau tak jiwa kacau beb! Haihhhhhhh. Sekarang nak tengok asyik ada orang hijack pc saya je. Nak halau tak sampai hati pulak. Lagi lagi kalau ayah yang tengah guna. *Kang jadi anak durhaka lak. T___T

Haaaa..dalam hati korang mesti nak suruh saya cerita pasal Secret Garden ni kan??

Ce cite ce cite ce cite.
 Okay-okay. Cukup! Jom saya cerita.=)

 Watak utama:

  • Kim Joo Won dilakonkan oleh Hyun Bin. Woooo. Korang kenal tak Hyun Bin ni sapa? Masa first episode saya macam kuciwa bila tengok watak utama ni macam tak ensemmmmm! Hahahaha. Tapi bila dah masuk second episode nampak laa kecomelan dia. Hehe. Rupa-rupa nya dia ni pelakon cerita The Snow Queen. Lain betul rupa dia ni masa berlakon cerita tu. Dalam Secret Garden ni dia macam kurus gila.  
 Hyun Bin 
Source : google
Comei kan dia???Hahahaha..Kalau nak tau pasal dia lagi boleh klik kat SINI

  • Gil Ra Im pulak dilakon kan oleh Ha Ji Won. Dalam Secret Garden dia macam ganas laa. Stuntwoman tapi still cute. Cerita korea selalu watak perempuan mesti yang miskin dan watak lelaki confirm kaya raya. Hahaha. Nak tau pasal dia??? Hahahaha. Cari sendiri la eh??? =p



Heeeee..mereka yang cuteeee! 


*pssttt..yeay semua orang nak pergi keluar..maka saya nak marathon cerita ni. Selamat mendownload cerita ni k?? =)



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Monday, January 17, 2011

    Tips : Memikat Hati Perempuan

    Aiyaaaa..Dapat berita gembira lagi. Bapak ku mau kahwin lagi. Opss silap!! Ada rerakan baik baru je menyampaikan kabar mereka mau kahwin.  
    *Musim mengawan bagi rerakan sebaya saya..hahahaha!

    Sobss. Sedih sedih gak sebab bila dah kahwin tak sama macam single boleh hang out sesuka hati tapi saya doakan mereka berbahagia. Eh eh. Turn saya? Belum ada jodoh lagi..T____T 
    *Lonely Im so lonely, I have nobody, to call my ownnn~~ [background lagu Akon - Lonely]

    Mari saya share sikit tip-tip macam mana nak kahwin cepat. Haha. Ni tip berguna untuk lelaki yang masih single dan tak tau macam mana nak ngorat perempuan. Cewah. Sekali sekala nak tunjuk pandai kan. Layan kan aje. Ehhhhhh. Tip - tip ini mungkin dari kisah benar berdasarkan pengalaman rerakan saya k. So bukan KHURAFATTTTT tau! =p

    P = Perempuan, L = Lelaki

    1. Sabar
    Adik-adik semua, cuba eja S.A.B.A.R. Haaa pandai pun. Haha. Serius wooo. Laki kena sabar la kan kalau nak mengorat perempuan. Hello..awak yang berkenan kat girl tu kena laa SABAR layan kerenah dia.

    P :  Awak, saya bosan la. Nak study sambil dengar lagu. Boleh pinjam walkman awak?
    L  : Boleh-boleh. Nah jaga elok-elok naaa.

    Seminggu selepas itu.

    P : Awak, earfon walkman tu adik saya bagi pecah.Saya ganti nanti eh?
    L: (SABAR) Eh tayah2. =p

    2. Menunjukkan kesungguhan = Komitmen

    L: Hye nak jadikan awak insan yang teristimewa dalam hidup saya boleh *ahahaha..jiwang!!
    P : Boleh. Tapi kalau setakat nak couple saya tanak. Saya nak kahwin. *gulp..drastik ni

    Terus beli cincin dan sila la melamar si dia untuk dijadikan wife kamu. InsyaAllah lebih diberkati. =)

    3. Menjadi pendengar yang setia

    P : Awwwwwwwwwwaaaakkkkk!!!! Saya marah ni.
    L : Haaaaaa..nape-nape? 

    P : Pokpek pokpek pokpek ..*18 juta patah perkataan
    L: ...... ..... ......

    4. Peneman

    Hmmmm. Sila teman si dia kalau si dia mengadu takut. Cewahhhhhh. Errr. Bukan kalau perempuan tu takut dok rumah sorang, hang pi datang teman dia pulak. Kang naya Jais datang tangkap. Haha. Teman pakai handphone boleh kan? Gayut-gayut sampai tertido. Hoyeahhh! Jangan nak bebel cakap hantu tak wujud, syaiton itu memang suka mengacau. Nanti kang bunyi hempasan telefon je kedengaran. Hehe.

    5. Sila jangan poyo

    Hishhhh..Nak ngorat orang tu jangan la poyo sangat. Kami kaum perempuan menyampah tauuuuuuu. Hehe. Hmmmm contoh poyo?
    Lu PK aaaa sendiri!!

    Dah cukup kot..dah takda idea..pssttt..semoga berjaya ke jinjang pelamin. Renung - renung kan, dan selamat beramal. =)



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Thursday, January 13, 2011

    Brain teasers

    Kalau korang rasa korang hebat sila laa try. =)

    history 
    history
    history

    Ans: history repeats itself

    arrest
    you're

    Ans: you're under arrest

    me right

    Ans: right beside me

    time time

    Ans: time after time

    calm storm

    Ans: calm before the storm

    ban ana

    Ans: banana split

    go it it it it

    Ans: go for it

    otwone

    Ans: two in one



    psttt: korang highlite je kat tempat "ans" tu kalau nak tau jawapan betul ke tak. 

    "SELAMAT MENCUBA"



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Sunday, January 9, 2011

    Hantu Kak Limah Balik Rumah

    Ce ce cite ce cite..Hahaha. Eh betulkan tajuk movie ni. Saya dok teringat kak limah balik kampung je.

    Okay! Saya excited sebab baru tengok. Haish terlambat ke? Haha tak pedulik nak gak cite kat sini. =pp Saya memang plan dari last weekend lagi nak tengok cerita ni. Tapi apakan daya, masa tak mengizinkan plus takde geng ah mau tengok~. Minggu ni adeq-adeq ada!

    Hoyeah-hoyeah!

    Beria gila nak tengok. Sekali tiket kat Alamanda untuk arini fullhouse. Eh yeke? Ke depan sekali je ada. Haha. Tak rela beb nak tengok cerita hantu dok depan sekali. So berbekalkan keazaman dan kegigihan saya pun beli tiket kat times square. First time tengok movie kat cni. Naik ERL + Star je beb. Lepas tanya Mazriff aka escapad, dia cakap good luck kalau nak bawak kereta. Terus kensel laaa. Hahahahaha.

     Eh eh..boleh beli tiket online guna CIMBCLICKS. 
    Sudah maju eh???Hehe. Tayah guna itu kad ah long~ Haha


    Cewah. Macam laaa 1st time nak naik ERL. 

    Mak tanya:
    Eh eh baju pe ko pakai tu????
    Haishhh mak ni. Ni baju modern tapi sopan. Hahahahaha. Kalau rase seluar jeans ketat-ketat tu sila laa labuhkan baju. Haha. Bajet jeeee.Opsss. Para beloggers yang budiman, jangan la kutuk baju yang saya pakai ni ye mahupun sebarkan kepada orang sambil mengutuk baju ni. Hahaha. COPYRITE!! **pasan laaa kamu ni cik kay-n, tak ada sapa nak pedulik owner belog yang tak femes!

    Hishhh bukan apa, tengok belogger kaum satu lagi hebat mengutuk belogger kaum saya. =pp Jejaga je. Takut-takut!

    Budak-budak! Eh tapi kakcik macam lagi matang dari saya je? 
    Hoiii! Itu selendang saya. Pinjam yee~~ =pp

    Hihi..earfon SE. Careless sangat sampai hilang~
    Tak apa yang ni boleh guna untuk SE & HTC saya. =)

    Ehhhhh..mana cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah ni???Maaf! 
     
    Scene yang paling saya dan adeq-adeq suka. **pssst..dalam ERL dok gelak-gelak ingat cerita ni.

    1. Bila ramai-ramai sebut "ce ce cte ce cte". Haha PERAK sungguh!!! ** owner belog telordibasuh pun suka kot dialog ni. Haha. Mentang-mentang orang Perak.
     
    2. Ramai-ramai lari bila nampak hantu. Haha. Lawak ah cara dorang lari. 

    3. Pak Abu jumpa Kak Limah kat semak tu. Pesal Kak Limah tu berdiri sengeeeetttttttt! Haha.

    4. Usop ajak ramai-ramai bakor rumah Kak Limah pastu suruh orang angkat tangan macam dia. Sengal je semua. Pastu kan tetibe Kak Limah tu ada gak angkat tangan. Hahahahaha. Part ni saya ngan adeq dah jerit-jerit seram! Haaaa.
     
    5. Aaaaaaa lupeeee laaaaa lupeeeeeee. Haha. Banyak lagi scene yang best. Tak larat cerita dah. Baek kome tengok sendiri laaaaaaa.

    pssstttt..hehe. Sebaik best. Kalau tak memang saya hentak-hentak kepala sebab menyesal tengok movie cerita Melayu. Ngeeeeee ...~



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Friday, January 7, 2011

    Buah delima ke dilema???

    Kadang-kadang,

    Kita mungkin berada di situasi yang kita tidak mampu nak handle.

    Jarang-jarang,

    Kita tersepit dimana kita tak reti nak pilih mana satu atau memilih pihak yang benar.

    Selalu,

    Emosi melebihi akal fikiran.


    Eh eh. Apa saya merepek? Biasalah baru balik "KERJA", jiwa dan mental ditahap (blank) errr..err..Tak tau nak tulih apa. Haha. 

    Haaaaa..nanti ada laa tu manusia komen:

    Hekeleh baru balik kerja lewat malam berapa kali pun nak kecoh kat belog. 

    Haha. Dan jawapan ala- ala artis para belogers akan reply:

    Hoiii..aku punya belogg suka hati aku laa nak tulih apa. Hang kecoh buat paaa.
    Source : Pakcik Google

    Cewah. 

    Sebenarnya, saya tiba-tiba terpikir. Orang-orang yang kerja dengan saya sampai malam-malam ni semua nya dah kahwin. Bini ka laki dorang dah tak kesah ke, pasangan hidup dorang selalu takde kat rumah. 

     Pastu kan, macam mana dorang percaya pasangan hidup dorang ni betul-betul pergi outstation buat kerja. Haha. Tah-tah bukak cawangan lain ke tambah skandal ke? Haaaaaaaaa. *sigh* Mintak simpang saya tak kena macam ni laaa. =pp

    Hoh! Jam menghampiri pukul 1! Mari tidur. Perjuangan saya belum berakhir.

    Nyteeee u ol ...zzzzzzzZZzzzzz



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Monday, January 3, 2011

    Bila perasaan cemburu menguasai diri ..

    J.E.A.L.O.U.S ..

    How to stop being jealous?
    Bersyukur pada yang ada.

    Jiwa saya bergelora. Dup dup. Jantung berdenyut dengan pantas. Inikah dinamakan CINTA? Sampai tidak boleh melelapkan mata walaupun sesaat mengenangkan DIA. Tapi hampa. DIA bukan milikku selama nya. Begitu cemburu melihat kekasih baru. Sobs.

    Wahahaha. Drama habis.

    Jangan salah paham geng. Saya tak main laa cemburu-cemburu ni. Eh eh yeke? Haha. Ini bukan cemburu pasal jiwa-jiwa tu.

    Saya tengah jeles pasal tengok adik-adik saya bersiap dengan beg sekolah baru, buku-buku baru, baju dan kasut sekola baru. Uwaaaaaaaa. Saya nak pergi sekolah gak. Haha aci tak??? Seronok nya pergi sekolah. Lagi-lagi lepas cuti panjang. Hehe. 1st day sekolah datang untuk borak-borak je. Ngeeeee. Bukan macam kerja. Stress kot masuk kerja after cuti panjang.

     Source: Google
    Opsss..tapi saya tak smoking. Katakan tanak pada rokok. Hehe.

    Masa sekolah dulu rasa macam tak ada problem pun. Happy je memanjang. Hehe. Lagi-lagi masa sekolah ada geng-geng yang sekepala. Tagline dulu, "Geng membina, bukan merosakkan". Cewah.

    Tadi balut buku adik-adik, sambil tanya barang semua dah beli ke. Sorang tu dapat no. 1 darjah dia tahun lepas. So dapat banyak hadiah. Tayah beli dah woooo..beg sekolah, alat tulis dannnnnnn basikal pun dapat. Gila kaya sekolah dia bagi hadiah macam-macam.

    Teringat zaman saya sekolah rendah. Hihi. Saya pun selalu dapat hadiah sebab dapat no. 1 or 2 or 3. Cewah. Bukan apa bila dapat hadiah tu boleh ringan bebanan ibubapa. Haha tayah mintak dah beli barang-barang tu dah. See. Dari kecik dah boleh pikir panjang. Hahahahaha. Taktik laaa sebenarnya nak dapat barang baru. Kalau elok lagi takkan nak suruh mak ayah beli. So kena belajar elok-elok la bagi dapat hadiah.

    Jeng jeng..

    Kesimpulan dari entry ini :

    Hmmmm..SAYA NAK PERGIIIII SEKOLAHHHHHHH!!!! *menyamar jadi budak darjah 3 eh eh Form 3 laa.. Aci tak??? Hehe..



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Saturday, January 1, 2011

    Cupcake New Year 2011

    Wow hari ni 1/1/11. Cantik kan date arini. Haaaaa. Mesti ade orang bertunang or kahwin arini kan. Hehe. Tahniah laa kat siapa-siapa yang bertunang or kahwin tu. Semoga berbahagia ke anak cucu. Kat sesiapa yang celebrate birthday rini pun saya ucap kan Happy Birthday, semoga panjang umur murah rezeki eh.

    Jeng Jeng..

    Sempena hari pertama di tahun 2011 ni, saya dengan amat berbesar hati mau tayang-tayang hasil cupcake buatan saya yang pertama sepanjang saya hidup di atas muka bumi ini. Haha. Fuh!! Sebaik jadi kalau tak jangan harap laa saya nak tayang kan? Hihi. *pssst..kat sesapa yang dah pandai wat tu, diam-diam laa..bagi can saya tayang bley tak?? =pp

    Haaaa..comei takk???pink gtu~~ =pp Opss comot sebab sy memang mls nk wat lawa2..haha..

    Hihi..pandangn atas..comot2 pun sedap tau~~ =) *Masuk bakul angkat sendiri!! Heh..

    Hehe..Ala baru 1st time mencuba so saya buat cupcake yang paling basic la. Senang je ni. Tak tipu! Saya belajar pun tengok youtube petang tadi. Hehe. Jom tengok resepi..

    Cake
    175g butter
    175g self-raising flour
    175g caster sugar *saya guna gula biasa je ni..tapi saya reduce ckit sebab tak suka manis sangat
    3 eggs *pukul dulu ye puan-puan semua
    1/2 tea spoon baking powder
    1 tea spoon vanilla essence

    Icing
    500g icing sugar *uhuk..gula icing kat rumah tinggal 200g, so icing saya macam cair cikit laa sebab xcukup
    5 table spoon water *sebab tinggal 200g saya buh lam 2 tbs je
    Food coulouring - pilih je kaler yang berkenan di hati

    Haaaa..jangan lupa pre-heat dulu oven dalam 170 darjah celcius. *Cewah macam pro plak bagi tips..hihi

    Jom tengok pic laa eh? Saya nak explain detail pun tak berapa reti.

    1. Campurkan semua bahan-bahan untuk buat kek dan adunkan sehingga sebati 
    *camne nak tau sebati? kalau adunan tak melekat sangat kat sudu kira oke dah

    2. Nak buat cupcake kena ada bekas lubang-lubang macam ni dan semesti nya cup kertas nak letak adunan.

    3. Bubuh laa adunan lam cup tadi tu. Haha jadi la dia cupcake.
    *psst..jangan letak banyak sangat..3/4 dari bekas je ye..nanti melimpah

    4. Oke..masukkan adunan dalam oven yang kite dah pre-heat tadi. Bakar dalam 10 minit gitu.
    *Nak tau masak ke tak..cucuk pkai lidi ke garfu ke..kalo kek tu lekat meaning lum masak k.

    Jeng jeng..tadaaaa..siap~!!!!!


    Buat icing plak meh?


    1. Campurkan 200g gula icing tu dengan air. Gaul-gaul.

    2. Haaaa..campur pulak perwarna. Saya pilih PINK

    Dah siap bubuh laa icing atas kek tadi tu. Hehe. Senang je kan???Sapa kata susah boleh hantuk kepala kat dinding dulu laa. Haha. 

    SELAMAT MENCUBA yerr. =)



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p