Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, December 18, 2011

Mengemas!!

Uwaaa sepah nyaa rumah. Sepah sepah! Haha. Mau tak sepah nya. Mak punggah bilik mak & adik. Saya pun tak boleh kalah laa. Kena memunggah bilik saya jugak la. Dah punggah *awat eja punggah ni aneh betol, layan je la labu..opss sambung ayat balik, dah punggah memang la sepah. Macam persamaan serentak la.

Mak nak beli set katil baru. So sebelum beli kena laa keluarkan barang-barang tak guna dalam bilik mak tu. Dah dekat 3 tahun duduk rumah Putrajaya ni, tapi mak belum ada perabot pun lagi dalam bilik mak. Hihi. Of course laa masa nak beli saya nak ikutttttttt! Sebab nanti kahwin nak pinjam la set katil baru kan kan. Saya bukan kedekut tak nak beli baru. Tapi katil saya elok dan kukuh lagi. *Mak please beli katil yang ada tiang 4 tu ye. Baru cantik buat bilik pengantin..LOL

Haaaa. Saya susun balik baju baju dalam almari. Macam-macam khazanah jumpa. Haih. Tak muat laa almari ni. Kecik sangatttttt! Nak beli dah tak cukup budget dah. Banyak lagi duit nak pakai untuk kahwin. Sapa kata perempuan tayah simpan duit kahwin? Hui. Nak bayar dewan, penggubah hantaran, pelamin, make up artist dan banyak lagi..Bankrupt!!! Nak mintak mintak mak ayah ni I tak biasa lorr.

Cakap pasal kahwin, tak ada satu entry pun saya tulis pasal saya bertunang. Haih kan orang cakap tunang-tunang tak baik kecoh. Tapi diri sendiri tak kecoh pun gambar bertunang berlambak kat Facebook. Hehe. Tak apa la..kuat kan semangat doa kat tuhan moga ada jodoh. Ye tak???

Tengah susun baju kurung dalam almari jumpa baju tunang tak jadi saya & baju tunang yang saya pakai masa bertunang la. Fuh panjang betol putar belit.

 Baju tunang tak jadi!

Haaa..kain baju ni beli kat Bandung masa bulan 4 tahun ni. Masa beli seyes belum plan nak bertunang pun. I ingat encik tunang nak hantar rombongan merisik je sebelum pergi Bandung. Mak aih. Sekali balik Bandung ajak bertunang terus. Eh tapi tak plan nape saya beli siap2???Hahaha.. gatal eh? *kantoi*

Baju tunang pakai masa tunang laa!!!

Eh tetiba masa nak tempah baju tunang, rasa baju beli kat Bandung tu tak glemer u!! Haha terus cakap kat tailor takmo jahit baju tu nak beli kain lain. Padahal rasa macam sama je tak glemer. Haha saya suka baju yang simple!Sekarang menyesal sebab pilih kaler putih, baju kaler putih nak pakai pergi mana? *ada orang nak sewa baju buruk ni? tayah laa korang kang singkat je..=p

Okay dua dua baju putih ni agak semak dalam almari sebab bila saya nak pakai lagi. Kena ada kenduri baru laa boleh melaram kot. Nak pakai pergi opis kang rasa over sangat dengan manik manik tu.

Ehhhhhhhhhhhhhhh...lagha tulis entry ni. Bilik tak siap kemas lagi. Arghhh apesal esok kerja!!!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aildiladha 2011

Salam bloggers semua!!

Kenyang makan daging korban tak??? Kat rumah ni rezeki banyak lak atok bawak daging dari kampung, pastu ayah ada share bahagian korban gak. Tetiba malam ni jiran bagi daging gak! Jenuh laa makan daging sepanjang minggu ni.

Tahun ni beraya dekat rumah sendiri. Sedara semua malas balik kampung so pilih rumah ktorang laa jadi "kampung" dalam bandar. Opah ngan atok pun datang rumah.

Haih kalau rumah sendiri jadi tempat singgah sedara mara, letih nya toksah cakap laa. Dari hari Jumaat sampai laaa 10 minit yang lepas. Haha. Kerja non stop. Basuh pinggan dah berapa trip dah. *okay..orang cakap buat kerja jangan ungkit..heeee

Dapat mak ayah yang mendahulukan tetamu ni memang kadang - kadang rasa mencabar hati dan perasaan. Hehe. Sobs sampai abes lauk dinner mak bagi kat tetamu. Saya pulak terpaksa mengharap masakan dari mamak di Presint 9 untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Mak memang jenis ajar anak-anak kalau makanan dah tak ada jangan merungut depan tetamu. Haha. Okay, saya merungut kat FB je. Tengok lauk pauk abes, saya pandang mak dengan rasa kecik hati. Haha. Tapi kejap je kecik hati sebab dah selalu dah macam ni. Bagi mak dapat bagi tetamu makan boleh murah rezeki. Tak apa. Malam raya mamak Presint 9 still beroperasi dengan meriah nye. Hehe.

Terkenang masa kecik-kecik dulu. Dengan kereta buruk, berlubang lagi lantai kereta. Tapi sebab anak-anak mak masa tu behave tak ada pulak ktorang jatuh dalam lubang tu. Haha kalau jatuh terus ke jalan raya. Dulu duduk Selangor, perjalanan ke kampung di Perak naik kereta buruk tu memang mencabar. Bertolak awal pagi sampai mesti dah dekat pukul 10 - 11 malam. Nak singgah makan lagi leceh. So bila dah dekat dengan rumah Opah, mak akan pesan kat ktorang adeq beradeq kalau orang tanya dah makan belum cakap je dah makan. Haha. Patuh kotttt!!! Opah tanya ulang kali dah makan belum. Semua cakap dah. Tak pun cakap kenyang dah Opah. Hihi. Tapi Opah tau ktorang belum makan. Gigih gak sediakan makanan untuk ktorang.

Kadang-kadang rasa letih sangat sebab mak ayah rajin sangat. Tapi kalau pikir balik, compare letih mak n ayah yang jaga 8 orang anak, pergi pasar, siang ikan, masak lagi pastu kerja gak. Apa laaa sangat yang kita buat? Lagipun betul murah rezeki. Makin lama hidup makin senang. Hui..kena belajar jangan merungut!!! Hahahahahha tapi tu dah habit dari azali.

Okay done bebel..Selamat Hari Raya kekawan~~ =)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, September 12, 2011

Pilihan

*sigh*

Boleh cakap hari ini saya tak productive. Kerja macam tak kerja. Sampai rasa sakit kepala pikir masalah negara ni. Tak tak, tu hyperbola.

Saya balik rumah. Memang rasa sakit kepala so balik terus naik ke bilik saya. Mak cakap bilik saya macam kat atas kayangan. Kalau dah naik jarang saya nak turun balik. Hehe. Letih la mak! =.=

Tapi tadi saya turun kejap, dah perut bunyi kruk-kruk. Lapa! Tengok mak tengah masak. Hampir siap so saya jamah kek coklat raya dan biskut raya je lapik perut dulu. 

Mak bagitau sebenarnya tadi adik saya yang "sakit" tu panggil saya ajak jalan-jalan. Terdiam sekejap. Hmmmmm. Bukan selalu adik saya boleh mintak apa yang dia nak. Selalu ada dalam dunia dia sendiri sampai tak peduli orang lain. Nampak sangat tadi dia okay! *sobs* Sorry WA, kakak ni letih sangat sampai tak dengar permintaan yang hanya sekecil kuman.

Umur dia beza 2 tahun dari saya. Dah besar dah dewasa. Kalau dia okay mesti jadi perempuan yang sweet lagi comei. Kulit putih melepak bukan macam saya macam kena celup arang. Mesti banyak laki-laki yang nak mengorat dia. Hehe. Sapa nak angkat tangan?

Okay, saya janji bila saya tak letih saya nak bawak dia jalan-jalan. Dia suka berenang! Mungkin boleh bawak pergi pantai. =)

Haih. Nampak tak 3 entry bercerita hal family. Saya tak tau saya patut pilih yang mana. Career yang diidam atau family yang tersayang. T____T

p.s : Saya bukan anak manja atau tak pernah jauh dari family. Saya hanya rasa family perlukan saya.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, September 11, 2011

Syurga di telapak kaki ibu

Mood raya lagi kan. So apa salah bagi cerita syahdu-syahdu ni. Tapi tak ada la syahdu mana pun.

Alkisahnya. Adeq saya paling bongsu berumur 8 tahun dan berjantina lelaki. Biasanya kalau anak lelaki ni memang rapat dengan mak. Kami panggil "mak". Bukan ibu mahu pun mummy.

Adeq saya ni memang pelik. Kalau tak dapat makanan yang dia teringin memang taknak makan. Masa bulan puasa aritu jenuh sebab semua makanan kena berasaskan masak pedas. Telur masak pedas, ayam masak pedas, daging masak pedas, ikan masak pedas dan lain-lain. Haha. Pagi petang siang malam adeq saya akan order masakan ni kat mak. Ikutkan hati saya, memang taknak layan adeq saya ni takpun silap-silap kena pelempang sedas! Haha saya kakak yang garang. Hui. Sampai muak makan masak pedas ni. Memang la kami adeq beradeq suka makan pedas - pedas. Tapi taknak ah semua kaler merah. Masak lemak cili padi pun pedas jugak kan kan? Hehe.

Malam ni, sekali lagi adeq merengek nak telur masak pedas. Tapi kali ni mak kurang sihat, so masak malam ni di in charge oleh saya. Hish. Kalau ikutkan tangan yang tengah sakit ni memang tak larat gak nak masak. Tapi tengok condition mak lagi teruk. Teringat kalau mak larat sakit macam mana pun confirm mak masak. Ni memang tak berapa larat. Haih tak larat pun mak still pergi pasar dengan ayah beli lauk untuk esok hari.

Permintaan adeq memang tak dilayan la kan. Haha. Saya kakak yang kejam!! =p Selambe pergi makan dulu tak pedulik la dia nak telur tu. Adeq saya ni kecik -kecik pun kalau tak dapat apa yang dia nak. Memang boleh mengamuk gak.

Tengah makan,

Mak : Iman..iman (nama adeq saya yang berumur 11 tahun)..Tolong amikkan mak air..*cough*..

Padahal Iman dah ada kat bilik dia. Confirm tak dengar mak saya panggil dia. Saya pulak ada kat dapur menjamah makanan. Haha. Kakak yang kebulor!

Jeng jeng. Tiba-tiba saya tengok adeq bongsu saya dengan muka masam amik cawan dan isi air untuk mak saya. Haha. Comei!! Mak tak suruh dia pun. Tapi laju jeeeee dia bawak segelas air untuk mak.

Heeee. Tu nama nya sayang mak!! =p Saya offer nak masakkan untuk dia telur yang dia mintak. Terus jeling saya cakap , "ADI TANAK MAKAN!".

Hahahahaha. MERAJUK!!!! Sekali, mak tak sampai hati buat jugak telur dia nak. Hehe. Saya nak buat tapi dia cakap mak buat lagi sedap. Nak buat camne kaaaannnn?? Mak selalu cakap ini ibu, ibu tak akan sampai hati buat tak tau kat anak-anak. Heeee. =)

Saya doakan adeq saya bila dah besar nanti taat kat mak saya. Syurga kan bawah telapak kaki ibu.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Friday, September 9, 2011

Lelaki dan dot dot ..

Laki kan kalau suka kat perempuan memang kena cerita pasal perempuan tu kat member 24/7 ke? Haha. Tatau lak kalau encik ehem saya tu pun cerita dekat member dia pasal saya.

 Saya dah jumpa banyak laki kalau tengah syok kat perempuan, cerita kat saya every details po dorang buat. *dalam hati saya, "saya pun ada gak"* Haha. Ala ala. Tak kesah pun nak cerita tapi kadang - kadang kesah la gak kan. Saya ada masalah dunia gak, contoh macam perang dunia ke-3. Kadang - kadang rasa rimas laa kalau hari - hari report macam buat experiment pulak. Padahal kalau buat lab report malas pulak kan? Haha.

Saya ingat sebab telinga saya ni orang suka tu sebab orang cerita dekat saya. *Mode sedey telinga capang..sebek pakai tudung >.<* Tapi kan kan, tetiba ada member perempuan saya pun cakap, kawan laki dia asik cerita pasal "awek" dia. Pergi dating, beli apa pun report detail gila. ANEH!

Kitorang pun mula la buat comparison, lelaki jenis macam ni, masa belum dapat perempuan dia suka, buat kita very very important person. Yela nak menadah cerita-cerita syahdu. ADOI! Sekali dah dapat jadi awek, jadi macam kacang lupakan kulit pulak. Tegur sapa kita pun takmo kan? Wish raya pun tanak kan? *tapi ada saya kesah?*

"Takut lewwwwww tewwww awek marah!" <<-- Haha gedik kan? kan?

So apa kata korang? =p Perempuan ada macam ni gak ke???

p/s: Saya suka update status dekat facebook. Kome mesti menyampah gak kan kan?? Ini manusia tak sedar diri sendiri. Hehehehe.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya bloggers semua,

Maaf saya macam biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada. Almaklum laa busy aje. Cewah  busy2 pun facebook active gak.

Suka hari raya sebab mak masak sedap-sedap. Laksa wajib ada. Oh tapi ni belum buat lagi. Nak buat open house nanti baru masak laksa la kot. Alaaa tapi kalau tak ada open house pun mari je datang, insyaAllah de rezeki punya.

Cakap pasal syukur ni, saya bersyukur dapat mak yang pandai masak. Hihi. Ayah yang rajin tolong mak kat dapur. Adik beradik yang grrr grr boleh mendatangkan sakit jantung. Ye laa..kadang - kadang memang laa ada konflik keluarga tapi adat la kan. Bila duduk diam-diam, bertapa kejap, saya syukur ada ramai adik beradik. *mode sedey adik pergi dubai hari ni*. Dah abis dah cuti sem dia, tak boleh hantar dan amik kakak dia pergi kerja.

Errr saya yang suggest red theme..haha tapi tak sangka dorang beli kaler merah macam ni!! =.= Saya tak ada baju pun sama kaler cam dorang..sobs..*oh yang tengah tak bertudung itu adik saya yang istimewa*

Hihi..dua dah kahwin, turn saya pulak laa lepas ni. Yeyeyeyeye. *okay ni saja gedik*


Note : Saya suka tengok mak layan tetamu datang rumah. Well, ramai tatau melayan tetamu itu wajib! Gulp..korang nak datang raya roger-roger dulu okay.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, July 5, 2011

Puasa

Sekarang saya auto bangun awal, al maklum la nak sahur. Hish tau la tak masuk lagi bulan ramadhan tapi puasa bulan syaban pe salah nye. Ye tak?? =p

Haha bila puasa la jadi anak yang baik sikit. 

  1. Suka bila dapat kejut mak pepagi ajak sahur. Kadang-kadang mak dah bangun sendiri siap masak lagi pepagi.
  2. Boleh tanya mak nak minum apa. Ketang ketung kacau air untuk mak. Bukan selalu.
  3. Semangat balik awal nak tolong mak masak untuk buka. Sambal belacan menu wajib! Hehe.
  4. Suka bila satu family duduk makan sama-sama. Adik-adik yang tak puasa pun duduk semeja. Selagi tak azan baik je dorang mengadap makanan.Sikit pun tak curi-curi makan.
Hmmmm..sekarang saya paling besar ada kat rumah. Rasa sikit nya adik beradik tinggal kat rumah. Kalau tak puasa jarang dah dapat makan sama-sama satu meja kecuali hari minggu. =.= 

Oih korang yang suka makan sendiri cedok kat dapur tu. Gila tak best hidup korang!! Haha. Makan sama-sama dengan satu family la syok. Dulu masa intern, duduk dengan akak ngan abang pun makan sama - sama. Siap berhidang baru syok bukak puasa.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, June 18, 2011

Antara cita-cita dan dot dot dot..

2001
PMR? Keputusan gemilang. Tahun yang amat bermakna. Ukhwah rakan se-dorm semakin hebat!

2002
Sains hayat atau sains fizikal?

Mak..saya tak suka laa nak bedah-bedah orang. Makan ubat pun tanak. Tak guna amik biologi. Bukan saya nak jadi doktor pun.

Mendapat tentangan hebat. Mak mahu seorang doktor dikalangan ahli keluarga yang hampir ke semua belajar akaun.

SI DEGIL. Subjek lukisan kejuruteraan paling ditakuti. Haha, Takde bakat melukis langsung. Satu malam sebelum membuat pilihan. Budak-budak la katakan. Komik Dragon Ball menjadi pengukur pandai melukis ke tak. Haha. Lukis gamba Goku, Kurin dan macam-macam lagi. Eh cantik lak. Pos kepada seorang kawan sekolah yang berada di kampung. =.= Sebab pandai lukis muka Goku, Sains Fizikal menjadi pilihan. Senang bukan?Hehe.

Sebelum ujian bulanan pertama, SI DEGIL ke Genting. Study? Jangan harap. Haha. Hasil nya?

Lukisan kejuruteran = FAIL!!!!

Pertama kali dalam hidup ada subjek fail. Kecewa? Tak rasa apa pun. Cuma rasa sedikit sedih. Kawan-kawan baik semua nya di kelas biologi. Bila sedih, maka kelas mereka jadi tempat singgah. Ponteng kelas pun pergi kelas dorang. =)

Tak ada pun mustahil dalam dunia ni. Dari fail, usaha tangga kejayaan.

2003

SPM? Lukisan kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan = A1. Haha. Gulp. Aneh rasanya. Isi borang ke universiti. Subjek kejuteraan menjadi pilihan.

2004 - 2008

Belajar, mirc, mapley. Masih bercita-cita menjadi seorang jurutera hebat.

2009 - now

Masih mahu jadi jurutera? Nak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi pengorbanan tu perlu. Sobs! 



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, May 21, 2011

Saya tanak nangis!

AL-FATIHAH buat kawan blogger ku..Hakim @ telordibasuh.

Terkejut. Saya sebok sangat kebelakangan ni. Tatau pun arwah masuk hospital Putrajaya. Hari-hari saya lalu depan hospital tu tapi tatau dia masuk ICU. Pagi tadi, saya park kereta saya dekat parking Putrajaya Sentral yang betul - betul berdepan dengan hospital. SEBAK! Sampai ke hayat dia, saya tak dapat jumpa arwah.

Hakim cakap satu hari nanti dia nak jumpa saya. Bagi baju yang saya tempah kat dia by hand. Dia selalu tanya saya bila nak kahwin. Nasihat tak baik couple lama-lama. =.= Paling sedih, dia request nanti masa kenduri kahwin jangan buat ayam goreng rempah. Dia nak ayam pedas. Favourite saya jugak. Hajat tak sampai.

Antara perbualan yang terpanjang antara saya dan dia sebelum dia menghembus nafas nya.

Dia salu panggil saya orang kaya sebab gaji banyak kata nya. Pastu suka usik saya cakap kaya tapi suka naik bas pergi kerja dari Putrajaya ke KLCC.


Saya gurau cakap nak baca yasin. Gurauan saya jadi kenyataan. Saya akan sedekahkan Yasin untuk ko Hakim. InsyaAllah.

psst : Hari ini saya stress sangat. Mengalir air mata. Kalau dulu sejak kenal Hakim, bila jiwa kacau belog dia menjadi salah satu penghibur. Semoga roh ko tenang kat sana Hakim. 




Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, April 3, 2011

Money can't buy us happiness

Maddi Jane - Price Tag Cover (by Jessie J)


Price Tag Lyric
[feat. B.o.B.]

[Verse 1: Jessie J]
Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the tale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
You got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time.

[Pre-Chorus:]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight...

[Chorus:]
It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain't about the (ha) Ka-Ching Ka-Ching.
Ain't about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

[Verse 2: Jessie J]
We need to take it back in time,
When music made us all UNITE!
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one gettin... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feelin
All right.

[Pre-Chorus:]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight...

[Chorus]

[Verse 3: B.o.B]
Yeah yeah
Well, keep the price tag
And take the cash back
Just give me six streams and a half stack
And you can keep the cars
Leave me the garage
And all I...
Yes all I need are keys and garage
And guess what, in 30 seconds I'm leaving to Mars
Yes we leaving across these undefeatable odds
It's like this man, you can't put a price on life
We do this for the love so we fight and sacrifice everynight
So we ain't gon stumble and fall never
Waiting to see, a sign of defeat uh uh
So we gon keep everyone moving there feet
So bring back the beat and everybody sing
It's not about...

[Chorus x2]

[Outro: Jessie J]
Yeah yeah
Oo-oooh
Forget about the price tag
[feat. B.o.B.]

[Verse 1: Jessie J]
Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the tale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
You got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time.

[Pre-Chorus:]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight...

[Chorus:]
It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain't about the (ha) Ka-Ching Ka-Ching.
Ain't about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

[Verse 2: Jessie J]
We need to take it back in time,
When music made us all UNITE!
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one gettin... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feelin
All right.

[Pre-Chorus:]
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight...

[Chorus]

[Verse 3: B.o.B]
Yeah yeah
Well, keep the price tag
And take the cash back
Just give me six streams and a half stack
And you can keep the cars
Leave me the garage
And all I...
Yes all I need are keys and garage
And guess what, in 30 seconds I'm leaving to Mars
Yes we leaving across these undefeatable odds
It's like this man, you can't put a price on life
We do this for the love so we fight and sacrifice everynight
So we ain't gon stumble and fall never
Waiting to see, a sign of defeat uh uh
So we gon keep everyone moving there feet
So bring back the beat and everybody sing
It's not about...

[Chorus x2]

[Outro: Jessie J]
Yeah yeah
Oo-oooh
Forget about the price tag



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, March 27, 2011

Dari Telor Ayam ke Golden Egg

Haa.

Err..tajuk entry mungkin tidak bersesuaian tapi peduli la. Tu je yang terlintas dalam kepala otak saya yang tengah risau pasal kerja. Hihi. Risau risau tapi sempat lagi berblog kan? =p
 
"Telor ayam" di sini saya gambarkan sebagai "markah 0" dalam peperiksaan, manakala "Golden Egg" saya maksudkan sebagai "peningkatan yang baik". Jangan salah paham eh. Cerita Golden Egg yang sebenar adalah berlainan dari apa yang saya maksudkan. Sila google sendiri oke? Fuh!!! Skema nya menulis. =)

Bukan nak bagi tips jawab exam ye adeq-adeq. Akak ni dah kerja so soalan-soalan exam masa sekolah dulu dah outdated. Haha. Tapi nak bagitau kat adeq-adeq yang baru lepas ambil result SPM tu mana-mana result SPM tak elok sangat tu jangan laa sedih sangat. Heyyyyy..peduli aaa orang nak cakap apa. Dapat 9E confirm orang mengata, tapi jangan hairan kalau dapat 9A pun orang mengata jugak.  =) *cough* tapi sebab dah dapat 9E tu [ada ke orang dapat 9E?], *result tak elok* pasni kena usaha lebih sikit laa kan?kan? kan? Dalam dunia ni semua orang pandai, tapi pandai tu tuhan anugerahkan mungkin dekat certain-certain tempat.

Bebel..bebel..bebel..mesti ada orang cakap, hekeleh..cekgu dah habaq banyak kali ah. Semua tu kami tau..Ngeeeeeee..

Hahaha. Adik bongsu saya berumur 8 tahun. Pertengahan tahun 1 baru pandai membaca itu pun kena mengeja. Sekarang dah masuk tahun 2, baru boleh membaca tanpa mengeja. Setiap kali exam confirm laa dapat markah 40++%. Haha sedih!! Kami adik beradik masa ni boleh score sampai 100%. Tapi jangan tatau, kalau diajar adik ni dan kena dengan cara dia boleh gak dapat result elok.

Satu malam, saya tengok jadual exam dia ada subjek sains. Saya suruh dia bawak buku sains mengadap kakak dia yang semua orang kata macam mak tiri. Hahahaha. Cesss. Tajuk Living Thing and Non Living Thing. Ah!! Kacang je getus hati saya.

Saya : Adi tau tak camne nak beza kan benda hidup dengan benda bukan hidup?


Adi : ....??? ...


Saya : Hishhhh menda ko belajar kat sekolah ni. Senang je, Adi manusia kan? Haaa nak membesar kena makan tak? Benda hidup ni kena makan pastu membesar. Pastu boleh bergerak. 

Tiba-tiba, saya terus menari macam haiwan-haiwan dalam cerita Madagascar. Salah satu cerita favourite kami.


" I Like to move it, move it"

Hahahahaha. Tak sangka, cara saya mengajar Adi tak sampai satu sejam menyebabkan result dia antara terbagus dalam kelas. Adi tunggu saya balik kerja semata mata nak cakap,

"Nasib baik A*** ajar Adi Sains, cikgu cakap Adi dah pandai"

Heeee. Sedih pulak dengar dia cakap camtu. Lepas ni kena ajar subjek lain pulak!! =.=

pssstt: Cita -cita saya nak jadi cikgu, tapi masa menengah atas saya berubah nak jadi ENGINEER. Tapi saya masih belum dapat menjadi engineer. T_____T



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, March 21, 2011

Say No To Plastic Bags

Ha korang tau tak Malaysia dah join kempen "Say No to Plastic Bags". Bukan perkara baru tapi dah lama. Ada sesetengah kedai pilih hari Sabtu sebagai hari no plastic bags dan ada yang hari Selasa. Bergantung kepada kedai atau negeri.

 Source google:

Bagi saya ni adalah usaha yang bagus. *ehem..ehem* [betulkan microphone]. Hahaha. Cehhh. Macam nak bagi ucapan wakil rakyat je kan. Tak boleh blah betul.

Tapiiiiiiiii korang. 

Geram tau tak?? Just imagine korang kat situasi saya.

Saya : [*siren kecemasan..pilih barang cepat-cepat..dan bayar eh tapi sebelum tu dah pusing satu kedai cari notis bila say no to plastic bags kat kedai ni..Fuh sebaik tak ada]

Cashier :  [Keting!!!keting!!]

Saya : [Keting!!ketingg!!]

Cashier ; [Buat bodo bagi benda tu]

Saya : Tak ada plastik ke??

Cashier : Tak ada..~~

Weh hangin weh. Cashier tu dah la perempuan, at least sebelum saya bayar  bagitau laa tak ada plastik. Eeeeee. Gila apa nak bawak tayang-tayang kat orang. Dah laa beg saya kecik je nak kaver macam mana? Nasib baik kawan cashier tu memahami, dia bagi gak plastik walaupun kecik dan muat-muat je nak bubuh barang tu.

Moral of the story, sebelum bayar tanya cashier ada plastic bag ke tak. Or kalau nak tambah plastic bag setakat bayar 20 sen apa salah nya dari memalukan diri sendiri. Ye tak???? Kena ingat rakyat Malaysia ni bukan open minded sangat-sangat lagi dan benda yang memalukan ni kena laa cover-cover kan. Uh!!

Cuba amalkan macam kedai Mesra dekat presint 10. Sebelum saya bayar dah bagitau siap-siap tak ada plastik bag. Saya okay je la sebab tengok barang yang saya beli tak ada benda yang bukan-bukan. Haih dahla lepas tu siap tolong angkat barang-barang tu masuk kereta lagi. Hihi.

Kedai berkenaan sila take note okay?? =p

**pssttt korang tayah nak imagine saya beli barang bukan-bukan pulak. Kalau shampoo seketul pun tak akan korang nak bawak camtu je? Nak pergi tengok movie lagi. Hahaha. Tak pasal kang kena pergi parking kereta sebab barang seketul je.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Wednesday, March 2, 2011

Sudah hampir setahun

Rajin pulak tulis blog.

Semalam dah update, hari ini update lagi. Hahaha. =.=

Boleh la kan kan????

Godek-godek entry lama, terjumpa entry pasal saya sakit. April 2010, dan sekarang March 2011. Hampir setahun. Hmmmm.

>.<

Takutnya kalau kahwin pastu pregnant. Perghhhh!! Rasa nya mesti bertambah sakit. Sekarang kurus kering pun dah sakit segala macam kalau ada orang dalam perut errr mesti lagi teruk. Ye tak?? Hahahahaha. Ni nama nya tetiba cari penyakit imagine benda bukan-bukan.

Orthopedic ke -3,
Susah saya nak cakap awak sakit apa, better jumpa neurologist. Kalau boleh operate kita operate.

 Source : Google

*Gulp*

**Mode entry tulis macam diary. Huh!!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, March 1, 2011

127 hours - Don't give up and do not give up!!!

127 hours = 5 days ++

Ha apa tu 127 hours? Tajuk filem la.Hmm sapa yang pernah tengok dan suka cerita Slumdog Millionaire, ini lagi satu filem arahan Danny Boyle. 

Source: imdb - 127 hours

Cerita ini adalah kisah benar Aron Ralston, seorang pendaki gunung dan dilakonkan semula oleh James Franco. Aron Ralston telah terperangkap sebab tangan dia dihempap batu besar. Nak angkat batu tu memang tak boleh ah.

Seriously cerita ni memang best sebab mood filem tu dinaikkan dengan shot yang cantik, lagu yang menarik memainkan emosi dan flashback yang memberi pengajaran yang amat berguna kepada penonton dan semestinya kepada Aron.

Hahahaha. Cewah! Ala korang memang best ah cerita ni. Sapa tak suka tak tau la.

Jom je la tengok trailer.


There is no force on earth more powerful than the will to live
Dia dapat survive ke tak?

Okay tak nak spoil kan cerita ni. Tengok sendiri la beb! =)

**psst..pengajaran dari cerita ni, nak pergi mana-mana tolong laaa bagitau orang lain..Kalau orang tak tau mana korang pergi, hilang ke ditimpa malapetaka ke tak ada sapa boleh tau. =p



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, February 26, 2011

Roarrr..hantu hijau mengganas..seriuss scary!!

Perghh..

Gila tak ada idea nak tulis belog. Nak tulis personal life boring pulak. Ye takkk??? Nak review pasal movie dah lama lak tak tengok movie. Lagi-lagi sekarang tengok ramai sangat tulis belog sekarang. Tulis benda-benda tak menarik sapa nak baca. Betoiiiiii takkkk korangggggg???Haha.

Ececece. Ni nak cakap entry ni menarik la eh???Hahahahaha. Mana ada jauh sekali. Menulis belog ni satu terapi. Hah! Ada nak cakap apa-apa lagi tak??? Mana hantu hijau nye. =p Oh saya memang suka terpesong.  Jom saya cerita.

Ce cite ce cite~ *trademark sekarang..hahaha..

Pada satu hari..jeng jeng..Errrr..*sigh* Macam mana nak cerita ni? Jom je laa tengok muka hantu hijau.

Haaaa..tayang jap muka anak buah. Comei takk??Makcik dia comei tu pasal budak ni pun dapat baka comei. Hahaha. Confirm laa ada orang cakap dalam hati,

"Hekeleh pompuan ni..overKOMPIDEN cakap diri sendiri COMEI!!".

Gulp!
Yelaaaaaaaaa. Tak comei laa buruk macam hantu hijau kat bawah ni.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
Huduh sungguh hantu hijau ni. Iskkkkk..tanak laa ngaku macam ni.

Kalau macam ni pulak??
 .
.
.
.
 .
 .
 .




 Hoho. Gigi tajam-tajam. 

Hahaha.
 Apa sebenar nyaaaaa semuaaaaaa ni. 

Haaaa. Tensen eh tak jumpa motip entry ni??? Hahaha. Sebenarnya kan nak bagitau budak kecit kat atas tu, takut gila dengan muka-muka hantu yang kaler hijau ni. Tugas hantu-hantu hijau ni menghalang budak kecit ni naik tangga, pergi dapur dan macam-macam lagi. Nak paksa dia makan pun boleh guna hantu hijau ni.

Scary kan??kan???

Serius kreatif. Jimat duit tayah beli besi penghadang untuk budak kecit ni.

 Hihi. Comei kan?

Hantu yang paling dia takut?

Haaa yang ini!

Hahahahahaha. Scary ke ni?? *sigh



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Thursday, February 10, 2011

Tak kahwin lagi dah nyanyuk???Sobss!

Uwaaaaa...ni nak nangis ni. Saya belum lagi kahwin dah kena penyakit nyanyuk ke???

*nampak tak underline perkataan "kahwin".. maksud nya nak bagitau saya masih seorang "cik"..hahahahaha..opsss!!!tak ada niat lain derr..

Ni nak cerita ni.

*mesti ada orang dalam hati dok cakap ...ce cite ce cite..haaa kantoi!! kan kan?

Hari ni kan, siang tadi kan, tengah hari tadi kan.. *oiihhhh berapa kali kan daaaaa..PANG!!

Sebelum saya cerita lebih lanjut, lebih molek kiranya saya bercerita sedikit asal usul dan latar belakang saya.

Bekerja : Ya
Tempat kerja : KLCC
Outstation hari ini : Bangi
Rumah ibu bapa : Putrajaya
Adik-adik bersekolah : 2 orang

Hihi. So dah kenal saya kan?

Haaaa..kebetulan saya outstation dekat Bangi so dekat lewwwww [tiru gaya IniAnwarHadi] nak balik rumah masa lunch hour. *saya suka makan rojak so bahasa ada kaitan dengan rojak jugak =p

Wow..pandai gak saya lukis kartun..Hahaha..*masuk bakul angkat sendiri

Tapi lunch hour satu jam jer. Dalam masa satu jam,
  • saya nak pergi amik duet sebab kocek saya bocor dah tak ada duit
  • saya kena beli makanan untuk makan tengah hari sebab mak saya tak boleh masak hari ni
  • saya kena amik adeq-adeq pulang dari sekolah sebab ayah outstation tak boleh amik
  • saya nak makan nasik lewwwwww..LAPA!
Maka dalam perjalanan saya plan la nak singgah mana dulu ikut keutamaan. *pssstt..kat list kat atas tu ikut susunan mana yang penting laa..

TAPI TAPI TAPI..

Saya nyanyuk. Point no satu ja betul. Err..yang lain tu minda bawah sedar telah kuasai diri saya. HOIHHH minda separa sedar kamu JAHAT!!

Haha buruk gila lukis. Tak apa amatur!! HAHAHAHA.

Legend : 
Kaler ungu = kereta
Kaler merah garis-garis = Perjalanan saya

Weh korang tengok saya pergi mana tu?? Saya pun tak tau tiba-tiba je tersedar saya dah sampai situ. Jeng jeng. Ada orang bunian nak colek saya ke???

NYANYUK KEEEEEE?????



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, February 7, 2011

Moh kita melawat PETROSAINS!!!

Alooooo aloooo alooooo..*echo*..Bunyik cam dalam gua tak?

Korang pernah pergi PETROSAINS? Tak pernah? Rugi rugi. Happy melampau saya pergi sana. Haha. Macam budak-budak.

Tiket buy ONE free ONE woo. Kekanak dapat discount lagi daripada harga asal. Macam nak dapat tiket promosi ni? Jeng jeng. Biarlah rahsia.

Let's picture do the talking eh??? =p

Errr..watermark terkeluar dari gamba. Haha malas edit!
 
 Piza piza piza!!! Huh. Jemu gila makan sekeping roti yang keju ni. Adeq-adeq sekarang pandai kikis duet kakak dorang. Makan je nak piza, piza je bila keluar makan. *sigh*. Mee mamak tak nak pulak.

Saya: Makan kfc ye?? Dah lama kita tak makan kfc.

Adeq yang bongsu: KFC KFC KFC..tanak! Nak piza gak.

T______T *hancur hati*

Main bayang-bayang. Seronok woooo!!!!

AUmmmMMMM! Dinosor nak gigit kepala. Haha. Happy face!!

OMG!! Dah terasa macam budak sekolah pulak pergi dengan bebudak kecittt ni. Umur macam ni mak saya dah ada 2 orang anak kot. Eh ke 3 orang? Kalau 3 orang anak, saya laa salah satu nya. Hahaha.

Pstttt..serius tak rugi ah pergi. Nak dating kat sini pun berbaloi. Opssss. Tak tak. Jangan cemarkan pandangan kanak-kanak dengan pergi berdating kat sini ye!!!!

More info sila la melawat : http://www.petrosains.com.my/



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, January 30, 2011

Dong Dong Si Mata 4

Sapa tau apa itu dong dong si mata 4?

Haha. Masa saya kecik-kecik dulu ada cerita kartun, nama dia dong dong si mata 4 sebab dia rabun. Kalau tak pakai spek, dia tengok tv sampai melekat kat skrin. Just imagine saya pun macam tu. Hahaha. Comei kan??? *cepat cakap comei kalau tak saya nangis sambil ngadap dinding..T____T

Saya start pakai alat ajaib ni start dari darjah 3. Ajaib gila menda ni, tiba-tiba je semua nampak. Jerawat korang pun clear tau. Opss. Saya tak ada jerawat! *berlagak esok kompem berpinak-pinak kat muka~~OMG!

Hishhh ni semua sebab durhaka kat parent. Haha. Dorang tak kasik baca komik masa kecik-kecik. Tapi sebab masa tu Dragon Ball sangat best, dan GOKU itu sangat kacak. Mesti laa kena baca kan???? Baca dalam gelap! Ngeng! Padan muka kan dah rabun. =.=

Tapi ada kebaikan tau rabun ni. Kalau masa tidur kan, tiba-tiba ada benda menakutkan kat depan mata. Confirm laa tak nampak. Hahaha. Fuh!!! Tolong jangan membazir masa kacau saya masa tidur. Rabun saya dah tahap berbahaya! =p

Ehhhh..motif entry ni??

Hihihihi.


 Parcel : Contact lense dan spek baru

 Baru tau buat spek pun dapat waranty card. Haha. 

 Oh..beli yang skema punya sebab dah kerja. Saya suka beli spek merepek~~ Haha!!


Pstttt..saya beli kat kedai kawan saya kerja kat Sungai Petani. Layanan memang best!! SHAHARUDIN OPTOMETRIST~~ =p



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, January 29, 2011

Hoi! Orang "B"..Jangan misscall boleh?

B stand for B. Haha.

Ce teke ce teke? B for what? Ni nak cerita ni.

Sakit hati tau sekarang ni. Dalam sehari confirm dapat misscall dari no start dengan prefix +880. Haa. Korang nak tau dari mana?

 Nampak tak???Haaaa. Camna nak check? Klik SINI.

Nampak sangat saya ni ada peminat dari luar negara kan?kan? Hahahaha. =.= Borang untuk jejaka Malaya kat Malaysia ni pun dah habis. Tak mampu la nak layan dari luar negara pulak. Bluweeeekkk! Perasan gila kan saya? Hahaha. Memain je eh.

Saya nak tuduh orang kuning bagi number phone saya kat orang B. Sebab kan, saya tak pernah bagi pun number DIGI saya kat orang yang saya tak kenal dan tak letak kat Facebook pun. Patut saya boleh je ignore unknown number ni. Tapi saya bengang la kan. Masa saya tidur kat hotel baru-baru ni, baru je nak terlelap phone bunyik. Arghhhh! Ingat kan emergency ke pe. Ingat senang ke nak tidur kat hotel tu!! Hahahaha. Marah sebab susah nak tidur masa kat hotel. Grrr.

So tadi saya comment laa kat DIGI pasal number yang dok kacau saya tidur ni. Tabik ah kat customer service DIGI. Baru je comment terus dia call kita ni. =.= Saya comment la maybe number phone yang saya dapat last year ni, recycled number. Aiseh!!! Sekali DIGI mengaku lak dia memang recycle number yang dorang terminate. Mak aiiihhhhh! Recycle laa number yang dah terminate 30 tahun yang lampau ke. Jangan ah baru terminate. Uwaaaaa. Siap cakap dorang tak boleh block gak!!

Tak apa laa no..sabar je la. DIGI cakap ada software yang boleh black list number yang dok misscall ni. Haaaa korang tau tak software apa?

Nampak tak pukul berapa tu??? 9AM ++. =.=
Masa tidur saya dikala weekend!!!! *Marah

Haaaa..ni pulak masa saya tengah rushing balik kerja. 
Hoii! Penat carik handphone dalam handbag tau!!


Pssttt..korang suka tak orang "B"? Kalau suka sila contact number tu. Hehe. Tapi ape ape pun, saya berterima kasih dekat DIGI sebab contact saya dengan cepat. Sedap sikit hati bila dorang amik berat hal customer. Hahaha. Oihh DIGI..tengok marah-marah pun promote jugak! Baik ko muncul jadi BE saya sekarang. =.=



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Friday, January 21, 2011

Tips : Hilang kan rasa takut

Hishhhhh!

Kalau tengok kaki saya, eh bukan NOTA KAKI saya. Saya tengah nervous la. T_____T Minggu depan kena outstation pergi Kerteh untuk seminggu laa. Uwaaaaaaaaaaaaaaa. Saya tak takut pun nak present depan orang, tapi saya takut dok hotel sorang-sorang. 4 malam tau! Hish ni rasa nak nyanyi lagu 3 Malam Tanpa Bintang~~~  *errr ada kaitan ke lagu ni?pangggg!! tampa diri sendiri

Haih. Mengeluh lagi. Ni 1st time outstation lama camni dan duduk hotel yang sama selama 4 hari! Dahla boss baru cerita seram kat hotel tu. Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk!!!!Tak sanggup nak pergi. Haih! Dekat rumah pun tak pernah lagi dok sorang-sorang. *sigh!

Korang ada tips tak nak hilangkan rasa takut duduk hotel sorang-sorang tak? Haha. Meh saya share apa saya buat bila takut dekat hotel.

Bukak semua lampu 

Expected la kan ni? Haha. Dah takut takkan nak tutup lampu lagi. Itu carik maut derr. Haha. Dekat rumah pun terang benderang je bilik tidur. Tak ada makna nya nak tutup time tidur. Sekecil-kecil lampu pun saya akan bukak kalau tidur kat hotel.

Tutup TV

Haaaa. Korang kalau takut mesti bukak TV kan layan cerita? Huh. Saya tak akan bukak tau. Sebabnya tiba-tiba korang ngah sedap layan Doraemon dan ketawa HAHAHA, tiba-tiba NGEEEEEEE~~ iklan cerita hantu!!!!!Mak aih terkojuttt den. Camni jantung saya mesti dup dup dup. Pantas! Maka mengelakkan saya rasa lagi takut. Katakan TANAK kepada TV.

Haaaa. TV mungkin akan berkecai kalau muka hantu tiba-tiba muncul! 
*Baik elakkan sebelum kena bayar gantirugi

Add-on Internet service

Hishhh. Tak mesra customer la hotel sekarang. Kita dah bayar menginap tanak pulak kasik line internet dalam hotel. Maka setiap hotel yang saya pergi, saya mesti mintak line internet. So, nanti boleh layan Facebook, chatting dan boleh layan belog tapi saya kurangkan kadar belogwalking sebab takut tiba-tiba kat belog tu ada gamba hantu. Nayaaaa! Hmmm..tapi the bad thing, OMG!!! hotel yang saya akan duduk minggu depan kena sewa broadband dan kena bayar sekitar RM200++! Gila paaaa. Saya berharap line DIGI kat sana okayyyyy. Please orang kuning tolong temani saya. T_____T

Errrkk! Follow boleh tapi jangan muncul depan saya yee! Scary pe orang kuning ada depan mata!


Bergayut macam monyet

Errr. Haha. Tipu-tipu. Tanak tiru monyet. Hihi. Ni kena pasti kan battery handset di waktu malam full dan kredit wajib ada. Ada orang jadi mangsa la kena teman saya sampai saya tertido. Hehe. Nasib laaa labu..Tapi kalau orang tu tertido dulu?? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nangisss! 

Last but not least,

Angkut barang, pindah je bilik officemate lain laaa labu!!! =p

*Psstttt..Jahat gila officemate saya, dia cakap tah-tah bila saya pindah bilik orang lain, dalam tu nungkin hantu kak limah balik rumah bukan manusia. 

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...JAHAT!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Thursday, January 20, 2011

Secret Garden

Wow..cik kay-N dah pandai tengok cerita Korea?
Haha. Apa officemate saya ni!!!! Tiba-tiba je cakap macam tu. Ceh. Saya memang layan cerita Korea walaupun perangai saya macam pengganas atau pun mafia. Haih. Bak kata Adnan Sempit,

Dalam hati ada taman der..~
Paling best setakat ni saya pernah tengok yang under genre romance, mesti laaa  Boys Over Flower. Haha. Lelaki dalam cerita tu semua nya bila senyum boleh mencair hati saya. *Melting!!!

Haaaaa. Sekarang saya tengah layan Secret Garden. Baru dua episode tau. Saya suka tunggu cerita tu dah abis release baru saya nak layan. Kalau tak jiwa kacau beb! Haihhhhhhh. Sekarang nak tengok asyik ada orang hijack pc saya je. Nak halau tak sampai hati pulak. Lagi lagi kalau ayah yang tengah guna. *Kang jadi anak durhaka lak. T___T

Haaaa..dalam hati korang mesti nak suruh saya cerita pasal Secret Garden ni kan??

Ce cite ce cite ce cite.
 Okay-okay. Cukup! Jom saya cerita.=)

 Watak utama:

  • Kim Joo Won dilakonkan oleh Hyun Bin. Woooo. Korang kenal tak Hyun Bin ni sapa? Masa first episode saya macam kuciwa bila tengok watak utama ni macam tak ensemmmmm! Hahahaha. Tapi bila dah masuk second episode nampak laa kecomelan dia. Hehe. Rupa-rupa nya dia ni pelakon cerita The Snow Queen. Lain betul rupa dia ni masa berlakon cerita tu. Dalam Secret Garden ni dia macam kurus gila.  
 Hyun Bin 
Source : google
Comei kan dia???Hahahaha..Kalau nak tau pasal dia lagi boleh klik kat SINI

  • Gil Ra Im pulak dilakon kan oleh Ha Ji Won. Dalam Secret Garden dia macam ganas laa. Stuntwoman tapi still cute. Cerita korea selalu watak perempuan mesti yang miskin dan watak lelaki confirm kaya raya. Hahaha. Nak tau pasal dia??? Hahahaha. Cari sendiri la eh??? =p



Heeeee..mereka yang cuteeee! 


*pssttt..yeay semua orang nak pergi keluar..maka saya nak marathon cerita ni. Selamat mendownload cerita ni k?? =)



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Monday, January 17, 2011

    Tips : Memikat Hati Perempuan

    Aiyaaaa..Dapat berita gembira lagi. Bapak ku mau kahwin lagi. Opss silap!! Ada rerakan baik baru je menyampaikan kabar mereka mau kahwin.  
    *Musim mengawan bagi rerakan sebaya saya..hahahaha!

    Sobss. Sedih sedih gak sebab bila dah kahwin tak sama macam single boleh hang out sesuka hati tapi saya doakan mereka berbahagia. Eh eh. Turn saya? Belum ada jodoh lagi..T____T 
    *Lonely Im so lonely, I have nobody, to call my ownnn~~ [background lagu Akon - Lonely]

    Mari saya share sikit tip-tip macam mana nak kahwin cepat. Haha. Ni tip berguna untuk lelaki yang masih single dan tak tau macam mana nak ngorat perempuan. Cewah. Sekali sekala nak tunjuk pandai kan. Layan kan aje. Ehhhhhh. Tip - tip ini mungkin dari kisah benar berdasarkan pengalaman rerakan saya k. So bukan KHURAFATTTTT tau! =p

    P = Perempuan, L = Lelaki

    1. Sabar
    Adik-adik semua, cuba eja S.A.B.A.R. Haaa pandai pun. Haha. Serius wooo. Laki kena sabar la kan kalau nak mengorat perempuan. Hello..awak yang berkenan kat girl tu kena laa SABAR layan kerenah dia.

    P :  Awak, saya bosan la. Nak study sambil dengar lagu. Boleh pinjam walkman awak?
    L  : Boleh-boleh. Nah jaga elok-elok naaa.

    Seminggu selepas itu.

    P : Awak, earfon walkman tu adik saya bagi pecah.Saya ganti nanti eh?
    L: (SABAR) Eh tayah2. =p

    2. Menunjukkan kesungguhan = Komitmen

    L: Hye nak jadikan awak insan yang teristimewa dalam hidup saya boleh *ahahaha..jiwang!!
    P : Boleh. Tapi kalau setakat nak couple saya tanak. Saya nak kahwin. *gulp..drastik ni

    Terus beli cincin dan sila la melamar si dia untuk dijadikan wife kamu. InsyaAllah lebih diberkati. =)

    3. Menjadi pendengar yang setia

    P : Awwwwwwwwwwaaaakkkkk!!!! Saya marah ni.
    L : Haaaaaa..nape-nape? 

    P : Pokpek pokpek pokpek ..*18 juta patah perkataan
    L: ...... ..... ......

    4. Peneman

    Hmmmm. Sila teman si dia kalau si dia mengadu takut. Cewahhhhhh. Errr. Bukan kalau perempuan tu takut dok rumah sorang, hang pi datang teman dia pulak. Kang naya Jais datang tangkap. Haha. Teman pakai handphone boleh kan? Gayut-gayut sampai tertido. Hoyeahhh! Jangan nak bebel cakap hantu tak wujud, syaiton itu memang suka mengacau. Nanti kang bunyi hempasan telefon je kedengaran. Hehe.

    5. Sila jangan poyo

    Hishhhh..Nak ngorat orang tu jangan la poyo sangat. Kami kaum perempuan menyampah tauuuuuuu. Hehe. Hmmmm contoh poyo?
    Lu PK aaaa sendiri!!

    Dah cukup kot..dah takda idea..pssttt..semoga berjaya ke jinjang pelamin. Renung - renung kan, dan selamat beramal. =)



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Thursday, January 13, 2011

    Brain teasers

    Kalau korang rasa korang hebat sila laa try. =)

    history 
    history
    history

    Ans: history repeats itself

    arrest
    you're

    Ans: you're under arrest

    me right

    Ans: right beside me

    time time

    Ans: time after time

    calm storm

    Ans: calm before the storm

    ban ana

    Ans: banana split

    go it it it it

    Ans: go for it

    otwone

    Ans: two in one



    psttt: korang highlite je kat tempat "ans" tu kalau nak tau jawapan betul ke tak. 

    "SELAMAT MENCUBA"



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Sunday, January 9, 2011

    Hantu Kak Limah Balik Rumah

    Ce ce cite ce cite..Hahaha. Eh betulkan tajuk movie ni. Saya dok teringat kak limah balik kampung je.

    Okay! Saya excited sebab baru tengok. Haish terlambat ke? Haha tak pedulik nak gak cite kat sini. =pp Saya memang plan dari last weekend lagi nak tengok cerita ni. Tapi apakan daya, masa tak mengizinkan plus takde geng ah mau tengok~. Minggu ni adeq-adeq ada!

    Hoyeah-hoyeah!

    Beria gila nak tengok. Sekali tiket kat Alamanda untuk arini fullhouse. Eh yeke? Ke depan sekali je ada. Haha. Tak rela beb nak tengok cerita hantu dok depan sekali. So berbekalkan keazaman dan kegigihan saya pun beli tiket kat times square. First time tengok movie kat cni. Naik ERL + Star je beb. Lepas tanya Mazriff aka escapad, dia cakap good luck kalau nak bawak kereta. Terus kensel laaa. Hahahahaha.

     Eh eh..boleh beli tiket online guna CIMBCLICKS. 
    Sudah maju eh???Hehe. Tayah guna itu kad ah long~ Haha


    Cewah. Macam laaa 1st time nak naik ERL. 

    Mak tanya:
    Eh eh baju pe ko pakai tu????
    Haishhh mak ni. Ni baju modern tapi sopan. Hahahahaha. Kalau rase seluar jeans ketat-ketat tu sila laa labuhkan baju. Haha. Bajet jeeee.Opsss. Para beloggers yang budiman, jangan la kutuk baju yang saya pakai ni ye mahupun sebarkan kepada orang sambil mengutuk baju ni. Hahaha. COPYRITE!! **pasan laaa kamu ni cik kay-n, tak ada sapa nak pedulik owner belog yang tak femes!

    Hishhh bukan apa, tengok belogger kaum satu lagi hebat mengutuk belogger kaum saya. =pp Jejaga je. Takut-takut!

    Budak-budak! Eh tapi kakcik macam lagi matang dari saya je? 
    Hoiii! Itu selendang saya. Pinjam yee~~ =pp

    Hihi..earfon SE. Careless sangat sampai hilang~
    Tak apa yang ni boleh guna untuk SE & HTC saya. =)

    Ehhhhh..mana cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah ni???Maaf! 
     
    Scene yang paling saya dan adeq-adeq suka. **pssst..dalam ERL dok gelak-gelak ingat cerita ni.

    1. Bila ramai-ramai sebut "ce ce cte ce cte". Haha PERAK sungguh!!! ** owner belog telordibasuh pun suka kot dialog ni. Haha. Mentang-mentang orang Perak.
     
    2. Ramai-ramai lari bila nampak hantu. Haha. Lawak ah cara dorang lari. 

    3. Pak Abu jumpa Kak Limah kat semak tu. Pesal Kak Limah tu berdiri sengeeeetttttttt! Haha.

    4. Usop ajak ramai-ramai bakor rumah Kak Limah pastu suruh orang angkat tangan macam dia. Sengal je semua. Pastu kan tetibe Kak Limah tu ada gak angkat tangan. Hahahahaha. Part ni saya ngan adeq dah jerit-jerit seram! Haaaa.
     
    5. Aaaaaaa lupeeee laaaaa lupeeeeeee. Haha. Banyak lagi scene yang best. Tak larat cerita dah. Baek kome tengok sendiri laaaaaaa.

    pssstttt..hehe. Sebaik best. Kalau tak memang saya hentak-hentak kepala sebab menyesal tengok movie cerita Melayu. Ngeeeeee ...~



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Friday, January 7, 2011

    Buah delima ke dilema???

    Kadang-kadang,

    Kita mungkin berada di situasi yang kita tidak mampu nak handle.

    Jarang-jarang,

    Kita tersepit dimana kita tak reti nak pilih mana satu atau memilih pihak yang benar.

    Selalu,

    Emosi melebihi akal fikiran.


    Eh eh. Apa saya merepek? Biasalah baru balik "KERJA", jiwa dan mental ditahap (blank) errr..err..Tak tau nak tulih apa. Haha. 

    Haaaaa..nanti ada laa tu manusia komen:

    Hekeleh baru balik kerja lewat malam berapa kali pun nak kecoh kat belog. 

    Haha. Dan jawapan ala- ala artis para belogers akan reply:

    Hoiii..aku punya belogg suka hati aku laa nak tulih apa. Hang kecoh buat paaa.
    Source : Pakcik Google

    Cewah. 

    Sebenarnya, saya tiba-tiba terpikir. Orang-orang yang kerja dengan saya sampai malam-malam ni semua nya dah kahwin. Bini ka laki dorang dah tak kesah ke, pasangan hidup dorang selalu takde kat rumah. 

     Pastu kan, macam mana dorang percaya pasangan hidup dorang ni betul-betul pergi outstation buat kerja. Haha. Tah-tah bukak cawangan lain ke tambah skandal ke? Haaaaaaaaa. *sigh* Mintak simpang saya tak kena macam ni laaa. =pp

    Hoh! Jam menghampiri pukul 1! Mari tidur. Perjuangan saya belum berakhir.

    Nyteeee u ol ...zzzzzzzZZzzzzz



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Monday, January 3, 2011

    Bila perasaan cemburu menguasai diri ..

    J.E.A.L.O.U.S ..

    How to stop being jealous?
    Bersyukur pada yang ada.

    Jiwa saya bergelora. Dup dup. Jantung berdenyut dengan pantas. Inikah dinamakan CINTA? Sampai tidak boleh melelapkan mata walaupun sesaat mengenangkan DIA. Tapi hampa. DIA bukan milikku selama nya. Begitu cemburu melihat kekasih baru. Sobs.

    Wahahaha. Drama habis.

    Jangan salah paham geng. Saya tak main laa cemburu-cemburu ni. Eh eh yeke? Haha. Ini bukan cemburu pasal jiwa-jiwa tu.

    Saya tengah jeles pasal tengok adik-adik saya bersiap dengan beg sekolah baru, buku-buku baru, baju dan kasut sekola baru. Uwaaaaaaaa. Saya nak pergi sekolah gak. Haha aci tak??? Seronok nya pergi sekolah. Lagi-lagi lepas cuti panjang. Hehe. 1st day sekolah datang untuk borak-borak je. Ngeeeee. Bukan macam kerja. Stress kot masuk kerja after cuti panjang.

     Source: Google
    Opsss..tapi saya tak smoking. Katakan tanak pada rokok. Hehe.

    Masa sekolah dulu rasa macam tak ada problem pun. Happy je memanjang. Hehe. Lagi-lagi masa sekolah ada geng-geng yang sekepala. Tagline dulu, "Geng membina, bukan merosakkan". Cewah.

    Tadi balut buku adik-adik, sambil tanya barang semua dah beli ke. Sorang tu dapat no. 1 darjah dia tahun lepas. So dapat banyak hadiah. Tayah beli dah woooo..beg sekolah, alat tulis dannnnnnn basikal pun dapat. Gila kaya sekolah dia bagi hadiah macam-macam.

    Teringat zaman saya sekolah rendah. Hihi. Saya pun selalu dapat hadiah sebab dapat no. 1 or 2 or 3. Cewah. Bukan apa bila dapat hadiah tu boleh ringan bebanan ibubapa. Haha tayah mintak dah beli barang-barang tu dah. See. Dari kecik dah boleh pikir panjang. Hahahahaha. Taktik laaa sebenarnya nak dapat barang baru. Kalau elok lagi takkan nak suruh mak ayah beli. So kena belajar elok-elok la bagi dapat hadiah.

    Jeng jeng..

    Kesimpulan dari entry ini :

    Hmmmm..SAYA NAK PERGIIIII SEKOLAHHHHHHH!!!! *menyamar jadi budak darjah 3 eh eh Form 3 laa.. Aci tak??? Hehe..



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

    Saturday, January 1, 2011

    Cupcake New Year 2011

    Wow hari ni 1/1/11. Cantik kan date arini. Haaaaa. Mesti ade orang bertunang or kahwin arini kan. Hehe. Tahniah laa kat siapa-siapa yang bertunang or kahwin tu. Semoga berbahagia ke anak cucu. Kat sesiapa yang celebrate birthday rini pun saya ucap kan Happy Birthday, semoga panjang umur murah rezeki eh.

    Jeng Jeng..

    Sempena hari pertama di tahun 2011 ni, saya dengan amat berbesar hati mau tayang-tayang hasil cupcake buatan saya yang pertama sepanjang saya hidup di atas muka bumi ini. Haha. Fuh!! Sebaik jadi kalau tak jangan harap laa saya nak tayang kan? Hihi. *pssst..kat sesapa yang dah pandai wat tu, diam-diam laa..bagi can saya tayang bley tak?? =pp

    Haaaa..comei takk???pink gtu~~ =pp Opss comot sebab sy memang mls nk wat lawa2..haha..

    Hihi..pandangn atas..comot2 pun sedap tau~~ =) *Masuk bakul angkat sendiri!! Heh..

    Hehe..Ala baru 1st time mencuba so saya buat cupcake yang paling basic la. Senang je ni. Tak tipu! Saya belajar pun tengok youtube petang tadi. Hehe. Jom tengok resepi..

    Cake
    175g butter
    175g self-raising flour
    175g caster sugar *saya guna gula biasa je ni..tapi saya reduce ckit sebab tak suka manis sangat
    3 eggs *pukul dulu ye puan-puan semua
    1/2 tea spoon baking powder
    1 tea spoon vanilla essence

    Icing
    500g icing sugar *uhuk..gula icing kat rumah tinggal 200g, so icing saya macam cair cikit laa sebab xcukup
    5 table spoon water *sebab tinggal 200g saya buh lam 2 tbs je
    Food coulouring - pilih je kaler yang berkenan di hati

    Haaaa..jangan lupa pre-heat dulu oven dalam 170 darjah celcius. *Cewah macam pro plak bagi tips..hihi

    Jom tengok pic laa eh? Saya nak explain detail pun tak berapa reti.

    1. Campurkan semua bahan-bahan untuk buat kek dan adunkan sehingga sebati 
    *camne nak tau sebati? kalau adunan tak melekat sangat kat sudu kira oke dah

    2. Nak buat cupcake kena ada bekas lubang-lubang macam ni dan semesti nya cup kertas nak letak adunan.

    3. Bubuh laa adunan lam cup tadi tu. Haha jadi la dia cupcake.
    *psst..jangan letak banyak sangat..3/4 dari bekas je ye..nanti melimpah

    4. Oke..masukkan adunan dalam oven yang kite dah pre-heat tadi. Bakar dalam 10 minit gitu.
    *Nak tau masak ke tak..cucuk pkai lidi ke garfu ke..kalo kek tu lekat meaning lum masak k.

    Jeng jeng..tadaaaa..siap~!!!!!


    Buat icing plak meh?


    1. Campurkan 200g gula icing tu dengan air. Gaul-gaul.

    2. Haaaa..campur pulak perwarna. Saya pilih PINK

    Dah siap bubuh laa icing atas kek tadi tu. Hehe. Senang je kan???Sapa kata susah boleh hantuk kepala kat dinding dulu laa. Haha. 

    SELAMAT MENCUBA yerr. =)



    Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p