Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Haih lama betul tangan ni tak tekan papan kekunci untuk mengupdate belog. Why why? Eh ada korang kisah ke saya tak update pun. Haha. Saya bukan artis pun orang nak pedulik. Sobs sobs. Sentimental sikit. Mesti orang bilang tau tak apa, sedar diri tak apa. Dush!

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.

Lambat sungguh saya wish. Tapi still hari raya lagi kan? So tak berapa lambat la kan. Tahun ni raya macam suram kelam gelap gelita sikit. Mungkin ramai sedara mara yang tak ada kat kampung. Maklum laa dorang sudah ada giliran pulang ke kampung. =P Saya tak ada pun???? Tahun ni abang pun tak balik beraya, kakak pulak pulang sehari je. Memang boring sikit ah, tak ada geng nak bergaduh! Haha. Raya raya bermaafan tapi ktorang suka bertekak baru nampak berkasih sayang. Hihi.

Haaa tahun ni saya rajin pos kad raya. Tak banyak pun sikit la. Guna khidmat pakcik posmen lagi tuuuuu. Tak sangka pulak harga setem naik 2x ganda. Nasib baik saya tanya dulu orang kaunter sekarang nak hantar surat kena beli setem bape sen. Haih. Kalau tak, tak sampai laaa kad raya saya ni.

Cewah..kad raya yang sudah di pos. Sampul yang tak ada alamat tu anggap saya pos kat semua reader belog saya yang tak berapa best ni ye. Hihi.

Ni duit raya pertama saya dapat. Adeq saya yang bagi duit dari dari dari... arab kot. Nampak tak ada tulis wahid. Haaa. Dulu-dulu belajar Bahasa Arab Wahid tu = Satu!

Syukran ya Safwan.

Saya dapat gak kad raya dari salah seorang manager kat office. Pastu dapat dari officemate saya merangkap ex-schoolmate, ex-classmate, ex-coursemate. Haha. Nasib baik tak jadi soulmate je. Kalau tak confirm la tak ada life!! Hihi. Thanks Azmil

Tak lupa gak terima kasih yang bagi kad raya melalui Facebook. At least ada gak orang ingat nama saya kat Facebook tu kan?? Hehe. Haaa..meh saya share satu kad raya yang kreatif saya terima dari Facebook.
Sila klik :  The making of the Wish . Terima kasih daun keladi, tahun depan buat lagi,

Happy happy happy dapat kad raya!! =)

Hmmmm..banyak bloggers time raya ni update pasal Datuk Sosilawati. Saya tak tulis maka bukan saya tak ambil tahu. Tapi cukup laa informasi dari wartawan yang bertauliah. Peristiwa yang cukup menyayat hati. Entah kenapa, bila saya tengok berita bergenang air mata mengenangkan mangsa-mangsa yang dibunuh kejam. Lagi-lagi bila salah seorang isteri mangsa cakap sampai hati bakar mayat suami dia. Mana kubur dia nak lawat nanti?? Sobsss!!!! Ustazah dan anak yang kena bunuh tu pun kesian jugak. Adoiii.. Nak rompak rompak aaaa tapi kenapa sampai bunuh orang. *sigh*..

Tak apa laaa biar polis buat kerja. Biar hakim jatuhkan hukuman. Kita sedekahkan al-fatihah cukup laa.

psssttt: Saya tengah tunggu kad raya dari orang yang TERAMAT istimewa. Spesel sangat kad raya dia sampai dah lebih seminggu raya pun tak pos lagi. =pp



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p