Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Tuesday, August 31, 2010

Freak Storm Hits Malaysia - Klang Valley

Merdeka!!!!Merdeka!! Tanggal 31..Bulan Lapan..57...~

Cewah. Happy ye saya? Hihi happy la duduk kat negara yang merdeka. Hari ini pun merdeka dari kerja gak. Tambah-tambah la happy. =)

Hish. Korang tau tak ribut aneh melanda Malaysia? Lagi-lagi area Lembah Klang.

Jom tengok video ni wartawan interbiu beberapa penduduk.






Amacam geng?? Takut tak kalau ribut macam ni berlaku kat tempat kita.

*sigh*

Saya pun tatau la saya patut happy ke tak.

Ngeh..ngeh. Nampak tak real kan semua orang berlakon dalam video tu. Haha. Tapi tapi.. masa first time saya tengok. Saya percaya walaupun macam pelik kenapa orang yang wartawan tu interbiu semua bagi respon pelik dan skema. Haha. Sekali tengok yang last sekali baru tau diri sudah tertipu.

Iklan DIGI rupa nya.


Nuffnang la baik sangat hari-hari bagi iklan Digi ni kat saya, kan saya dah terpengaruh. Haha. Saya dah subscribe 3G Internet Unlimited 58. Hui hui. 

Doa-doa saya dapat BlackBerry turun dari langit ya?? =pp


psttt: Saya laa manusia yang boleh terpengaruh dengan iklan kat tv. Opss..tapi tak ada laa terpengaruh menda mahal-mahal.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, August 29, 2010

Hasil tangkapan saya

Hye hye semua.

Semalam kan, kakak saya ajak la saya usha-usha SALE kat Presint 2 tu. Tengok dalam beg duit ada sikit je. So memang nak cuci mata dulu la.Perghhhh! Memang ramai laa korang. Orang pusu-pusu pergi situ. Saya dahla tak suka tempat sesak-sesak ni. Rasa nak pengsan.
Eh Body Shop pun ada gak kat situ. Tapi tak ada laa diskaun tak hengat. Dapat 10% gitu je. Nasib baik saya tau harga Vitamin E Moistuire Cream, so tak ada laa saya tertipu. Ada ke patut kata dah diskaun dari harga lama. Hmmm tapi saya assume orang tu pekerja baru, sebab bila saya orang lain saya dapat harga murah lagi. =pp

50% - 70% gak laa sale
Pencarian harta karun~~haha..PONEY punya kedai!
Hmmm..saya memang tatau nak beli apa kalau tempat sesak-sesak ni. Nak usha baju ke handbag ke seluar ke, memang tak reti beb. Macam kena pantas je. Haha. Selamat duit!

Jeng jeng tapi tapi..jangan sangka panas sampai ke petang, rupanya gerimis mengundang aaa aaaa. [Sila baca dengan intonasi lagu SLAM Gerimis Mengundang].

Sekali kan saya nampak tempat makanan. Perghhhhhh! Serious murah. Tengok expired date pun lama lagi. Selalu kalo makanan ni orang jual murah sebab dah nak expired. Rambang mata aaaaaaa. Terus saya shopping tak hengat dunia. Haha tapi bulan puasa ni tak boleh ah makan or minum di siang hari. Tunggu buka la.

Jom tengok hasil saya.

Hahaha ni semua saya punya! Woo banyak beli susu..Hihi.
Sedappppp! Kalau minum sejuk2 laa..Satu beg = RM10
Haha. Nasib baik tak bawak duit cash banyak-banyak kalau tak confirm bankrup!!! Ooo yang paling nice adalah, jeng jeng ...

3 kotak ni = RM 20 jeeeee.
Best wooooo. Makanan aaa paling best. Orang siap beli berkotak-kotak. Nak jual depan rumah agaknya. Hehe. Jap lagi nak pergi lagi la kot. Dah janji dengan Yana mahu pergi usha-usha lagi hari ini. Jom????

psttt: Hari ni 29 August 2010 bersamaan birthday adeq saya, SAFWAN. Hehe. Happy Birthday!!!!!!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, August 28, 2010

I jump U jump

Wow! Walaupun saya tak berapa aktif berblog sekarang tapi ada gak yang sudi melawat cerita cerita saya yang tak berapa nak best dan berinformasi ni. Toce-toce! =)

Follower saya pun bertambah. 200 dah u all.Haha. Itu pun nak bangga? Orang lain dah beribu juta rupiah pun tak kecoh kan kan??? Hmm bukan nak kecoh tapi nak ucap terima kasih laa kepada semua pembaca. Huhu. Saya tak glemer mahupun kreatif dalam menulis blog. Belasah ajeeeee. 
 

Yey! Maka dengan senang hati saya nak promot laa sikit follower saya yang ke - 200 ni, cepat-cepat tepuk tangan untuk dia. 


Dia punya belog cute tau. Soft je layout dia. Ehem! Apa kata korang pergi melawat okay? Hehe.

Belog mimiechan yang comeiii. =)

Dekat Putrajaya ada sale gila gila punya. Lokasi dekat Presint 11 [silap..Presint 11 tu rumah saya, Presint 2 maaa]. Dengar cerita ini adalah acara tahunan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia pergi bershopping. Saya tak pergi lagi!!!! Hmmm mungkin malam ni atau esok saya pergi laa. Jom???



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Wednesday, August 18, 2010

Bye bye P .

Hoyeahhhh!

Mari cakap tahniah kepada saya. Saya sudah ada LESEN PENUH [orang JPJ tu cakap macam tu]. Hihi. Tak payah lekat huruf P dekat kereta. Err..tapi saya memang dah lama tak lekat. Sebab dok pinjam kereta abang, pastu dia amik kereta dia balik, lupa mintak pelekat tu. Fuhhhh. Nasib baik tak kena saman. Tak sengaja TERLUPA. =pp

Hmmm. Tapi saya tak ada kereta sendiri pun lagi. Bawak kereta mak atas ihsan mak. Haha. Mak yang cakap jangan beli kereta baru lagi. Guna kereta mak dulu plus tolong-tolong laa bayar. Haha. Macam kereta sewa laa. Bayar bulan-bulan. 

Mencabar betul nak tukar lesen ni. Saya mana laa tau jalan sangat. Tau jalan kat Putrajaya je. Nasib baik cawangan JPJ paling dekat ada di Bangi. Haha kompiden sikit pergi sorang-sorang. Sesat kat area Bangi tak apa lagi.

Eh jom tengok saya yang dulu "GEMOK" bertukar "KURUS". Haha. Macam budak-budak tak cukup umur pun ada. Opsss perasan!!

Haha..see..size muka sudah berubah!!Tengah sakit mata masa tangkap gambar buat LESEN P.

Hishhhh!! Ada orang cakap policy baru tempoh lesen setahun je boleh. Haih sekali abang JPJ tu kata 5 tahun pun boleh. Tak bawak duit lebih pun. Haha. Kredit kad tak diterima. Tak apa laa 2 tahun pun boleh laa. Lepas ni renew dekat Pejabat Pos je.

Huh! Pastu ada lelaki mana tah duduk dekat saya masa tunggu giliran. Jahat betul! Tiba-tiba tegur saya tanya sampai ke kaki bawak kereta. Cisss sungguh!!! Pastu siap cakap mesti saya duduk atas bantal. -____-" Sabar je laaaaaa. Haip!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, August 16, 2010

Kekanda dan Adinda

Thanks to Chunk ..Dia dedicate lagu ni khas untuk saya dan En BF. Hihi. Sweeeeeeeeeet! =) Dengar sekali nak lagi. Opss macam bunyi makanan jerk. Sedap hingga menjilat jari. Hehe. Jom dengar!!!


Lirik Lagu
Kekanda dan Adinda
By : MonoloQue & Atilia

----------------------------------------
-----------------------
(P)- prempuan
(L)-Laki
(P+L)- Prempuan+Lelaki
----------------------
Verse_1
-------------------

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,


-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,


---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalanya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya! 

pstttt.. Hmmm saya rindu diaaaaa..huhu..



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, August 15, 2010

Suami isteri dan ...

Kenyang?? Selamat berbuka puasa semua.Saya amik kesempatan menulis dikala hati gundah gulana. Ye ye je laa.

Teringat perbualan saya dengan kawan saya tentang perkahwinan. Haha. Bukan saya ye nak kahwin dan bukan juga dia. Keluh saya dekat dia, kahwin tu susah. Lepas kahwin masa untuk diri sendiri pun macam susah dapat. Nak kena jaga suami, kalau ada anak kena jaga anak. Haha. Ikhlas ke nak buat semua tu. Kang orang yang kuat melenting macam saya ni mahu hilang sabar. Hahaha. Kata kawan saya, kalau susah semua orang tak kahwin. =pp Betul gak kan, belum cuba belum tahu.

Tapi, betul! Saya nampak kahwin tu banyak lagi masalah! T_____T Tapi saya pun nak kahwin gak. Sobs sob.Tapi tapi..apa daaaa...banyak nya tapi.

Cuba bayangkan lagi, time-time bulan puasa kalau isteri-isteri yang berkerja balik pukul 5. Bergegas balik rumah nak masak. Laki lak goyang kaki je kat ruang tamu. T______T Rasa nak tolak laki tu jatuh kerusi je. Kita kerja sama-sama kot. Kenapa dia goyang kaki je. Perut dia gak nak diisi. Tengok ayah saya, tolong je masak. Haha. So tak ada alasan laa laki-laki tak boleh tolong. Hmmmmm..lain laa lelaki tu boleh support belanja rumah cukup-cukup so perempuan tayah kerja. Ngeeeeeee..=pp

Huiii entahlaa nasib saya macam mana, masa bercinta memang banyak janji-janji manis. Dah kahwin macam mana?? Haha. Opsssss. Soalan ni kena en BF saya yang jawab. Hui hui.

pssssttt...saba laaa cik Nadiah, sekarang ni bulan puasa..awak kena belajar banyak bersabar lagi!! T____T



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini~ =)

Huiiiii mood menulis belog dan berbelog walking jatuh merundum. Macam tergolek-golek jatuh dalam gaung, pastu tak boleh dah nak diselamatkan. Hohoho. Saya merepek okay!

*sigh* ..

pssstt..sapa-sapa ada tali yang boleh selamatkan saya, boleh laa tolong hulur-hulur kan..(n_n)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, August 8, 2010

Dear Anyone

This is a letter from one anyone to another anyone, no names required because nobody really knows anybody anyway. Names don't make a hell of a lot of difference.

The world is made up entirely of strangers. Millions and millions of them. Everyone is a stranger to everyone else. Sometimes we think we know other people, especially those we supposedly are close to, but if we really knew them, why are so often surprised by the SHIT they do?

Like, parents are always surprised by what their kids will do. They raise them from the time they are babies, spend each and every day with them, think they're these goddam f***king angels, and then one day the cops come to the door and say hey, guess what parents? Your kid just bashed some other kid's head in with a baseball bat. 

Or you're the kid, and you think things are pretty OK, and then one day this guy who's supposed to be your dad says so long, have a nice life. And you think, what the f*** is this? So years later, your mom ends up living with another guy, and he seems OK, but you think, when's it coming? That's what life is.

Life is always asking yourself, when's it coming? Because if it hasn't come for a long, long time, you know you're f***ing due.

ALL THE BEST, ANYONE


Source: No Time For Goodbye
Author: Linwood Barclay



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sehari di Pahang

Hye hye. Saya datang setelah sekian lama tak menjelma! 

Last weekend saya pergi Pahang, atau lebih specific saya pergi Kuantan. Pergi majlis kenduri coursemate masa kat U. Tahniah Ira dan Fadli [betul ke eja?]. Hihi semangat saya pergi. Krem jugak ah duduk lama-lama dalam kereta. Thanks to Bib la sebab sudi menumpangkan saya dengan Yana. Saya tak bawa kamera, so tangkap gamba guna handset je tapi gamba terhasil memang tak cantik la. Sapa nak tengok clear boleh tengok dalam Facebook la.

Sebelum pergi mak dah pesan kat saya kalau jumpa keropok lekor sedap, beli laa sikit. Tak sangka pulak Kuantan ni popular gak dengan keropok lekor. Ingat kan Terengganu je. Hajat saya tercapai. Bib singgah dekat kedai yang saya tengok memang penuh dengan manusia. Popular agak nye kedai ni, saya ingat nama dia macam ada MOKNA. Cari laa kat area Kuantan tu. Satu batang keropok lekor dorang jual seringgit! Memang berbaloi. Saya hentam RM15. Hehe.

    Adik ni memang rajin la, laju je dia masukkan keropok lekor dalam plastik! =)

Eh tapi sebelum kitorang singgah pergi beli keropok lekor ni, singgah kedai Mustafa Cendol tak silap saya. Opsss, saya agak pelupa laa sebab banyak sangat input dalam kepala otak ni. Tak nyanyuk lagi okee.Haha. Saya order ABC dan Rojak. ABC dia memang sedap! Dahla makan tengah cuaca panas. Memang HO LI YAWWW!! Rojak dia so-so je. Saya suka lagi rojak kat Teluk Intan. Hihi. Tu superbb marveloussss.

Ni hasil saya dan Yana. Ooo saya tak suka kacang-kacang dalam ABC so makan tak abis licin ah.

Letih gak la pergi Kuantan ni walaupun saya ni penumpang. Sengal-sengal gak laa badan saya duduk lama dalam kereta. Sampai je rumah memang "PENGSAN" terus. Saya pernah tulis entry kalau otak saya letih atau ngantok, saya ni boleh jadi sengal gak la.

Ni hasil bila saya sengal [keesokan hari nya]:

Err..normal???

psssstt...Sebenarnya saya dah "tergoreng" ayam ni tanpa bubuh kunyit dan garam. Kalau bakal mak mertua tau ni, confirm fail jadi menantu! *sigh*. Masa tengah goreng ayam ni, saya macam pelik kenapa putih je ayam ni. Hahaha. Nasib baik sedar! SENGAL laaaa.....



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p