Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Monday, June 14, 2010

World Cup 2010

Demam bola? Demam World Cup??

Saya tak demam pun. Nak tengok pun tak da mood. Sobs! Takda geng ah nak tengok kat rumah ni. Ayah pun asyik not available je. Camne nak tengok sama-sama. Tengok sorang-sorang xdak feel woo orang kata. 

Mengimbau kenangan masa sekolah. Kebanyakan sukan kat tv layan. Paling best masa World Cup 2002, memang layan gila ah. Korea Republic main cambest masa tu. Suka sangat! =p Dahla ada geng-geng memang semangat tengok segala jenis sukan. Oh. Masa saya lari pun dorang "tonton" gak, live gitu! Kehkeh. Masa dorang lari pun saya sokong gak. Semangat assabiyah dorm bukan rumah sukan. Pedulik orang kata apa.

Ada sekali tengok England lawan apa tah. Benci David Becham. Bila penalti je die wat spoil. Haha. Macam la saya reti main nak benci-benci dia. Marah teramat sangat sampai menitis air mata saya. Haha. Itu lawak okay. Adik beradik saya lain semua terkejut pastu apa lagi jadi bahan ejekan la. Oh air mata mudah meleleh.

 
Haaa. Nampak ni geng tegar saya masa sekolah dulu. Sanggup ponteng prep or datang lambat prep.
Psst..kalo tak ada apa-apa pun still suka ponteng. Haha. =pp
                                                                      
Hmm. Bila ingat balik, memang rindu dorang. Uwaaaa! Sobs.

Tinggal kan World Cup kejap. Teringat Thomas Cup tahun bila tah. Eh yeke Thomas Cup? Ah..Belasah la labu. Masa tu, tayang masa prep petang. Memang degil gila la takmo pergi prep sebab nak tengok. Sekali warden buat pengumuman kena kosong kan hostel. Benci benci! Apa lagi buat muka seposen pergi rumah warden nak jugak dapat permission tengok kat tv. Hampa. Terpaksa gak pergi prep.

Fuh! Sebaik pergi awal sikit. Sampai kelas tengok budak laki ramai gila kena pumping depan dewan makan. Heeeee. Hmm. Tapi sweet memory la sebab ktorang memang supportive gila masa dulu. Hehe.

Psssttt..saya kan anak ayah. Haha. Kadang-kadang join ayah tengok sukan bina badan. ABANG TAF!! Hahaha.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

2 WishingStar:

RyuJi said...

aku pon demam...tp tu la rumah tak de astro duit tak de :(

kay-N said...

hish sian la plak..xpe2..nnt suh sape2 rakam kn match tu..=pp