Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, June 6, 2010

Rezeki

Hari ni family ktorang dapat jemputan dari jiran belakang rumah, kenduri kahwin. Memang syok habis la. Suka la dapat makan lauk pauk free ni. Haha. Ngada! Padahal malas masak, yela mak ayah takda so sapa lagi mahu masak? =p

Maka rombongan cik kiah diketuai saya la, pergi membuat kunjungan ke rumah pengantin. Mak pesan hulur-hulur sikit kat jiran tu. Walaupun saya paling tua tapi saya segan-segan ayam nak hulur tu. Suruh Am adik laki saya yang kasik.

Am : Pakcik, mak ayah saya tak dapat datang sebab pergi Kedah. Ni dia kirim salam [Sambil hulur sampul berisi duit]

Pakcik : Eh kamu ni kerja ke belajar.

Am : Saya student universiti lagi pakcik.

Pakcik : Kalau macam tu simpan la duit ni. 

Am : Gulp. Ni amanah mak saya pakcik.

Pakcik : Takpa-takpa simpan buat belanja.
 
Haha. Misi tak berjaya. Am paksa saya cuba bagi pulak lepas makan. Hmmm.Nampak nya pakcik tu memang tanak terima walaupun saye cakap saya dah kerja. Siap pas balik duit tu bagi dekat Am suruh buat belanja. Rezeki Am la kan.
 
Malam hari.
Aiseh, saya kena masak la. Tak kan makan malam pun nak beli. Sekali baru goreng sebijik telur. Am pulak tengah basuh pinggan. Pakcik tadi muncul dekat tingkap dapur. Hoyeah! Dia sedekah lauk kenduri dekat ktorang. Tak jadi la saya masak. Rezeki!!!!! 

Orang berbudi kita berbahasa. Cewah! Tak sia-sia ramah ngan pakcik tu siang tadi. Hihi.Terima kasih pakcik. =)

Haaa. Lupa pulak. Hari tu pergi Kerteh. Ex-officemate ada kat sana gak. Hihi dia bawak ktorang makan Nasi Kukus Ayam. Sedap wooo. Thanks ya Mai sebab belanja.Kalau korang pergi Kerteh, jangan lupa makan nasi ni. Sedap~

Sedap kan???Phew!
 
Budak-budak satu department. Ceh ingat kan pergi mana. Rupa nya end up tempat yang sama. Hihi. 
Puan Mai yang sedang berbadan dua. =pp Dia share nasik dengan saya. Takut tak abis kata nya.

Huiii sedap kan korang?? Terliur saya. Aaaaa. Ni rasa nak pergi makan lagi ni. Opss. Kat dapur ada lauk kenduri tu. Meh balun lagi sekali ah. Nyum nyumm.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

2 WishingStar:

JameL said...

kenapa aku ade di lokasi kejadian ?? abes terdedah identiti aku nanti ... mcm mana Keluang Man nak beraksi nanti ... atuyai ...

kay-N said...

err..bila masa ko jadik keluang man ni??budak - budak anti keluang man klo ko jd..haha..kidding2..=pp