Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Thursday, June 24, 2010

Rezeki Murah

Title entry tiru name blog sangilapi.

Harap - harap dia tak kisah, suka baca belog dia. Hari ni sebelum balik kerja pergi singgah makan dekat foodcourt KLCC dengan kawan. Heee. Dari semalam teringin makan McD. Tercapai gak hajat. 

Sambil makan sambil borak la. Kalo bukan perempuan memang tak sah la kalo tak bersembang. Sembang punya sembang tetiba cakap pasal parent ktorang. *sigh*. Kawan cakap, kadang -kadang dia terbayang kalo tetiba mak ayah dia dah xda. Huuuu. Saya ingat saya seorang je pikir macam tu. Saya pun kadang-kadang terpikir, macam mana kalau mak ayah dah xda. Maaf kepada yang sudah merasa kehilangan. Sedih gak rasa bila rasa tu datang, haih tapi degil tak berbakti sangat dengan mak ayah sekarang ni. Wuuuuu! 

Semalam sembang dengan mak. Mak cakap gaji saya sekarang sama macam gaji mak yang dah berpuluh tahun kerja. Dulu gaji mak yang tak sampai gaji saya boleh je cukup makan bagi anak-anak seramai 8 orang.

Sekarang mak dah tak jadi cikgu, jadi pegawai baru laa bukak mata nak bergaya-gaya. Mula-mula saya rasa macam tak patut mak ikut orang bergaya kat office tu. Sebenarnya bila saya fikir balik, bukan mak nak bergaya sebab ikut-ikut orang. Sekarang anak-anak 3 orang dah besar. Kerja lagi. Boleh bagi duit kat mak bulan-bulan. Baru sekarang rasa macam senang sikit, lepas berpuluh tahun kerja. Apa salah nak merasa semua benda macam orang lain. =pp 

Huii, kadang-kadang merungut gak saya, beli macam-macam untuk rumah yang mana confirm la saya tak boleh angkat pindah pergi rumah saya lepas kahwin. [Bajet nak kahwin laaa]. Tapi bila fikir balik, bila lagi nak beli macam ni tuk mak ayah. Bila dah kahwin sibuk hal family sendiri. Entah-entah tak dapat kesempatan pun nak buat macam ni lagi. Saya tau dorang mampu je beli sendiri, tapi benda camni kadang-kadang buat dorang happy. Ehem!! Nampak laa sikit kan, penat lelah dorang terbalas. Cewaaahh. **entry ini seriussss**

Hahaahhaha. Okeh! Mari nak bagi pesanan dari mak saya,
  • Jangan suka merungut cakap takda duit, nanti memang sentiasa takda duit. 
  • Kalau tetamu datang, layan la betul-betul bagi makan minum.
Sobs!! Entry emosi. Ni semua sebab Sarinah, officemate saye.

Terima kasih kat ayah dan emak. Saya bersyukur dengan gaji saya yang ada walaupun tiba-tiba gaji naik sedikit dari yang dibayangkan. Hehehehehehe. Tahun depan mungkin banyak melimpah-limpah.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

6 WishingStar:

Cik SHiN~JU said...

erm...
berbaktilah selagi mereka masih bernyawa...kasih syg dan jasa mereka tiada tandingan dan x mgkin dpt kita balas...

kHaiRuLdiN said...

sukanya jadi tetamu kN..

kay-N said...

cik shinju: sobs! btoi tu~~~

ding: err..ding bpe kali je jd tetamu?? =pp

M a W a D D a H said...

bersyukur dengan apa yg ada...:)

Hapiz Rahman said...

suka dengan pesanan mak awk..

kay-N said...

mawaddah : betul betul~~ heee..cm upin n ipin..

hapiz: macey sukee..hehe =)