Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Tuesday, June 29, 2010

Anugerah Bintang Popular

Hye hye. [Lambai gaya artis]

Tak sangka, bila tulis blog pun boleh dapat award. Kira macam dapat hadiah gak la tulis belog selalu ni. Jeng jeng. Siap dapat dua, hmmm actually tiga dah. Tapi lagi satu saya lupa amik pastu hilang mana tah. Hehe. So mari tengok apa saya dapat. 

Award 1:

 
1. Anda mesti beri pujian kpd pemberi Award ni
Thanks misznierah ..~~ Kamu memang baik hati. =)

2. Sila beri Award kpd 10 blogger yg laen
10?? wooo..ramai nye. ~~
3. Anda msti memberitahu kpd 10 blogger ni
Ye ye..saya akan bagitau~ =)

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great?
Err..tah..tu kena tanya tukang bagi award..Lala~

Hoyeahhhh!!The bestest belog laa sangat. =p

Award 2:




1. Suka tak dapat award neyh?bagi ucapan sikit...^_^v
Hihi. Yang ni comeeeeel! =) Suka betul! Thanks ek epulz
2. Bintang tuh cantik tak di mata kamu? suka bintang ?
Hmmm nama pun cik bintang confirm laa suka!! (n_n)
3. Dua blog yang kamu selalu jenguk dan baca entry terbarunya
mijie
4. Bagi award neyh kepada 3 blogger yang lain yaaa..jangan lupa tau..
telordibasuh
 
 Hoyeah!! Thank you. Saya terasa macam artis dapat award ni.
Pssstt..Malam ni ada orang bagitau saya cakap terlampau banyak. Hui hui.. baiklah saya tak cakap dah lepas ni. Sobs!! -diam mode-



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, June 27, 2010

Karate Kid dan Toy Story 3

Hui hui. Sekarang terasa macam kaki tengok wayang je. Haha. Every week, kena tengok satu movie. Kalo tak, tidur tak lena, mandi tak basah, haha sebab asyik teringat je. Yele tu!!! =p Alaa. Sebab dok tengok trailer masa tengok cerita lain tu pasal macam boleh plan nak tengok cerita apa seterusnya. Hihi. Penat ke letih cam mana pun kalau ada masa je confirm la layan. (n_n)

1. Karate Kid


Best woo cerita ni. Terasa macam teringat komik Dragon Ball je. Opss. Itu hyperbola. Tak ada menda boleh ganti ke"best" an Dragon Ball, komik okeh.

Korang tengok trailer pun paham kan. Haha. So saya tak nak cerita lebih-lebih. Memang bagus korang tengok sendiri. Cerita ni, lawak ada, serius ada dan sedih pun ada. Cukup perasa. 
 Everything is kungfu!! =)

Rating ikut saya punya suka laa : 8/10.


2. Toy Story 3 - No toy gets left behind.


Haaa. Saya memang suka tengok kartun. Hoho. Cerita ni saya dah agak dah tak banyak effect2 yang menarik macam How to Train Your Dragon sampai kena tengok 3D. Alaaaa. Tapi saya dan member pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk, yang sumpah macam tak best. Opss. Penduduk Wangsa Maju jangan marah~.

Kat ctu tak boleh shopping la. Tengok movie oke jerk! Haa. Time yang ktorg nak tengok tu tiket untuk tayangan biasa sudah abis. So terpaksa laa tengok 3D.

Tapi oke laa. Sebab nampak cam toys tu real je. Hehe. Hui, bila tengok Andy tu sayang gila toys dia. Saya pun pikir laa mana mainan saya masa kecik. AAAAA. Mana ek? Hahah. Oke oke. Saya rasa saya tak ada mainan macam patung-patung tu. Saya ada keretapi, penguin bergerak turun eskalator dan pistol kot. Yang lain tak ingat~~ Haha.

Hmmm. Baru sekarang saya ada bear, sotong, rabbit, elmo, badak, keldai, kucing dan sebagai nya. Hehe. Saya sayang semua nya!!!! =pp

Rating ikut saya punya suka laa : 7/10.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Thursday, June 24, 2010

Rezeki Murah

Title entry tiru name blog sangilapi.

Harap - harap dia tak kisah, suka baca belog dia. Hari ni sebelum balik kerja pergi singgah makan dekat foodcourt KLCC dengan kawan. Heee. Dari semalam teringin makan McD. Tercapai gak hajat. 

Sambil makan sambil borak la. Kalo bukan perempuan memang tak sah la kalo tak bersembang. Sembang punya sembang tetiba cakap pasal parent ktorang. *sigh*. Kawan cakap, kadang -kadang dia terbayang kalo tetiba mak ayah dia dah xda. Huuuu. Saya ingat saya seorang je pikir macam tu. Saya pun kadang-kadang terpikir, macam mana kalau mak ayah dah xda. Maaf kepada yang sudah merasa kehilangan. Sedih gak rasa bila rasa tu datang, haih tapi degil tak berbakti sangat dengan mak ayah sekarang ni. Wuuuuu! 

Semalam sembang dengan mak. Mak cakap gaji saya sekarang sama macam gaji mak yang dah berpuluh tahun kerja. Dulu gaji mak yang tak sampai gaji saya boleh je cukup makan bagi anak-anak seramai 8 orang.

Sekarang mak dah tak jadi cikgu, jadi pegawai baru laa bukak mata nak bergaya-gaya. Mula-mula saya rasa macam tak patut mak ikut orang bergaya kat office tu. Sebenarnya bila saya fikir balik, bukan mak nak bergaya sebab ikut-ikut orang. Sekarang anak-anak 3 orang dah besar. Kerja lagi. Boleh bagi duit kat mak bulan-bulan. Baru sekarang rasa macam senang sikit, lepas berpuluh tahun kerja. Apa salah nak merasa semua benda macam orang lain. =pp 

Huii, kadang-kadang merungut gak saya, beli macam-macam untuk rumah yang mana confirm la saya tak boleh angkat pindah pergi rumah saya lepas kahwin. [Bajet nak kahwin laaa]. Tapi bila fikir balik, bila lagi nak beli macam ni tuk mak ayah. Bila dah kahwin sibuk hal family sendiri. Entah-entah tak dapat kesempatan pun nak buat macam ni lagi. Saya tau dorang mampu je beli sendiri, tapi benda camni kadang-kadang buat dorang happy. Ehem!! Nampak laa sikit kan, penat lelah dorang terbalas. Cewaaahh. **entry ini seriussss**

Hahaahhaha. Okeh! Mari nak bagi pesanan dari mak saya,
  • Jangan suka merungut cakap takda duit, nanti memang sentiasa takda duit. 
  • Kalau tetamu datang, layan la betul-betul bagi makan minum.
Sobs!! Entry emosi. Ni semua sebab Sarinah, officemate saye.

Terima kasih kat ayah dan emak. Saya bersyukur dengan gaji saya yang ada walaupun tiba-tiba gaji naik sedikit dari yang dibayangkan. Hehehehehehe. Tahun depan mungkin banyak melimpah-limpah.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, June 22, 2010

Ada Apa dengan Nama

Yeay. Saya sudah berusia 24 tahun 10 jam 25 min. [Masa start tulis entry ni la]

Hmm. Saya dilahirkan sihat dan dinamakan dengan nama yang agak sweet dengan makna yang baik.

"Sebaik-baik" dan "Yang Pemurah"...Cewah.

Hmm tapi tak ramai orang paggil nama ni. Saya pun satu gedik -gedik eja nama panggilan "KN" jadi K'aNne, kay-N, kN dan macam-macam. Haha.

Macam glemer la tu orang panggil camtu. Hahahahahaha. Tapi korang tau nama panggilan saya kat rumah? Oh mak ayah je memang panggil nama sebenar saya. Adik-beradik panggil nama lain. Memalukan sungguh! Tayah la saya bagitau apa dorang panggil.

 Hari tu, saya bawak adik ke PETRONAS stesen. Isi minyak dan beli jajan untuk dia la. Adoiiii. Dah dia pendek pastu sesat lak dekat celah-celah rak tu. Tak nampak saya agaknya. Terjerit-jerit panggil nama panggilan saya. Haha. 

Confirm laa saya tak jawab kan!!!! Ampeh punya budak.

Setiap kali keluar dengan adik-adik, saya mesti remind dorang,

"Korang nak panggil name ****, slow-slow ah. Malu kot"

T_____T

Pssstt..bukan "adik" ek. Tayah la teka. Korang tak tau punya. =pp



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, June 20, 2010

24 versus 14

Hari ini terlebih rajin sebab saya post 2 entry dalam satu hari.

Patut siang tadi plan nak pergi kenduri anak bos saya dengan officemate lain. Tapi al-maklum la semalam berjalan tak ingat dunia dengan family. Sampai rumah pun dekat 4 pagi. =pp So memang tak larat ah nak pergi kenduri tu since jauh kat KL kena naik LRT, ERL dan sebagai nya.

Tapi rezeki saya murah. Mak pulak ajak pergi kenduri kawan kat Putrajaya. Hehe. Bab-bab makan ni memang saya tak tolak la. (n_n).

Adoii..satu je malas ikut mak. Jumpa kawan-kawan dia mesti tanya saya tingkatan berapa. Haha. Hish. 21 June 2010 ni umur saya meningkat 24 tahun laaaaa. Kenapa orang kata saya sekolah lagi ni. Sobs! Saya sudah habis belaja kat U, sudah bekerja. Orang kata best la awet muda. T____T Tapi tak best macam kenduri tadi dia bagi orang-orang dewasa je doorgift, dia ingat saya budak-budak terus saya tak dapat. Uwaaaaaaaaaaaaa!

Ni muka saya seminggu yang lalu. =)

     Adik kecik saya yang AMAT manje! =p

Psstt..Motif entry nak bubuh pic sendiri kat blog. Bila lagi kan??kan??



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Penangkap Orang Kaku

Seminggu sudah berlalu.

Ahad lepas bersamaan 13 June 2010, hari perkahwinan sepupu saya, Abang Jai. Haha. Antara sepupu saya dia la antara orang yang kahwin agak lewat. 27 - 28 tahun kot umur dia. Ehem! Nampak gaya saya pun macam tu kot. *sigh* Andartu? =pp

Macam biasa la kalo majlis saudara - mara ni memang kena tolong la kan. Tak kan nak buat bodoh je. Tapi kali ni saya pergi rumah dia tu memang lewat ah. Hahahaha. Dah bekerja ni memang penat sikit ler, tidur je penting. So datang pagi-pagi kenduri je. Nama pun buat katering ingat tak pa la kan. Ceeeehhh! Rupa nya banyak lagi tambahan kena buat sendiri. Cuak beb saya tengok. Tup tup saya kena buat hidang pengantin. Power rangers kot! Kecik-kecik dulu dah pernah tolong buat hidangan ni. [Padahal taram je].

 Opss tak ada gambar untuk hidangan pengantin. Tapi percaya la hidangan itu cantik. Siapa-siapa nak upah saya boleh punya. Hahahaha. =p

Selesai je buat hidangan tu, ingat mahu melepak. Tetiba kakak sepupu panggil tanya tengah buat apa-apa ke. Citttt. Tak senang tengok orang duduk ke? Haha opss kidding. Rupa nya dia lantik saya sebagai main photographer untuk adik dia. Pergh!! Saya ada rupa photographer professional ke?? Haha. Camera dslr pun tak ada. Ada Lumix DMC-T27 je. Tapi orang dah mintak tolong. Saya belasah je la labu. Kenduri sepupu perempuan pun dorang suruh saya gak. Pelik bin Ajaib. Saya tak bukak company pun lagi ni.

Jom tengok hasil belasahan saya guna camera "murahan". Oh ni xdak edit, resize je la. Tak reti kot. =p


Pak Ngah saya. WOW gagah tu angkat. =p

Abang Jai dan Kak Sheeda.. 

 Happy nyee!!

See. Amatur gila. Hahahahaha. Saya tak pandai pun. Tapi orang mintak saya tangkap je. Kalo korang nak upah saya pun boleh. Upah bagi makan kenduri je pun jadi laaaa.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Friday, June 18, 2010

ACKKC

Cewah. Title cam kod rahsia, macam typo pun ada. Hari Rabu lepas hang out dengan ex-osmet masa kat UTP dulu. Pergh. Naik kereta Azie, Mazda apa tah. Rasa-rasa nya la. Saya bukan arif bab kereta ni. Tapi memang WOW! Banyak button sampai pening kepala saya tengok. Hehe.

Masa tengah sedap meng"update" cerita [gosip la bang pe lagi]. Tiba-tiba kedengaran satu lagu dari corong radio. Haha. Haih kesian terus penyanyi tu jadi bahan gosip pulak. Nak tau siapa? RAHIM MAAROF ! Hish masa dorang sebut nama dia tu. Saya memang pernah dengar nama tapi rupa saya memang fail la ingat.

Perghhh. Nyanyi lagu ACKKC. Haa. Korang tau ke apa dia? Aku Cinta Kerna Kau Cinta. Fewiiiiittttt. Macam ayah cerita masa ngorat mak dulu. HACKS = Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Sambil hulur gula-gula HACKS. Haaaa. Kreatif apa orang dulu-dulu. Tayah emas bergemerlapan pun boleh ngorat apa. =pp

Jom ah layan lagu Rahim Maarof ni. [Mendapat kencaman hebat dari rakan-rakan]. Haha.





Pernah kah kau menyatakan cinta
Jika hanya untuk kau dustai
Akhirnya kau lupakan
Hanya kerna dia
Yang engkau cinta

Kesetiaan yang pernah kuberikan
Tak berarti dihatimu
Saat kau tiada pernah kaurasakan sama seperti hatiku

Aku takkan mengharapkanmu
Jika memang kau tak mencintaiku
Aku cinta hanya kerna kau cinta

Tidur malammu pasti terganggu
Aku juga seperti kamu
Aku tahu kau mencintaiku
Aku juga cintakanmu

Aku cinta hanya kerna kau cinta
Aku cinta hanya kerna kau cinta

Aku takkan mengharapkanmu
Jika memang kau tak mencintaiku
Aku cinta hanya kerna kau kau kau cinta aku
Kau cinta aku

Aku cinta hanya kerna kau cinta

Psstt: Kalau orang tak cinta takkan kita nak cinta pulak kan??? kan?? =p



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, June 15, 2010

Telinga Masuk Air

4 June 2010 genap la setahun saya menjejakkan kaki dengan Menara Berkembar yang tertinggi di Malaysia. Ceh. Ayat poyo. Eh eh. Bukan nak cerita pasal kerja. Haha. Tapi nak habaq mai ni, dalam setahun ni dah berapa kali saya pergi kerja dalam keadaan "PEKAK".

Kenapa boleh jadi pekak? Sebab telinga masuk air la bila mandi masa pagi-pagi tu. Haa. Hari ini officemate memang bantai gelak je laa kat saya. Cakap dekat-dekat pun kurang dengar. Sampai telefon kat sebelah pun tak dengar. Pastu ayat paling favourite saya cakap hari ini : "Haaa..Apa apa??Ko cakap apa?" Lepas cakap camni confirm la dorang gelak. Grrr. Esok esok dorang lak kena dok gelak kat saya. Haha.

Sampai bos kat belakang panggil pun saya buat derk. Sebaik orang lain dengar tolong bagitau saya. Cuba kalo saya buat bodoh pastu blah je. Memang jadi anak buah DURHAKA laa. Tak lama saya hidup kat situ nanti.

Selalu bila kena camni, saya cuba petua biasa orang buat :

1. Masukkan air ke dalam telinga yang PEKAK tu.
2. Tutup hidung pastu hembus kuat-kuat.

Weh! Tipu laaaa. Kenapa tak elok gak. Hmm tapi saya pelik. Kenapa rasa nya kalau keluar dari bangunan tinggi tu telinga saya cam normal je boleh dengar. Pelik Bin Ajaib kot!!! *sigh* Esok harap-harap dah okay.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, June 14, 2010

World Cup 2010

Demam bola? Demam World Cup??

Saya tak demam pun. Nak tengok pun tak da mood. Sobs! Takda geng ah nak tengok kat rumah ni. Ayah pun asyik not available je. Camne nak tengok sama-sama. Tengok sorang-sorang xdak feel woo orang kata. 

Mengimbau kenangan masa sekolah. Kebanyakan sukan kat tv layan. Paling best masa World Cup 2002, memang layan gila ah. Korea Republic main cambest masa tu. Suka sangat! =p Dahla ada geng-geng memang semangat tengok segala jenis sukan. Oh. Masa saya lari pun dorang "tonton" gak, live gitu! Kehkeh. Masa dorang lari pun saya sokong gak. Semangat assabiyah dorm bukan rumah sukan. Pedulik orang kata apa.

Ada sekali tengok England lawan apa tah. Benci David Becham. Bila penalti je die wat spoil. Haha. Macam la saya reti main nak benci-benci dia. Marah teramat sangat sampai menitis air mata saya. Haha. Itu lawak okay. Adik beradik saya lain semua terkejut pastu apa lagi jadi bahan ejekan la. Oh air mata mudah meleleh.

 
Haaa. Nampak ni geng tegar saya masa sekolah dulu. Sanggup ponteng prep or datang lambat prep.
Psst..kalo tak ada apa-apa pun still suka ponteng. Haha. =pp
                                                                      
Hmm. Bila ingat balik, memang rindu dorang. Uwaaaa! Sobs.

Tinggal kan World Cup kejap. Teringat Thomas Cup tahun bila tah. Eh yeke Thomas Cup? Ah..Belasah la labu. Masa tu, tayang masa prep petang. Memang degil gila la takmo pergi prep sebab nak tengok. Sekali warden buat pengumuman kena kosong kan hostel. Benci benci! Apa lagi buat muka seposen pergi rumah warden nak jugak dapat permission tengok kat tv. Hampa. Terpaksa gak pergi prep.

Fuh! Sebaik pergi awal sikit. Sampai kelas tengok budak laki ramai gila kena pumping depan dewan makan. Heeeee. Hmm. Tapi sweet memory la sebab ktorang memang supportive gila masa dulu. Hehe.

Psssttt..saya kan anak ayah. Haha. Kadang-kadang join ayah tengok sukan bina badan. ABANG TAF!! Hahaha.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, June 12, 2010

The A - Team versus LBS

Saya "annual leave" hari Jumaat. Hish! Cuti saya banyak lagi kot, sebab tahun ni banyak MC so orang pikir saya asyik cuti je. Kesihatan saya macam mana? Malas pikir. Takmo jumpa doktor dah. Takmo sambung terapi. Takmo makan ubat. Ye ye saya memang manusia degil. =)


Eh melalut. Saya memang!  Jumaat hari yang bahagia. Kenapa?

1. Birthday mak saya.

Korang beli hadiah apa untuk mak? Ala tak reti la. Family jenis tak celebrate birthday orang. So saya beli choclate yang sudah siap berbalut nampak grand padahal berapa ketul je isi. Haha. Saya suruh adeq kecik bagi kat mak sebab saya segan. Haha dorang semua ingat saya bagi hadiah perfume! Teeeet salah.  Memang niat di hati nak bagi perfume. ** Ye mak nanti I cari laaa.**

2. Encik BF muncul kat KL

Opss lama tak tulis nama dia kat sini. Nak buat semak-semak je. Eh gurau je pakcik. Sobs! Berapa bulan tak jumpa. **Cerita dia setakat ini** Teeet!

3. Menonton A-Team

Yeayyyyy! Sebaik sempat tengok cerita ni. Haha. Saya dengan seikhlas dan baik hati bagi rating 7.5/10 kerana menghiburkan saya. Cerita ni saya tak la expect best sangat. Sekali wow! Kelakar dan tak bosan. Kadang-kadang cerita yang tak digembar gemburkan WOW macam LBS lagi best kot. **LBS tak berbaloi** Haha. Macam anti je kan??

Bagi sapa yang suka cerita action dan ada komedi, saya recommend cerita ni.

4. Saya sokong ORANG KUNING

Hoyeah! Dalam 10 tahun ni saya dah ada 4 nombor telepon. First guna masa form 5, cewah dok asrama dah gedik ada fon. Hellooooo. Ada fon pun saya tak mengecewakan mak ayah. Belajar juga walaupun masa terbuang 2-3 jam bergayut tetiap hari. Ah!! Marah orang yang call saya masa tu. =pp Sekali pakcik warden rampas abisla no tu mampus. Tamat la riwayat! =)

2nd nombor saya beli masa masuk U. Lawa no maxis ni. Haha lawa ke? Senang nak ingat la la. Best! Banyak sweet memory kat citu. Ye ah. SMS En BF bagi masa tu, ngorat-ngorat saya simpan lagi. Maaf SMS orang lain saya delete saja. =P 

3rd, saya beli masa Final Year. Guna celcom pulak. Yela. UpaX beb! SMS 1sen. Sekarang dah jadi1/2 sen. Masa tu call pun rasa murah. Tapi dulu tak kerap call sebab boleh terus dating. Haha. Sekarang boleh rasa bankrup. Yele balik kerja ada je nak cerita kat dia, abis 10 hinggit satu malam. Gilo!

Last one, hopefully la. Haha. Yeay! Saya pakai Line Digi. Call dan SMS unlimited. FREE! Saya suka. Hmm. Tapi sayang nombor celcom dan maxis. Macam mane ni? Tak kan nak guna sampai 3 fon. Neway, celcom still jadi main number sekarang. Huiii. Korang recommend kat saya la fon yang best. Nak beli! Hehe.

Oh caca merba pulak post ni. Layan je la labu. +___+



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan

Haih. Sapa dah tengok Lagenda Budak Setan? Angkat tangan o/ ..\o \o/ ..Lapan lagi. Cewah. Bersenam pulak petang-petang ni. Haha. Hoih memang banyak "setan" sungguh cerita ni. Yela dulu-dulu masa sekolah, cikgu bilang kalau mengantok "setan" bergayut kat mata. Hmm. So sama la cerita ni. Eh eh sapa suka cerita ni jangan la marah ek. Pendapat saya je. Chill~ =)

Sebenarnya not bad je cerita ni kalau watak "Ayu" tak kira la sebelum kemalangan atau selepas kemalangan diganti orang lain. Kayu sangat la dua-dua "Ayu" tu. Tak logik orang Melayu cakap macam tu. Fazura dengan Que gak awesome. Hoyeah!! 

    Rating : 2.5/5 bintang 
[Boleh ke bintang dikerat??Bolehkan aja labu]

Oh habis la kisah Lagenda Budak Setan ni.

Hoyeah! Saya diminta menjawab tag dari Alevate.  Cewah baru melawat-lawat blog sudah kena tag.

3 nama samaran kamu:

: Kay-N
: Nadiah 
: Khairun [bagi yang skema2..yg manja dan manis itu rahsia..haha]

5 tarikh penting dalam hidup kamu:

:  Jun [Birthday saya!!! Dah dekat dah..Nak hadiah~~ =p]
:  Dec [Birthday Encik yang ter ter ??? ..isi laa sendiri (n_n)]
:  July [Hmm kalau tahun ni tahun yang ke-7. Anda percaya? Hee!]
:  Jun [Birthday mak]
:  Oct [Birthday ayah]

5 perkara saya buat semalam:

: Tulis Blog
: Gayut supaya kaki saya panjang
: Pergi kenduri
: Tidur
: Karoke guna youtube

5 perkara yang buat anda gembira:

: Tidur, tidur, tidur dan tidur
: Makan dekat tempat sedap
: Dengar orang nyanyi sebelum tidur
: Toilet yang bersih
: Koleksi binatang-binatang yang comei [Binatang tiruan ye]

5 hobi kamu:

: Tidur
: Duduk termenung depan PC
: Mengemas bilik
: Bergayut
: Chatting

5 tempat percutian idaman kamu:

: Korea
: Australia
: Mauritius
: London
: Bandung [wuuu..mau pergi bangat! nak sopim~]

5 sebab kamu jawab tag nie: [tiru jawapan alevate je]

: saja..
: kena suruh...
: takde benda nak wat..
: ermmm...
: pass..

5 orang yang nak di tag:

: Azmil [aku tau ko bosan..meh jwb tag ah]
: Chunk [boleh bergedix-gedix..heee]
: Wani cik limauais
: Munir [ololo..meh2 buat tag]
: taktau jugak

-Tamat-

psstt, kesimpulan nye, dalam hidup saya TIDUR adalah perkara utama. =pp



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, June 6, 2010

Rezeki

Hari ni family ktorang dapat jemputan dari jiran belakang rumah, kenduri kahwin. Memang syok habis la. Suka la dapat makan lauk pauk free ni. Haha. Ngada! Padahal malas masak, yela mak ayah takda so sapa lagi mahu masak? =p

Maka rombongan cik kiah diketuai saya la, pergi membuat kunjungan ke rumah pengantin. Mak pesan hulur-hulur sikit kat jiran tu. Walaupun saya paling tua tapi saya segan-segan ayam nak hulur tu. Suruh Am adik laki saya yang kasik.

Am : Pakcik, mak ayah saya tak dapat datang sebab pergi Kedah. Ni dia kirim salam [Sambil hulur sampul berisi duit]

Pakcik : Eh kamu ni kerja ke belajar.

Am : Saya student universiti lagi pakcik.

Pakcik : Kalau macam tu simpan la duit ni. 

Am : Gulp. Ni amanah mak saya pakcik.

Pakcik : Takpa-takpa simpan buat belanja.
 
Haha. Misi tak berjaya. Am paksa saya cuba bagi pulak lepas makan. Hmmm.Nampak nya pakcik tu memang tanak terima walaupun saye cakap saya dah kerja. Siap pas balik duit tu bagi dekat Am suruh buat belanja. Rezeki Am la kan.
 
Malam hari.
Aiseh, saya kena masak la. Tak kan makan malam pun nak beli. Sekali baru goreng sebijik telur. Am pulak tengah basuh pinggan. Pakcik tadi muncul dekat tingkap dapur. Hoyeah! Dia sedekah lauk kenduri dekat ktorang. Tak jadi la saya masak. Rezeki!!!!! 

Orang berbudi kita berbahasa. Cewah! Tak sia-sia ramah ngan pakcik tu siang tadi. Hihi.Terima kasih pakcik. =)

Haaa. Lupa pulak. Hari tu pergi Kerteh. Ex-officemate ada kat sana gak. Hihi dia bawak ktorang makan Nasi Kukus Ayam. Sedap wooo. Thanks ya Mai sebab belanja.Kalau korang pergi Kerteh, jangan lupa makan nasi ni. Sedap~

Sedap kan???Phew!
 
Budak-budak satu department. Ceh ingat kan pergi mana. Rupa nya end up tempat yang sama. Hihi. 
Puan Mai yang sedang berbadan dua. =pp Dia share nasik dengan saya. Takut tak abis kata nya.

Huiii sedap kan korang?? Terliur saya. Aaaaa. Ni rasa nak pergi makan lagi ni. Opss. Kat dapur ada lauk kenduri tu. Meh balun lagi sekali ah. Nyum nyumm.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, June 5, 2010

Peluang tidak datang bergolek

Saye tak pandai sembang dengan orang lebih tua ketika di office. Hmmm tapi saye senang sembang dengan stranger! Driver bus, makcik sesat naik ERL, foreigner dalam flight dan bas. Siap ada seorang makcik tu, happy sangat sembang dengan saye. Fuh! Nasib baik tak offer saye buat menantu dia. Opss!

Errr. Sebenar nya tak suke pun sembang-sembang ni. Cewah! Saye pendiam, pemendam rasa dan pendendam. Cukup sifat kan? Eh back to basic kate boss saye. Maaf saye bebel.

Semalam balik dari airport Subang, saye naik teksi ke Putrajaya. Mula-mula memang malas la nak sembang. Sekali abang teksi tu keluar kan MyKad buat jadi TnG. Haha. Terus teruja. Trigger saye memulakan perbualan. 
Nyesal tak nyesal gak la. Sekali panjang pulak cerita abang tu. Dia sebenar nya Guru KAFA dekat sekolah rendah. Part time bawak teksi. Dia gak ada part time bisnes katering, pakej kahwin. Kontraktor kecil kecilan jugak.

Wow!

Dia siap cakap, tak dapat gaji puluh ribu pun tak apa la. Cecah gaji engineer pun okay apa. Rumah bayar cash. Kereta ada. Lori ada.

Cerita abang teksi ni buat saye terfikir.

Sebenar nya banyak peluang yang kita ada. Susah senang je nak buat. Oh oh. Saye pandai cakap je. Tapi sendiri tak banyak menggunakan peluang yang ada.

Renung-renung kan, dan selamat beramal! 

Opportunity
You don't always need an invitation to join in (n_n)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Thursday, June 3, 2010

Rumah terbakar panggil BOMBA

! dlroW ollaH [Sila bace dari kanan ke kiri]

Saye baru balik dari Kerteh. Hoyeah2. Eh ada korang kisah?? Haha. Takpe laa tak kisah pun. Tapi nak bagi tau gak. Short and sweet je kali ni. Yo laa tu. =pp

Saye happy!! Nak dijadikan cerita, kerja saye hari ini abis awal. So saye dengan officemate terus lepak dekat airport je la. Sekali jumpa staff dari P, Airport Kerteh. Cewah P bukan name sebenar. Hoyeah! Staff tu jaga bomba untuk airport tu. Hmmm. Dia salah seorang committee yang attend meeting or workshop yang saye coordinate so die salu la tunjuk gamba satu truck bomba dekat airport tu. Apa lagi meroyan laa saye dengan officemate tu request die bawak ktorang naik!!! Hahaha.

Macam transformer wooooo! Canggih! =pp [okay saye memang JAKUN]

Ehem..Kak Nor macho dengan Panther! =pp

Besar!!!!!!!! =)

Cewah!! Bersungguh-sungguh dengar orang tu cerita. Hihi.

Roger-roger. Ktorang nak berlepas. Jalan clear tak? Kang flight langgar kami pulak.
[Haa abang ni cakap gitu woo]

Hmmm.Kena buh air balik sebab demo kat ktorang. Abisss woo air.

Hahah. See ni adalah cerita orang jakun. Abang bomba ni bilang truck ni dulu mase awal-awal beli kira paling canggih laa dekat Asia. Sekarang dah banyak dah orang beli. Heeeee.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p