Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Sunday, May 23, 2010

Shrek Forever After

Hui!

Cerita ni tak worth gila tengok 3D. Korang tengok yang biasa dah la. Tak banyak pun action-action yang memerlukan penggunaa 3D. Maaf ye kwn2..Haha hilang RM20 tengok cerita ni. 
 
Tapi sayeeeee suka! Ada mata kucing yang comel!!!!!

Overall cerita boleh laa kasik : 6.5/10

Puss~~ =pp Comel!

Lepas tengok movie ni, makan-makan lak dekat Papa John. 
First time la makan kat sini. Amik set untuk 6 orang. 
Tapi kenapa yer, semua benda dia bagi macam untuk 4 orang. 

Takpaa laaa noo. Janji KENYANG! =)

Hmmm.
Haih. Ingat nak karoke dekat Sunway Pyramid tu.
Tapi harga sangat la tak worth.
Hoho. Sanggup dorang pergi Alamanda semata-mata nak karok jer!!

Hancur musnah impian saye dan Yana nak shopping sakan dekat Sunway.
Haha. SALE woooo.

Happy, happy. 
Dah lama tak keluar ramai-ramai camni. 
Dah hari tu terlepas nak jumpa dengan osmet UTP sebab kesihatan tak mengizinkan lagi.

Thanks semua!!!
"Yana, Aswad, Hafiz, Kaped"



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Friday, May 21, 2010

Interesting fact

Huiii.

Tiba-tiba officemate mintak "interesting fact" kat semua orang. Tatau la die nak buat apa. Nak masuk kan aktiviti dalam "monthly meeting" ktorang kot.

Apa saye nye interesting fact????

Gigih gila perah otak nak cari interesting fact tu.

Korang tau tak korang punya???

Satu fact yang saye agree : "Naik bas tak sampai 5 minit saye dah tertidur."

Korang boleh buat macam tu tak??? Confirm tak boleh kan kan?? Hahahahah. =p



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Wednesday, May 19, 2010

Kenapa

Saya selalu tertanya - tanya kenapa sesetengah "kerja" itu wujud?

Sapa reka "kerja"?

Perlukah "kerja"?






Pssst : Betul ke saye perlu buat kerja ni? *sigh*..



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, May 17, 2010

Jom jom..jom Heboh Heboh!!

*sigh*

Cis sungguh Chunk, tak datang pun rumah. Nasib baik Yana datang. Kalo tak sia-sia bilik saye kemas cam kat hotel 5 bintang. Bila dorang datang je salu laa timing best! Mak buat laksa. Haha. Laksa tu feveret saye woooo! 

Pergh penuh la orang dekat Putrajaya. Ktorang pun parking dekat Putrajaya Sentral pastu naik bus pergi tapak karnival Jom Heboh tu. Haha. Best jugak yer. Bus free!! Bagus gila laa nak menggalakkan orang ramai naik bus mase tu so kerajaan bagi free la.

Hm...Jalan - jalan je. Tatau buat apa sebenar nye. Dapat gak la beli tudung sehelai dua. Yana lak borong selendang. Sakan betul! Hehe. Gerai memang banyak ah. Best ah dorang siap provide TRAM! =p

Jom naik?? 
Yana & Chunk keletihan.

Wooo..orang bertinju!

Tram kaler biru! Ada dua koc.

Psstt..sebenar nye tak paham kenapa orang berduyun-duyun pergi ni? Haha. Ni nasib dekat Putrajaya je. Kalo tak jangan harap nak pergi. Hehe. Pening! Panas!

Oh lupa..ada orang tu warning jangan pergi carik TOMOK. Jangan tangkap pic dengan TOMOK. Haha. Adoi..sapa laaa nak buat camtu. Hihi!!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, May 16, 2010

Bilik saye sangat sweet

12.23 am "kN aku p umah ko esok lah" - SMS dari Chunk. 

T___T

Bilik tengah sepah kot..
  
Dah 2 minggu. Cam siput b*b* je kemas tak siap-siap.

Dengan terlantar lagi atas katil tak boleh bangun. Camne nak kemas????

Apa lagi berusaha cam nak mati ah malam ni.

Hasil nya. Jeng jeng..






Boleh tahan la kan??

First time ada lampu tepi katil seumur hidup saye. Haha.
Harapan ah nak guna lampu ni, sebab saye tidur tak tutup lampu.

Thanks mak belikan lampu ni. =)

Hihi. Benda baru dalam bilik saye.
Beli murahan je. Jimat duit! =)

Eh tak leh tulis banyak-banyak. Tangan sakit gila dan dah dapat warning pergi tidur sekarang. Huii. Tapi confirm takleh tidur kalo sekarang dah sakit macam apa je ni! =(



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, May 2, 2010

Semalam

Eyp korang tengok AF8 tak??

Haha. Saye tak minat sangat pun AF tapi kalau dah terpasang TV tu dan kebetulan tertengok. Saye tengok sampai abis la jugak. Haha. Hmm. Diari-diari AF memang tak tengok ah. So ada satu lagu ni, Maulana nyanyi. Hmm. Dengar cam sedap betul Saye memang suke lagu bunyik cam lama-lama ni. Rock kapak layan beb. Hihi. So ni la hasil search kat youtube. Layan beb!



Lirik lagu: 

"Semalam"
Sean Ghazi

Semalam hanya semalam
Kenangan memanggil-manggil
Pulanglah sayang pada ku
Ku ingin mengubat hati yang rindu
Semasa, dulu pabila
Kita yang masih percaya
Betapa indah bercinta
Ku tanya Mengapa perginya dia?

Hilang tetapi bagaimana?

Tinggal harapan yang membara
Ku doa agarkan lagu
Menyusuk jiwa mu

Di sebalik mentari pagi

Pasti kan kembali
Izinkan ku menyanyikan lagu ini…

Sudikah engkau menanti

Marilah kita menari
Lupakan hati yang sepi
Semoga semalam selamanya

Hilang tetapi bagaimana?

Tinggal harapan yang membara
Ku doa agarkan lagu
Menyusuk jiwa mu

Di sebalik mentari pagi

Pasti kan kembali
Izinkan ku menyanyikan lagu ini…

Sudikah engkau menanti

Marilah kita menari
Lupakan hati yang sepi
Semoga semalam selama-lamanya

Hmm dedicate kat ..jeng..jeng..paham-paham laa ek. Hehe.

p.s. : I Love U.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tilu - Ku Bukan Aku




Lirik Lagu:

Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, May 1, 2010

Munir dan Carpet

Hoyeah. Cuti-cuti. Padahal hari sabtu memang cuti.

Tapi sapa-sapa yang cuti hari ini boleh kena saman ke? Haha. Tadi saye dikejutkan dengan kehadiran penjual "carpet" bukan "Kaped" okayh. Nama penjual tu "Munir" [orang Pakistan tinggi lampai dan ensem].Saye pulak ada kawan bernama Munir dan Mazriff atau nama panggilan nya Kaped. See nampak kan kebetulan. Hmmmmm. Hidup ini penuh kebetulan.

Apa la penjual karpet ni, tatau ke hari ini dorang tak patut kerja. Haih! Saye tak berminat pun nak tengok karpet tu. Mata pun masih tertutup masa dorang datang. Tapi sampai tiga orang datang kejut saye suruh jugak usha karpet tu. Haih haih. Terpaksa la beb.

Bila saye turun ke bawah rumah [bilik saye dekat atas], ada pelbagai jenis karpet dah dihamparkan. Hish tengok muka Mak pun excited gila. Hahaha. Malas dah nak pikir apa-apa sebab saye tau mak suggest kan saye melawa kan bilik saye yang tak ada apa itu, saye pilih je terus. Pastu mak runding harga sebab mak pandai tawar harga. Sebab untuk bilik saye, saye la bayar. Waaaaaaaaaaaaaaa. Pokai la saye, hari ini baru 1st May 2010!




Ni la karpet baru saye. Konon-konon modern style. Lantak la saye tak kesah pun. Haha. Mak punye pasal saye beli je. Hehe. Opss. Adik beradik lain, bilik dorang tak muat letak karpet so xpayah la beli. Hish! 

Cantek tak korang? Kalau tak cantek mamat Pakistan tu cakap boleh tukar colour dalam masa seminggu. Haha. Waranty 5 tahun. Wow! Saye tatau pun selama ni karpet pun ada waranty. 

Fuh! Balik je, mak puji suara dorang lembut je pastu muka pun ensem. Hmm. Ye saye akui. Tapi kan korang KETIAK dorang bau masam. Saye rasa cam nak pengsan or atau tidur balik sebab pening. Haha. Alasan kan?Tapi kawan saye Munir tu, hmmm, tak ada bau cam penjual karpet ni. Haahahaha. Jangan marah Munir.

Eh sebelum tu, saye nak bagitau saye dapat 5 bintang! Yeay yeay. Dah nama blog pun berkaitan dengan bintang. Mesti la saye suka kan kan? Matahari pun sejenis bintang. Saye SUKA! Haih orang lain dah lama dapat pun tak kecoh pun. Haha. Jakun!

Tapi kenapa Rerakan Cik Bintang yang dapat 5 bintang? Hmm. Korang best sangat kot. Haip!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p