Nota saya:

Tak tau nak tuleh pasal apa dah~~ T___T..

Lompat si katak lompat~ =)

Friday, December 31, 2010

Ke mana saya menghilang??

Eccece tajuk macam artis pergi berehat kan??kan??Alamak..segan!!~ Macam mana nak start blogging balik ni? Dari tadi tulih 10 patah tekan button delete. Aiyoo. Saya dah jadi pemalu ke? Hehe. *wink* saya memang pemalu u olss. Heh! Orang mesti geleng-geleng kepala tak caya saya pemalu. Betul saya PEMALU wooo..saya sembang ngan orang mana bley pandang tepat ke mata. Haha. Nanti saya jadi macam blushim2. Opss patut laa korang tak nampak saya blushim sebab kulit saya macam bontot kuali sobs mana nak nampak merah-merah. Hehe. *panjang pulak bebelan saya. Maaaaafff!!

Haaaa..Ke mana saya menghilang? Saya sekarang busy laa mana ada masa pegang komputer nak bukak belog ni. Betoiii sumpah tak tipu. Hari ahad pun pergi kerja. Terlebih rajin or kerja tak efisien kata orang puteh. Pe jadah nye rajin terlebih bukan dapat duet OT pun. So mungkin laa option lagi satu tu betoi. Hihi. Tak tak. Fuh kena cover, kang ada spy company kang spy belog ni terus tau saya kerja tak efisieeenn. Mana ada encik spy, saya kerja ahad kan sebab saya ditugaskan key in "belanjawan" dalam SAP. Haha. Last minute request mana sempat buat time opis. Nak stay lewat malam saya kan takut hantu. Eh eh tak tak, saya pompuan manis tak boleh balik lewat, *pompuan manis tak tahan!!

Cakap pasal balik lewat ni, selagi saya tak balik nanti ada ALARM bunyi kat enset. Selagi tak balik die kring kring, tak pun bunyi SMS, tak pun tung tung bunyi GTALK. Haha. Siap ada usur ugutan lagi.

Contoh or example kata orang puteh:

TAK BALIK LAGI KE? JANGAN SAMPAI *** CALL LAGI!
*contoh je kekawan, tak ada kaitan dengan hidup dan mati =)

Opss saya tipu! Mana ada sebab saya busy kerja saya tak tulih belog. Sebenar nya kan, saya nak berlagak ckit laa kan. HAHAHA. Gelak jahat sikit. Before raya aritu saya beli enset canggeh woo. Enset tu ley tengok facebook dengan jelas, online GTALK & YM dengan epi nye. Haha. Padahal orang lain dah ada enset canggeh lame dah. Sobs. Saya baru nak berduet nak buat camne. =p Guna enset canggeh tu malas la nak online guna pc. Nak blogging guna enset tu cam xpuas. So end up, saya pun menyepi. *isolated mode

Pastu kan lagi satu, komputer saya buat hal. Network card rosak. Camne nak online beb?? Oke oke ni memang alasan tak logik. LAPTOP ade jeeee. =pp *saje nak tagih  simpati..uhuk..sape2 tolon laa bawak saya g lowyat..=(

Wahhh!! Panjang dah tulih! Hehe. So kenapa saya menghilang dipengaruhi banyak faktor-faktor lain.

Apa-apa pun Selamat Tahun Baru 2011.

*saya tetap si gadis yang masih berstatus single but not available pada tanggal 31 Disember 2010 dan mempunyai hati yang asyik gundah gulana. =pp



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Haih lama betul tangan ni tak tekan papan kekunci untuk mengupdate belog. Why why? Eh ada korang kisah ke saya tak update pun. Haha. Saya bukan artis pun orang nak pedulik. Sobs sobs. Sentimental sikit. Mesti orang bilang tau tak apa, sedar diri tak apa. Dush!

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.

Lambat sungguh saya wish. Tapi still hari raya lagi kan? So tak berapa lambat la kan. Tahun ni raya macam suram kelam gelap gelita sikit. Mungkin ramai sedara mara yang tak ada kat kampung. Maklum laa dorang sudah ada giliran pulang ke kampung. =P Saya tak ada pun???? Tahun ni abang pun tak balik beraya, kakak pulak pulang sehari je. Memang boring sikit ah, tak ada geng nak bergaduh! Haha. Raya raya bermaafan tapi ktorang suka bertekak baru nampak berkasih sayang. Hihi.

Haaa tahun ni saya rajin pos kad raya. Tak banyak pun sikit la. Guna khidmat pakcik posmen lagi tuuuuu. Tak sangka pulak harga setem naik 2x ganda. Nasib baik saya tanya dulu orang kaunter sekarang nak hantar surat kena beli setem bape sen. Haih. Kalau tak, tak sampai laaa kad raya saya ni.

Cewah..kad raya yang sudah di pos. Sampul yang tak ada alamat tu anggap saya pos kat semua reader belog saya yang tak berapa best ni ye. Hihi.

Ni duit raya pertama saya dapat. Adeq saya yang bagi duit dari dari dari... arab kot. Nampak tak ada tulis wahid. Haaa. Dulu-dulu belajar Bahasa Arab Wahid tu = Satu!

Syukran ya Safwan.

Saya dapat gak kad raya dari salah seorang manager kat office. Pastu dapat dari officemate saya merangkap ex-schoolmate, ex-classmate, ex-coursemate. Haha. Nasib baik tak jadi soulmate je. Kalau tak confirm la tak ada life!! Hihi. Thanks Azmil

Tak lupa gak terima kasih yang bagi kad raya melalui Facebook. At least ada gak orang ingat nama saya kat Facebook tu kan?? Hehe. Haaa..meh saya share satu kad raya yang kreatif saya terima dari Facebook.
Sila klik :  The making of the Wish . Terima kasih daun keladi, tahun depan buat lagi,

Happy happy happy dapat kad raya!! =)

Hmmmm..banyak bloggers time raya ni update pasal Datuk Sosilawati. Saya tak tulis maka bukan saya tak ambil tahu. Tapi cukup laa informasi dari wartawan yang bertauliah. Peristiwa yang cukup menyayat hati. Entah kenapa, bila saya tengok berita bergenang air mata mengenangkan mangsa-mangsa yang dibunuh kejam. Lagi-lagi bila salah seorang isteri mangsa cakap sampai hati bakar mayat suami dia. Mana kubur dia nak lawat nanti?? Sobsss!!!! Ustazah dan anak yang kena bunuh tu pun kesian jugak. Adoiii.. Nak rompak rompak aaaa tapi kenapa sampai bunuh orang. *sigh*..

Tak apa laaa biar polis buat kerja. Biar hakim jatuhkan hukuman. Kita sedekahkan al-fatihah cukup laa.

psssttt: Saya tengah tunggu kad raya dari orang yang TERAMAT istimewa. Spesel sangat kad raya dia sampai dah lebih seminggu raya pun tak pos lagi. =pp



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, August 31, 2010

Freak Storm Hits Malaysia - Klang Valley

Merdeka!!!!Merdeka!! Tanggal 31..Bulan Lapan..57...~

Cewah. Happy ye saya? Hihi happy la duduk kat negara yang merdeka. Hari ini pun merdeka dari kerja gak. Tambah-tambah la happy. =)

Hish. Korang tau tak ribut aneh melanda Malaysia? Lagi-lagi area Lembah Klang.

Jom tengok video ni wartawan interbiu beberapa penduduk.






Amacam geng?? Takut tak kalau ribut macam ni berlaku kat tempat kita.

*sigh*

Saya pun tatau la saya patut happy ke tak.

Ngeh..ngeh. Nampak tak real kan semua orang berlakon dalam video tu. Haha. Tapi tapi.. masa first time saya tengok. Saya percaya walaupun macam pelik kenapa orang yang wartawan tu interbiu semua bagi respon pelik dan skema. Haha. Sekali tengok yang last sekali baru tau diri sudah tertipu.

Iklan DIGI rupa nya.


Nuffnang la baik sangat hari-hari bagi iklan Digi ni kat saya, kan saya dah terpengaruh. Haha. Saya dah subscribe 3G Internet Unlimited 58. Hui hui. 

Doa-doa saya dapat BlackBerry turun dari langit ya?? =pp


psttt: Saya laa manusia yang boleh terpengaruh dengan iklan kat tv. Opss..tapi tak ada laa terpengaruh menda mahal-mahal.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, August 29, 2010

Hasil tangkapan saya

Hye hye semua.

Semalam kan, kakak saya ajak la saya usha-usha SALE kat Presint 2 tu. Tengok dalam beg duit ada sikit je. So memang nak cuci mata dulu la.Perghhhh! Memang ramai laa korang. Orang pusu-pusu pergi situ. Saya dahla tak suka tempat sesak-sesak ni. Rasa nak pengsan.
Eh Body Shop pun ada gak kat situ. Tapi tak ada laa diskaun tak hengat. Dapat 10% gitu je. Nasib baik saya tau harga Vitamin E Moistuire Cream, so tak ada laa saya tertipu. Ada ke patut kata dah diskaun dari harga lama. Hmmm tapi saya assume orang tu pekerja baru, sebab bila saya orang lain saya dapat harga murah lagi. =pp

50% - 70% gak laa sale
Pencarian harta karun~~haha..PONEY punya kedai!
Hmmm..saya memang tatau nak beli apa kalau tempat sesak-sesak ni. Nak usha baju ke handbag ke seluar ke, memang tak reti beb. Macam kena pantas je. Haha. Selamat duit!

Jeng jeng tapi tapi..jangan sangka panas sampai ke petang, rupanya gerimis mengundang aaa aaaa. [Sila baca dengan intonasi lagu SLAM Gerimis Mengundang].

Sekali kan saya nampak tempat makanan. Perghhhhhh! Serious murah. Tengok expired date pun lama lagi. Selalu kalo makanan ni orang jual murah sebab dah nak expired. Rambang mata aaaaaaa. Terus saya shopping tak hengat dunia. Haha tapi bulan puasa ni tak boleh ah makan or minum di siang hari. Tunggu buka la.

Jom tengok hasil saya.

Hahaha ni semua saya punya! Woo banyak beli susu..Hihi.
Sedappppp! Kalau minum sejuk2 laa..Satu beg = RM10
Haha. Nasib baik tak bawak duit cash banyak-banyak kalau tak confirm bankrup!!! Ooo yang paling nice adalah, jeng jeng ...

3 kotak ni = RM 20 jeeeee.
Best wooooo. Makanan aaa paling best. Orang siap beli berkotak-kotak. Nak jual depan rumah agaknya. Hehe. Jap lagi nak pergi lagi la kot. Dah janji dengan Yana mahu pergi usha-usha lagi hari ini. Jom????

psttt: Hari ni 29 August 2010 bersamaan birthday adeq saya, SAFWAN. Hehe. Happy Birthday!!!!!!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, August 28, 2010

I jump U jump

Wow! Walaupun saya tak berapa aktif berblog sekarang tapi ada gak yang sudi melawat cerita cerita saya yang tak berapa nak best dan berinformasi ni. Toce-toce! =)

Follower saya pun bertambah. 200 dah u all.Haha. Itu pun nak bangga? Orang lain dah beribu juta rupiah pun tak kecoh kan kan??? Hmm bukan nak kecoh tapi nak ucap terima kasih laa kepada semua pembaca. Huhu. Saya tak glemer mahupun kreatif dalam menulis blog. Belasah ajeeeee. 
 

Yey! Maka dengan senang hati saya nak promot laa sikit follower saya yang ke - 200 ni, cepat-cepat tepuk tangan untuk dia. 


Dia punya belog cute tau. Soft je layout dia. Ehem! Apa kata korang pergi melawat okay? Hehe.

Belog mimiechan yang comeiii. =)

Dekat Putrajaya ada sale gila gila punya. Lokasi dekat Presint 11 [silap..Presint 11 tu rumah saya, Presint 2 maaa]. Dengar cerita ini adalah acara tahunan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia pergi bershopping. Saya tak pergi lagi!!!! Hmmm mungkin malam ni atau esok saya pergi laa. Jom???



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Wednesday, August 18, 2010

Bye bye P .

Hoyeahhhh!

Mari cakap tahniah kepada saya. Saya sudah ada LESEN PENUH [orang JPJ tu cakap macam tu]. Hihi. Tak payah lekat huruf P dekat kereta. Err..tapi saya memang dah lama tak lekat. Sebab dok pinjam kereta abang, pastu dia amik kereta dia balik, lupa mintak pelekat tu. Fuhhhh. Nasib baik tak kena saman. Tak sengaja TERLUPA. =pp

Hmmm. Tapi saya tak ada kereta sendiri pun lagi. Bawak kereta mak atas ihsan mak. Haha. Mak yang cakap jangan beli kereta baru lagi. Guna kereta mak dulu plus tolong-tolong laa bayar. Haha. Macam kereta sewa laa. Bayar bulan-bulan. 

Mencabar betul nak tukar lesen ni. Saya mana laa tau jalan sangat. Tau jalan kat Putrajaya je. Nasib baik cawangan JPJ paling dekat ada di Bangi. Haha kompiden sikit pergi sorang-sorang. Sesat kat area Bangi tak apa lagi.

Eh jom tengok saya yang dulu "GEMOK" bertukar "KURUS". Haha. Macam budak-budak tak cukup umur pun ada. Opsss perasan!!

Haha..see..size muka sudah berubah!!Tengah sakit mata masa tangkap gambar buat LESEN P.

Hishhhh!! Ada orang cakap policy baru tempoh lesen setahun je boleh. Haih sekali abang JPJ tu kata 5 tahun pun boleh. Tak bawak duit lebih pun. Haha. Kredit kad tak diterima. Tak apa laa 2 tahun pun boleh laa. Lepas ni renew dekat Pejabat Pos je.

Huh! Pastu ada lelaki mana tah duduk dekat saya masa tunggu giliran. Jahat betul! Tiba-tiba tegur saya tanya sampai ke kaki bawak kereta. Cisss sungguh!!! Pastu siap cakap mesti saya duduk atas bantal. -____-" Sabar je laaaaaa. Haip!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, August 16, 2010

Kekanda dan Adinda

Thanks to Chunk ..Dia dedicate lagu ni khas untuk saya dan En BF. Hihi. Sweeeeeeeeeet! =) Dengar sekali nak lagi. Opss macam bunyi makanan jerk. Sedap hingga menjilat jari. Hehe. Jom dengar!!!


Lirik Lagu
Kekanda dan Adinda
By : MonoloQue & Atilia

----------------------------------------
-----------------------
(P)- prempuan
(L)-Laki
(P+L)- Prempuan+Lelaki
----------------------
Verse_1
-------------------

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,


-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,


---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalanya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya! 

pstttt.. Hmmm saya rindu diaaaaa..huhu..



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, August 15, 2010

Suami isteri dan ...

Kenyang?? Selamat berbuka puasa semua.Saya amik kesempatan menulis dikala hati gundah gulana. Ye ye je laa.

Teringat perbualan saya dengan kawan saya tentang perkahwinan. Haha. Bukan saya ye nak kahwin dan bukan juga dia. Keluh saya dekat dia, kahwin tu susah. Lepas kahwin masa untuk diri sendiri pun macam susah dapat. Nak kena jaga suami, kalau ada anak kena jaga anak. Haha. Ikhlas ke nak buat semua tu. Kang orang yang kuat melenting macam saya ni mahu hilang sabar. Hahaha. Kata kawan saya, kalau susah semua orang tak kahwin. =pp Betul gak kan, belum cuba belum tahu.

Tapi, betul! Saya nampak kahwin tu banyak lagi masalah! T_____T Tapi saya pun nak kahwin gak. Sobs sob.Tapi tapi..apa daaaa...banyak nya tapi.

Cuba bayangkan lagi, time-time bulan puasa kalau isteri-isteri yang berkerja balik pukul 5. Bergegas balik rumah nak masak. Laki lak goyang kaki je kat ruang tamu. T______T Rasa nak tolak laki tu jatuh kerusi je. Kita kerja sama-sama kot. Kenapa dia goyang kaki je. Perut dia gak nak diisi. Tengok ayah saya, tolong je masak. Haha. So tak ada alasan laa laki-laki tak boleh tolong. Hmmmmm..lain laa lelaki tu boleh support belanja rumah cukup-cukup so perempuan tayah kerja. Ngeeeeeee..=pp

Huiii entahlaa nasib saya macam mana, masa bercinta memang banyak janji-janji manis. Dah kahwin macam mana?? Haha. Opsssss. Soalan ni kena en BF saya yang jawab. Hui hui.

pssssttt...saba laaa cik Nadiah, sekarang ni bulan puasa..awak kena belajar banyak bersabar lagi!! T____T



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini~ =)

Huiiiii mood menulis belog dan berbelog walking jatuh merundum. Macam tergolek-golek jatuh dalam gaung, pastu tak boleh dah nak diselamatkan. Hohoho. Saya merepek okay!

*sigh* ..

pssstt..sapa-sapa ada tali yang boleh selamatkan saya, boleh laa tolong hulur-hulur kan..(n_n)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, August 8, 2010

Dear Anyone

This is a letter from one anyone to another anyone, no names required because nobody really knows anybody anyway. Names don't make a hell of a lot of difference.

The world is made up entirely of strangers. Millions and millions of them. Everyone is a stranger to everyone else. Sometimes we think we know other people, especially those we supposedly are close to, but if we really knew them, why are so often surprised by the SHIT they do?

Like, parents are always surprised by what their kids will do. They raise them from the time they are babies, spend each and every day with them, think they're these goddam f***king angels, and then one day the cops come to the door and say hey, guess what parents? Your kid just bashed some other kid's head in with a baseball bat. 

Or you're the kid, and you think things are pretty OK, and then one day this guy who's supposed to be your dad says so long, have a nice life. And you think, what the f*** is this? So years later, your mom ends up living with another guy, and he seems OK, but you think, when's it coming? That's what life is.

Life is always asking yourself, when's it coming? Because if it hasn't come for a long, long time, you know you're f***ing due.

ALL THE BEST, ANYONE


Source: No Time For Goodbye
Author: Linwood Barclay



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sehari di Pahang

Hye hye. Saya datang setelah sekian lama tak menjelma! 

Last weekend saya pergi Pahang, atau lebih specific saya pergi Kuantan. Pergi majlis kenduri coursemate masa kat U. Tahniah Ira dan Fadli [betul ke eja?]. Hihi semangat saya pergi. Krem jugak ah duduk lama-lama dalam kereta. Thanks to Bib la sebab sudi menumpangkan saya dengan Yana. Saya tak bawa kamera, so tangkap gamba guna handset je tapi gamba terhasil memang tak cantik la. Sapa nak tengok clear boleh tengok dalam Facebook la.

Sebelum pergi mak dah pesan kat saya kalau jumpa keropok lekor sedap, beli laa sikit. Tak sangka pulak Kuantan ni popular gak dengan keropok lekor. Ingat kan Terengganu je. Hajat saya tercapai. Bib singgah dekat kedai yang saya tengok memang penuh dengan manusia. Popular agak nye kedai ni, saya ingat nama dia macam ada MOKNA. Cari laa kat area Kuantan tu. Satu batang keropok lekor dorang jual seringgit! Memang berbaloi. Saya hentam RM15. Hehe.

    Adik ni memang rajin la, laju je dia masukkan keropok lekor dalam plastik! =)

Eh tapi sebelum kitorang singgah pergi beli keropok lekor ni, singgah kedai Mustafa Cendol tak silap saya. Opsss, saya agak pelupa laa sebab banyak sangat input dalam kepala otak ni. Tak nyanyuk lagi okee.Haha. Saya order ABC dan Rojak. ABC dia memang sedap! Dahla makan tengah cuaca panas. Memang HO LI YAWWW!! Rojak dia so-so je. Saya suka lagi rojak kat Teluk Intan. Hihi. Tu superbb marveloussss.

Ni hasil saya dan Yana. Ooo saya tak suka kacang-kacang dalam ABC so makan tak abis licin ah.

Letih gak la pergi Kuantan ni walaupun saya ni penumpang. Sengal-sengal gak laa badan saya duduk lama dalam kereta. Sampai je rumah memang "PENGSAN" terus. Saya pernah tulis entry kalau otak saya letih atau ngantok, saya ni boleh jadi sengal gak la.

Ni hasil bila saya sengal [keesokan hari nya]:

Err..normal???

psssstt...Sebenarnya saya dah "tergoreng" ayam ni tanpa bubuh kunyit dan garam. Kalau bakal mak mertua tau ni, confirm fail jadi menantu! *sigh*. Masa tengah goreng ayam ni, saya macam pelik kenapa putih je ayam ni. Hahaha. Nasib baik sedar! SENGAL laaaa.....



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, July 24, 2010

Inception versus Despicable me

Hallo hallo semua~~ Sehat tak?? Hahaha. Bajet-bajet macam pengacara la kan. Hoh! Lama saya meninggalkan dunia belog saya ni. =pp Bila saya "isolate" kan diri, belog jadi teman berbicara..bila saya "de-isolate", saya bagai kacang lupakan kulit. Hehe. Hmmm. Bukan apa, tangan dari last week macam start sakit balik maka dunia belog terpaksa diberhentikan sekejap. 

**pssst..skang ni lagi ah sakit tapi gigih gak nak update. *sigh* rasa mcam menyucuk hati sekali..

Ehem! Saya nak update lagi pasal movie. Haha korang bosan tak??? Tengok movie salah satu cara hilangkan stress tau. So sapa nak tengok movie mari laa ajak saya. =pp

Okay, movie pertama untuk last week adalah INCEPTION.

Perghhh. Saya memang terjatuh hati masa tengok trailer cerita ni. Hihi. Dulu-dulu nuffnang kan baik hati bagi iklan Inception ni kat belog saya. Sebab tu laa saya tau. =)

Gilaaaaa best laaaaaa cerita ni saya bagitau korang. Suka sangat!!! Opsss tapi awas kepada orang-orang yang tak suka heavy dan ending yang agak sedikit twist! Macam seorang sahabat saya, dia bengang dengan cerita ni sebab macam tak siap kata nya. Opsss Mazriff jangan marah~~..

Bagi saya cerita ni buat saya memang tak sedar diri. Tengok penuh khusyuk! Haha. Cerita pasal mimpi dan dunia realiti. Mana satu yang real? Tepuk dada tanya selera. Tapi kalau dalam mimpi apa-apa menda kita nak confirm ley dapat kn? =pp

Inception : Rating ikut saya punya suka laaaaaa : 9/10 =)

Okay!! Lagi satu cerita. DESPICABLE ME!!!

Haaa. Cerita ni ada sorang makhluk tuhan ni, beria bagitau cerita ni best sampai bape kali bagi link trailer cerita ni. Haha dia siap tengok cerita ni 2x. Cehhhhhh. Betul ke best sangat cerita ni, Pian?? Haippp. Saya pun dengan semangat mau tengok la kan. Perghh memang menguji kadar kepenatan saya. Yela, dah tengok pas balik kerja. Sehari sebelum tengok Inception.

Hmm yang lawak nya, plan nak tengok cerita ni dengan Yana. Masa sembang tu memang tahap mengantok gila nak mati. Sekali saya macam mimpi yang Yana dan Mazriff cakap cerita ni ada kat wayang pukul 6 & pukul 8 malam. Hoho. Kompiden je ajak orang lain bagitau timing cerita tu. Padahal tu hanya ada dalam mimpi. Takda pun cerita tu pukul 6 & 8 kat KLCC. Wuuuu..saya ngigau rupa nya.

Takpa yang penting saya dapat gak tengok!!! Hiiii...Pergi Mid tau. Sesak-sesak saya naik komuter. Jom tengok trailer Despicable Me yang amat comei!! It's so fluffy!!!!!!!!!!!!!!!




Rating ikut saya punya suka : 8/10 sebab ada minion kuning tu dengan budak kcit tomeiiii ni! =)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, July 18, 2010

SS501 - Love Ya

Oit oit..hehe. Saya nak tunjuk gambar buah hati saya lagi~~ Oppsss. Kepada encik itu jangan frust sebab bukan gambar kamu saya mahu tunjuk.

Haaa. Meh tengok! =pp


Wiwitttt. Kim Hyun Joong. Senyuman manis menawan kalbu. Hihi.

Alaaa dulu saya dah pernah tempek gambar dia jugak. Masa saya cerita pasal Boys Over Flower. Haaa. Sapa tak baca entry tu pergi laa gigih carik dekat post saya yang lama-lama tu. Kalau berminat la. Hehe.

Saya suka tengok dia dalam cerita Boys over Flower, We Got Married, Thanks for Waking Me up [Betul tah] dan mesti laa masa dia perform nyanyi dengan group dia, Ss501. Best la dorang ni. 

Jom layannnnnnn!!!! =)




Love Ya - Lyric

[Hyungjun] Yeah, huh
Here we go once again
Guess who's back, let's go
This one is all about you
I really hate you but I love you
So what can I do?
Now listen

[All] Neoreul bomyeon apa, sumi neomu gappa, ije nae sonjaba
[Hyungjun] Geu sarameun neoreul saranghaji eanhneunde wae?
[Hyunjoong] Why don't you get it?
[All] Baby let me
Love ya, love ya, love ya

[All] Nae jeonbureul georeo, I jumuneun georeo, we can be so perfect
[Jungmin] Sesangmodu jeokidwindahaedo naneun andwae
[Youngsaeng] Neo animyeon andwae
[All] Baby let me
Love ya, love ya, love ya

[Kyujong] Oneureun yeotaekkeot gidaryeosseo
Mianhae ganjeolhi baraewasseo
Nal bitgyeogattdeon ni uraen sarangi janinhage kkeulnagireul
[Youngsaeng] Geusaram ijeo, ijen jiweobeoryeo
Eochapi neohaguneun eoolriji anhaneungeol
[Hyungjun] So baby wont you come to me
I'll make you make you happy

[All] Neoreul bomyeon apa, sumi neomu gapen, ijen naesun japa
[Hyungjun] Geu sarameun neoreul saranghajieanhneunde wae?
[Hyunjoong] Why don't you get it?
[All] Baby let me
Love ya, love ya, love ya

[All] Nae jeonbureul georeo, I jumuneun georeo, we can be so perfect
[Jungmin] Sesangmodu jeokidwindahaedo naneun andwae
[Youngsaeng] Neo animyeon andwae
[All] Baby let me
Love ya, love ya, love ya

[Jungmin] Cheoeumen haengbokhagil baraesseo
Geude birok geusaram yeopeseorado
Mideosseoseo. Na eopsi haengbokhadamyeon, geugeolro chungbunhaesseo
[Hyunjoong] Hajiman, neoui nunmol ipuyeo. Neoui seulpeumi boryeo
Amuri chamabwado andwae ijen jichyeo michyeo
[Youngsaeng] I cannot let it go, I gotta take you
Ije uri unmyeongingeol yeah

[All] Neoreul bomyeon apa, sumi neomu gapen, ijen naesun japa
[Hyungjun] Geu sarameun neoreul saranghajieanhneunde wae?
[Hyunjoong] Why don't you get it?
[All] Baby let me
Love ya, love ya, love ya

[All] Nae jeonbureul georeo, I jumuneun georeo, we can be so perfect
[Jungmin] Sesangmodu jeokidwindahaedo naneun andwae
[Youngsaeng] Neo animyeon andwae
[All] Baby let me
Love ya, love ya, love ya

[Hyunjoong] Eotteohke neon moreuneunde? Hapil geu saraminde?
Neoui apeun sarangddawin nan bolsueoptneunde
[Kyujong] Ijteo, ni kaseum myeondeulgehaneun geureon nappeunsarang
Ijen jipeochyeo please! Apeun neoreul guhagesseo
[Hyungjun] Geoule bichin neoui nunmuli sorieopsi, euimodoeopsi heureulddae
Naegaseumeun wanjeonhi jjiteojineungeol, I can cross over the sea
[Kyujong] Nareul mideojwi, haneule maengsehalge
Urin majimak sarangi dwiltenikka yeah

[Jungmin] Neoreul bomyeon apa
[Kyujong] Sumi neomu gapa
[All] I simjangi apa
[Hyungjun] Geu sarameun neoreul saranghajianhaneunde wae?
[Hyunjoong] Why don't you get it?
[All] Baby let me
Love ya, love ya, love ya

[All] Nae jeonbureul georeo, I jumuneul georeo, we can be so perfect
[Jungmin] Sesangmodu jeokidwindahaedo naneun andwae
[Youngsaeng] Neo animyeon andwae
[All] Baby let me
Love ya, love ya, love ya
[Youngsaeng] Let me love you baby!

[Hyungjun] Andwae,
Andwae,
Neoeopsin... yeah yeah
Yang awal-away nyanyi tu Hyung Jun bukan Hyun Joong. Nama dorang dekat-dekat. Hehe. Kim Hyun Joong nyanyi part yang ada kerusi tu. Rap sikit. =pp

Rugi wooo kalau sapa tak pernah tengok We Got Married. Dia partner dengan HwangBo. Best!!!!!!



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Wednesday, July 14, 2010

Boleh percaya ke?

Tiba-tiba terasa nak jadi reporter. Hmm tadi kan saya nampak ada 3 bijik kereta polis berhenti dekat rumah jiran saya. Perghhh. Memang terasa nak jaga tepi kain orang la kan. Haha. Ala. Sapa tanak tau apa jadi. Hmmm. Tapi saya bukan orang yang begitu, cewaaaaaah! Dan dan la.

Tapi menurut kata ayah saya, mungkin pembantu rumah jiran saya buat report cakap dia didera sebab nampak dia mengadu kat polis tu sambil buat aksi-aksi kena dera. Boleh percaya ke? Huhu. Dunia dunia. Mana satu yang betul pun kita tak boleh tau. Haritu, mak saya tengah 'lepaking' kat luar rumah, pembantu tu datang tak semena-mena cerita dia didera. Kena tumbuk la, tampar la. Boleh percaya ke? Mak saya tengok sihat walafiat je.Cerita pun macam tak real je.

Teruk juga yer kalau kes dera ni, sampai 3 bijik kereta polis datang. Area Putrajaya ni, polis memang berdedikasi la. Ada je meronda-ronda tak kira waktu. Almaklum la, rumah-rumah sini takda pagar. Harap-harap, cerita ini tipu je. Tapi kalau betul, kesian juga la kena dera. Huii.

Biarlah dah jadi kes polis pun.Takut jugak nak amik pembantu rumah kalau-kalau buat cerita kena dera.

Sekarang saya rasa lapa padahal tadi dah makan sate bercucuk-cucuk. =pp Mahu makan nasi pulak. 

Pssstt..perut kecit tapi mahu sumbat banyak-banyak. Lalala~



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, July 11, 2010

Fynn Jamal - 150 Juta Lirik

Tocey2 kepada Apih . Dia yang bagitau saya kewujudan lagu ni. Hehe. First time dengar terus jatuh hati. Cewah. 

Kenapa?? Sebab lagu ni cam kena sikit saya ngan En BF. =pp Saya laa orang yang keras kepala. Baran xsemena-mena. Haha. Tapi dia salu cakap dia je tau saya macam mana. =) Nampak keras tapi suka nangis?? Hahahahaha. Tapi saya tak mengada-ngada.

Pernah saya tumbuk meja sebab sangat sakit hati walaupun tangan saya tengah sakit. [Bukan sebab marah En BF laa]

Dia cakap: 
"Please jangan buat camtu lagi, dia sedih~sebab saya sakitkan tangan sendiri" =pp

Shhh. Rahsia kita berdua. Hujung bulan ni anniversary ktorangyang ke - 6. Lama kan?? Pejam celik dah sampai 6 tahun. Tapi ktorang mungkin kenal dekat 8 tahun.

Harap-harap saya dan dia ada jodoh!!!

Bila nak kahwin?? 

..... 

Jom layan lagu.

 

Fynn Jamal - 150 Juta

untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--


saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja

suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa


rahsia kita berdua



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, July 10, 2010

Putrajaya Floria 2010

Hmmm..Sebab rasa tanggungjawab jadi penduduk Putrajaya dengan ini maka saya berbesar hati tulis entry lagi untuk hari ini.

Haaaa. Korang pernah dengar tak event Floria tahun lepas? Tak pernah? Tak sempat pergi? Sebab tu laa saya nak announce awal-awal, event ni kembali!!!!!! Jangan ketinggalan ye rerakan. Memang puas hati laa tengok bunga-bunga lawa kat sana.

Date: 10th - 18th July 2010
Venue: Waterfront Presint 2
Visiting hours: Mon- Thurs: 09.00am - 10.00pm
Fri - Sun: 09.00 - 12.00pm

Info lanjut pasal event ni, korang boleh klik kat LINK ni.

Opsss. Saya pun tak pergi lagi laa. Hehe. Tapi saya ada gambar tahun lepas untuk tatapan korang. Mana tau laa kan yang kaki photo tu minat tangkap bunga-bunga yang cantek-cantek menawan ni.

Purple~~

Colourful~~

Sangat cantek!! =pp

Adik-adik yang macam bunga~ =pp


Sorry gamba kecik sangat. Saya amik dari Facebook saya. Gamba asal mana tah letak, malas carik! Kawan-kawan yang ada Facebook saya boleh view dari sana je la ek. =pp

Jom jom~~



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Penat Letih Exhausted

Fuh!

Nampak tak 3 kali cakap penat. Minggu ni memang letih gila ah. Malam ahad dan Isnin dok study untuk assessment. Haha.Dahla silap paham. Ingat ada 10 topic je, rupa nya 20!! Lantak laa labu. Saya baca betul-betul 3 topic je. =pp Oh assessment ni saya cerita nanti.

Haaaa. Lepas kerja semalam, adoii naik LRT nak pergi Masjed Jamek. Sudah plan mahu ke Sogo jumpa kawan di sana. T______T KLCC ke Masjed Jamek dalam 4 stesen je kot. Sekali, ekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..[sound effect LRT brek]. Saya yang macam kura-kura [sebab ada laptop kat bahu] pegang besi kuat-kuat, nyaris nak jatuh golek-golek dah. [inersia beb!]

Isk3. First time saya terperangkap dalam LRT. Takpa laa nak buat lagu mana, tunggu je la gerak. Dahla semak samun announcement pasal LRT rosak ni banyak kali. Nak je jerit cakap "HOIIII KTORANG TAK PEKAK AH, TAYAH ANNOUNCE BANYAK KALI"!!!![*sigh* tapi cakap dalam hati je, kang orang lain cuak lak pandang saya macam orang gila].

Nasib baik saya ni ada skill cakap dengan stranger. Haha skill tu, sembang dengan uncle dengan wife dia. Wooo. Kesian dorang, lagi belas-belas stesen baru sampai. Hampir 2 jam dok dalam LRT tu. Sekali behenti between Dang Wangi dan Masjid Jamek. Fuh fuh lagi sikit je sambil bermonolog dalaman [ guna word sastera beb]. T___T Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! Sekali LRT tu tiba-tiba gerak ke belakang pulak. Sia-sia 2 jam saya tunggu nak pergi Masjid Jamek. 

Ah. Saya tekad, pintu bukak kat mana-mana platform saya turun!! Haha. Nasib baik berhenti dekat Kg Baru, so before melangkah keluar call Azmil confirmkan situ ada teksi tak. Dia pun tolong bagi direction. Uwaaaaa. Syukur dapat teksi.  Ceh!! Dekat je Sogo tu naik teksi. Dahla murah RM4.50 je. Haih haih.

Hahahaha. Sampai SOGO terus carik kawan-kawan saya. Karaoke la pulak. =pp Situ  ada set dengan buffet dinner sekali. Saya yang penat dan lapa ni memang makan tak hengat dunia. Spageti LICIN, Nasi LICIN dan Hotdog LICIN. Sedap hingga menjilat jari.=pp Ahli karaoke tegar: Yana, Chunk dan Aswad.

Haaa ni laa muka saya bila sampai rumah. Haha. Tapi takda la terkeluar lidah macam tu. Saya sopan lagi. Hihi.

Psstt..bila saya penat nak cakap pun letih kot:

Tengah calling calling dengan En. BF, tiba-tiba mata terlelap, termimpi buah anggur kat office yang rangup dan sedap. So termerepek.

Saya: [tengah ngigau] Huuuu. Sampai hati, makan anggur sorang-sorang.

En. BF: [kompius anggur apa ni tapi jawab gak] Errr..buah anggur sedap. Sorry laa kalau makan sorang-sorang bukan salu jumpa sedap kot. [Jujur je reply]

Saya: [tersedar dari ngigau] Haaaaaaaaaaaa..apa ni???Bila masa kita makan anggur, saya [ni bukan kata ganti nama] ngigau kot. Sorry sorry cakap merepek. Hahahahaha. Tapi kenapa *teeettt* [bukan kata ganti nama yang betul] layan???Hahahahahahaha.

En. BF: Ceeeehhhh. Patut la pelik bila masa makan anggur sama-sama. *sigh*.

Pastu sambung cakap-cakap. Err. Tiba-tiba, saya hello hello, orang di sana sunyi sepi ting!! Tengok-tengok dia dah letak phone. Hahaha. Rupa-rupa nya, saya tertido lagi dan dia dok hello-hello, saya diam. Haha. Dia letak laa. Hahahahaha. Nak dengar saya merepek??? Meh meh call masa saya letih. =)



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, July 4, 2010

The Back Up Plan

Hye hye. Ehem. Entry kali ni pun pasal movie. Hoyeah!!! Memang kaki tengok movie ni. Siap marathon lagi hari ni.

Percaya tak? Saya tengok Toy Story 3 for second time. =pp Alaaa. Hari tu tengok dengan member saya. Kali ni bawa adeq-adeq lak. Nasib baik saya memang suka tengok cerita tu. Tengok dua kali pun still gelak beria gak.

Ciss tapi ada yang saya tak puas hati. Saya dah laa lambat sampai dekat cinema tu, Alamanda oke. Sekali tengok orang ramai beratur beli popcorn. Adeq saya dah merengek-rengek nak popcorn. Saya tanya la orang kaunter tu nak confirm kan bila dah masuk nanti kat luar hall tu ada tak jual popcorn lagi sebab sebelum ni saya tau ada. Orang tu kompiden je jawab, kedai dalam tu dah TUTUP!!! Sebab dah lewat masuk saya pujuk laa adeq saya, nanti lepas tengok cerita la beli. Hahahaha. Tup tup masuk. Ada je kedai kat dalam tu. *sigh*

Lepas tengok Toy Story 3, saya pergi beratur  beli tiket The Back Up Plan pulak. Hmm cerita classified under 18. Haha. 18 apa tu saya tatau. Tapi yang pasti bukan 18SG. Tak ganas kot cerita ni. =pp Adoi. Masa beli tu, orang tu remind cerita ni orang umur 18 tahun je boleh. Saya gelak-gelak je la. [Dah selalu kena macam ni] Sekali adeq-adeq saya yang underage tu tiba-tiba muncul masa beli tu. Hahahaha. Gelabah orang kaunter tu, sebab dah print tiket movie. Dia remind lagi,
Eh "kanak-kanak" tak boleh tengok cerita ni tau!!
Hahahaha. Yelaaaa abg oii. Eh ke adeq oiii. Saya gelak je laa. Pastu saya jawab la, budak-budak ni saya nak hantar balik rumah. Tak bawak tengok ah tengok cerita 18 tahun ke atas ni. *Isk3*. Tak kan saya nak cemar otak budak-budak tengok cerita tak senonoh sangat ni. Opsss. Cerita romantik!!

Saya tak expect pun cerita ni best sangat, sebab tengok rating kat imdb cam kureng je. Haha sekali tengok memang okay la. Memanjang je gelak tengok cerita ni. Terhibur saya dikala hari Ahad ni.

Saya tak nak cerita panjang. Jom tengok trailer.




Rating ikut suka saya la : 7.5/10.

Psstt..Ada berapa part dalam cerita ni macam saya.

Haha. 
  • Tak senang percaya kalau orang cakap suka saya. *sigh* tak ada orang cakap suka kat saya kot. =pp
  • Bajet bajet ready kalau orang tinggal kan saya.
  • Kadang-kadang, benda yang remeh-temeh orang tersayang cakap, saya amik serius!! Contoh : Banyak cakap = saya pikir menyampah ke saya banyak cakap = okay..saya takmo cakap dah.. Hahaha.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Thursday, July 1, 2010

Knight and Day

Hui hui.

Letih betul minggu ni. Otak jem! Asyik meeting je. *sigh* Nak buat camne memang meeting itu kerja. T_____T. Sampai sakit balik tangan saya ni, walaupun tak teruk macam dulu. Thanks kat Chunk sebab caring. Tetiba je sms tanya MC ke sebab sakit tangan. Heeeeee. Tak MC ah tapi kalau dah seharian meeting memang tak sempat online la.

Hmm orang kalau letih nak cepat-cepat balik kerja. Tapi saya ni lain pulak. Dah otak jem dengan meeting je, saya sempat pulak pergi shopping sorang-sorang. Pergi makan mcD sorang-sorang kat kL Sentral. Haha. Nak hilang kan stress la kunun! [Sedih kan semua buat sorang-sorang?] =pp

Oh tapi hari ni, lepas meeting officemate ajak saya pergi beli beg. Hihi. Ktorang dah usha masa lunch hour. So datang kedai tu terus beli la. Haih patut dia je beli tapi atas hasutan dia saya pun terpedaya sekali ah. Haha. Memang hilangkan stress betul!!! =)

Lepas shopping pergi tengok movie!! KNIGHT AND DAY.

Tom Cruise dengan Cameron Diaz berlakon. Adoi Cameron Diaz tu dah nampak tua. Kedut-kedut je muka dia. Cerita ni boleh tahan laa, lawak dengan ada action.Tak rugi wooo korang pergi tengok. Boleh gelak-gelak.

Rating ikut saya punya suka la : 6/10.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, June 29, 2010

Anugerah Bintang Popular

Hye hye. [Lambai gaya artis]

Tak sangka, bila tulis blog pun boleh dapat award. Kira macam dapat hadiah gak la tulis belog selalu ni. Jeng jeng. Siap dapat dua, hmmm actually tiga dah. Tapi lagi satu saya lupa amik pastu hilang mana tah. Hehe. So mari tengok apa saya dapat. 

Award 1:

 
1. Anda mesti beri pujian kpd pemberi Award ni
Thanks misznierah ..~~ Kamu memang baik hati. =)

2. Sila beri Award kpd 10 blogger yg laen
10?? wooo..ramai nye. ~~
3. Anda msti memberitahu kpd 10 blogger ni
Ye ye..saya akan bagitau~ =)

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great?
Err..tah..tu kena tanya tukang bagi award..Lala~

Hoyeahhhh!!The bestest belog laa sangat. =p

Award 2:




1. Suka tak dapat award neyh?bagi ucapan sikit...^_^v
Hihi. Yang ni comeeeeel! =) Suka betul! Thanks ek epulz
2. Bintang tuh cantik tak di mata kamu? suka bintang ?
Hmmm nama pun cik bintang confirm laa suka!! (n_n)
3. Dua blog yang kamu selalu jenguk dan baca entry terbarunya
mijie
4. Bagi award neyh kepada 3 blogger yang lain yaaa..jangan lupa tau..
telordibasuh
 
 Hoyeah!! Thank you. Saya terasa macam artis dapat award ni.
Pssstt..Malam ni ada orang bagitau saya cakap terlampau banyak. Hui hui.. baiklah saya tak cakap dah lepas ni. Sobs!! -diam mode-



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, June 27, 2010

Karate Kid dan Toy Story 3

Hui hui. Sekarang terasa macam kaki tengok wayang je. Haha. Every week, kena tengok satu movie. Kalo tak, tidur tak lena, mandi tak basah, haha sebab asyik teringat je. Yele tu!!! =p Alaa. Sebab dok tengok trailer masa tengok cerita lain tu pasal macam boleh plan nak tengok cerita apa seterusnya. Hihi. Penat ke letih cam mana pun kalau ada masa je confirm la layan. (n_n)

1. Karate Kid


Best woo cerita ni. Terasa macam teringat komik Dragon Ball je. Opss. Itu hyperbola. Tak ada menda boleh ganti ke"best" an Dragon Ball, komik okeh.

Korang tengok trailer pun paham kan. Haha. So saya tak nak cerita lebih-lebih. Memang bagus korang tengok sendiri. Cerita ni, lawak ada, serius ada dan sedih pun ada. Cukup perasa. 
 Everything is kungfu!! =)

Rating ikut saya punya suka laa : 8/10.


2. Toy Story 3 - No toy gets left behind.


Haaa. Saya memang suka tengok kartun. Hoho. Cerita ni saya dah agak dah tak banyak effect2 yang menarik macam How to Train Your Dragon sampai kena tengok 3D. Alaaaa. Tapi saya dan member pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk, yang sumpah macam tak best. Opss. Penduduk Wangsa Maju jangan marah~.

Kat ctu tak boleh shopping la. Tengok movie oke jerk! Haa. Time yang ktorg nak tengok tu tiket untuk tayangan biasa sudah abis. So terpaksa laa tengok 3D.

Tapi oke laa. Sebab nampak cam toys tu real je. Hehe. Hui, bila tengok Andy tu sayang gila toys dia. Saya pun pikir laa mana mainan saya masa kecik. AAAAA. Mana ek? Hahah. Oke oke. Saya rasa saya tak ada mainan macam patung-patung tu. Saya ada keretapi, penguin bergerak turun eskalator dan pistol kot. Yang lain tak ingat~~ Haha.

Hmmm. Baru sekarang saya ada bear, sotong, rabbit, elmo, badak, keldai, kucing dan sebagai nya. Hehe. Saya sayang semua nya!!!! =pp

Rating ikut saya punya suka laa : 7/10.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Thursday, June 24, 2010

Rezeki Murah

Title entry tiru name blog sangilapi.

Harap - harap dia tak kisah, suka baca belog dia. Hari ni sebelum balik kerja pergi singgah makan dekat foodcourt KLCC dengan kawan. Heee. Dari semalam teringin makan McD. Tercapai gak hajat. 

Sambil makan sambil borak la. Kalo bukan perempuan memang tak sah la kalo tak bersembang. Sembang punya sembang tetiba cakap pasal parent ktorang. *sigh*. Kawan cakap, kadang -kadang dia terbayang kalo tetiba mak ayah dia dah xda. Huuuu. Saya ingat saya seorang je pikir macam tu. Saya pun kadang-kadang terpikir, macam mana kalau mak ayah dah xda. Maaf kepada yang sudah merasa kehilangan. Sedih gak rasa bila rasa tu datang, haih tapi degil tak berbakti sangat dengan mak ayah sekarang ni. Wuuuuu! 

Semalam sembang dengan mak. Mak cakap gaji saya sekarang sama macam gaji mak yang dah berpuluh tahun kerja. Dulu gaji mak yang tak sampai gaji saya boleh je cukup makan bagi anak-anak seramai 8 orang.

Sekarang mak dah tak jadi cikgu, jadi pegawai baru laa bukak mata nak bergaya-gaya. Mula-mula saya rasa macam tak patut mak ikut orang bergaya kat office tu. Sebenarnya bila saya fikir balik, bukan mak nak bergaya sebab ikut-ikut orang. Sekarang anak-anak 3 orang dah besar. Kerja lagi. Boleh bagi duit kat mak bulan-bulan. Baru sekarang rasa macam senang sikit, lepas berpuluh tahun kerja. Apa salah nak merasa semua benda macam orang lain. =pp 

Huii, kadang-kadang merungut gak saya, beli macam-macam untuk rumah yang mana confirm la saya tak boleh angkat pindah pergi rumah saya lepas kahwin. [Bajet nak kahwin laaa]. Tapi bila fikir balik, bila lagi nak beli macam ni tuk mak ayah. Bila dah kahwin sibuk hal family sendiri. Entah-entah tak dapat kesempatan pun nak buat macam ni lagi. Saya tau dorang mampu je beli sendiri, tapi benda camni kadang-kadang buat dorang happy. Ehem!! Nampak laa sikit kan, penat lelah dorang terbalas. Cewaaahh. **entry ini seriussss**

Hahaahhaha. Okeh! Mari nak bagi pesanan dari mak saya,
  • Jangan suka merungut cakap takda duit, nanti memang sentiasa takda duit. 
  • Kalau tetamu datang, layan la betul-betul bagi makan minum.
Sobs!! Entry emosi. Ni semua sebab Sarinah, officemate saye.

Terima kasih kat ayah dan emak. Saya bersyukur dengan gaji saya yang ada walaupun tiba-tiba gaji naik sedikit dari yang dibayangkan. Hehehehehehe. Tahun depan mungkin banyak melimpah-limpah.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, June 22, 2010

Ada Apa dengan Nama

Yeay. Saya sudah berusia 24 tahun 10 jam 25 min. [Masa start tulis entry ni la]

Hmm. Saya dilahirkan sihat dan dinamakan dengan nama yang agak sweet dengan makna yang baik.

"Sebaik-baik" dan "Yang Pemurah"...Cewah.

Hmm tapi tak ramai orang paggil nama ni. Saya pun satu gedik -gedik eja nama panggilan "KN" jadi K'aNne, kay-N, kN dan macam-macam. Haha.

Macam glemer la tu orang panggil camtu. Hahahahahaha. Tapi korang tau nama panggilan saya kat rumah? Oh mak ayah je memang panggil nama sebenar saya. Adik-beradik panggil nama lain. Memalukan sungguh! Tayah la saya bagitau apa dorang panggil.

 Hari tu, saya bawak adik ke PETRONAS stesen. Isi minyak dan beli jajan untuk dia la. Adoiiii. Dah dia pendek pastu sesat lak dekat celah-celah rak tu. Tak nampak saya agaknya. Terjerit-jerit panggil nama panggilan saya. Haha. 

Confirm laa saya tak jawab kan!!!! Ampeh punya budak.

Setiap kali keluar dengan adik-adik, saya mesti remind dorang,

"Korang nak panggil name ****, slow-slow ah. Malu kot"

T_____T

Pssstt..bukan "adik" ek. Tayah la teka. Korang tak tau punya. =pp



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Sunday, June 20, 2010

24 versus 14

Hari ini terlebih rajin sebab saya post 2 entry dalam satu hari.

Patut siang tadi plan nak pergi kenduri anak bos saya dengan officemate lain. Tapi al-maklum la semalam berjalan tak ingat dunia dengan family. Sampai rumah pun dekat 4 pagi. =pp So memang tak larat ah nak pergi kenduri tu since jauh kat KL kena naik LRT, ERL dan sebagai nya.

Tapi rezeki saya murah. Mak pulak ajak pergi kenduri kawan kat Putrajaya. Hehe. Bab-bab makan ni memang saya tak tolak la. (n_n).

Adoii..satu je malas ikut mak. Jumpa kawan-kawan dia mesti tanya saya tingkatan berapa. Haha. Hish. 21 June 2010 ni umur saya meningkat 24 tahun laaaaa. Kenapa orang kata saya sekolah lagi ni. Sobs! Saya sudah habis belaja kat U, sudah bekerja. Orang kata best la awet muda. T____T Tapi tak best macam kenduri tadi dia bagi orang-orang dewasa je doorgift, dia ingat saya budak-budak terus saya tak dapat. Uwaaaaaaaaaaaaa!

Ni muka saya seminggu yang lalu. =)

     Adik kecik saya yang AMAT manje! =p

Psstt..Motif entry nak bubuh pic sendiri kat blog. Bila lagi kan??kan??



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Penangkap Orang Kaku

Seminggu sudah berlalu.

Ahad lepas bersamaan 13 June 2010, hari perkahwinan sepupu saya, Abang Jai. Haha. Antara sepupu saya dia la antara orang yang kahwin agak lewat. 27 - 28 tahun kot umur dia. Ehem! Nampak gaya saya pun macam tu kot. *sigh* Andartu? =pp

Macam biasa la kalo majlis saudara - mara ni memang kena tolong la kan. Tak kan nak buat bodoh je. Tapi kali ni saya pergi rumah dia tu memang lewat ah. Hahahaha. Dah bekerja ni memang penat sikit ler, tidur je penting. So datang pagi-pagi kenduri je. Nama pun buat katering ingat tak pa la kan. Ceeeehhh! Rupa nya banyak lagi tambahan kena buat sendiri. Cuak beb saya tengok. Tup tup saya kena buat hidang pengantin. Power rangers kot! Kecik-kecik dulu dah pernah tolong buat hidangan ni. [Padahal taram je].

 Opss tak ada gambar untuk hidangan pengantin. Tapi percaya la hidangan itu cantik. Siapa-siapa nak upah saya boleh punya. Hahahaha. =p

Selesai je buat hidangan tu, ingat mahu melepak. Tetiba kakak sepupu panggil tanya tengah buat apa-apa ke. Citttt. Tak senang tengok orang duduk ke? Haha opss kidding. Rupa nya dia lantik saya sebagai main photographer untuk adik dia. Pergh!! Saya ada rupa photographer professional ke?? Haha. Camera dslr pun tak ada. Ada Lumix DMC-T27 je. Tapi orang dah mintak tolong. Saya belasah je la labu. Kenduri sepupu perempuan pun dorang suruh saya gak. Pelik bin Ajaib. Saya tak bukak company pun lagi ni.

Jom tengok hasil belasahan saya guna camera "murahan". Oh ni xdak edit, resize je la. Tak reti kot. =p


Pak Ngah saya. WOW gagah tu angkat. =p

Abang Jai dan Kak Sheeda.. 

 Happy nyee!!

See. Amatur gila. Hahahahaha. Saya tak pandai pun. Tapi orang mintak saya tangkap je. Kalo korang nak upah saya pun boleh. Upah bagi makan kenduri je pun jadi laaaa.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Friday, June 18, 2010

ACKKC

Cewah. Title cam kod rahsia, macam typo pun ada. Hari Rabu lepas hang out dengan ex-osmet masa kat UTP dulu. Pergh. Naik kereta Azie, Mazda apa tah. Rasa-rasa nya la. Saya bukan arif bab kereta ni. Tapi memang WOW! Banyak button sampai pening kepala saya tengok. Hehe.

Masa tengah sedap meng"update" cerita [gosip la bang pe lagi]. Tiba-tiba kedengaran satu lagu dari corong radio. Haha. Haih kesian terus penyanyi tu jadi bahan gosip pulak. Nak tau siapa? RAHIM MAAROF ! Hish masa dorang sebut nama dia tu. Saya memang pernah dengar nama tapi rupa saya memang fail la ingat.

Perghhh. Nyanyi lagu ACKKC. Haa. Korang tau ke apa dia? Aku Cinta Kerna Kau Cinta. Fewiiiiittttt. Macam ayah cerita masa ngorat mak dulu. HACKS = Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Sambil hulur gula-gula HACKS. Haaaa. Kreatif apa orang dulu-dulu. Tayah emas bergemerlapan pun boleh ngorat apa. =pp

Jom ah layan lagu Rahim Maarof ni. [Mendapat kencaman hebat dari rakan-rakan]. Haha.





Pernah kah kau menyatakan cinta
Jika hanya untuk kau dustai
Akhirnya kau lupakan
Hanya kerna dia
Yang engkau cinta

Kesetiaan yang pernah kuberikan
Tak berarti dihatimu
Saat kau tiada pernah kaurasakan sama seperti hatiku

Aku takkan mengharapkanmu
Jika memang kau tak mencintaiku
Aku cinta hanya kerna kau cinta

Tidur malammu pasti terganggu
Aku juga seperti kamu
Aku tahu kau mencintaiku
Aku juga cintakanmu

Aku cinta hanya kerna kau cinta
Aku cinta hanya kerna kau cinta

Aku takkan mengharapkanmu
Jika memang kau tak mencintaiku
Aku cinta hanya kerna kau kau kau cinta aku
Kau cinta aku

Aku cinta hanya kerna kau cinta

Psstt: Kalau orang tak cinta takkan kita nak cinta pulak kan??? kan?? =p



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Tuesday, June 15, 2010

Telinga Masuk Air

4 June 2010 genap la setahun saya menjejakkan kaki dengan Menara Berkembar yang tertinggi di Malaysia. Ceh. Ayat poyo. Eh eh. Bukan nak cerita pasal kerja. Haha. Tapi nak habaq mai ni, dalam setahun ni dah berapa kali saya pergi kerja dalam keadaan "PEKAK".

Kenapa boleh jadi pekak? Sebab telinga masuk air la bila mandi masa pagi-pagi tu. Haa. Hari ini officemate memang bantai gelak je laa kat saya. Cakap dekat-dekat pun kurang dengar. Sampai telefon kat sebelah pun tak dengar. Pastu ayat paling favourite saya cakap hari ini : "Haaa..Apa apa??Ko cakap apa?" Lepas cakap camni confirm la dorang gelak. Grrr. Esok esok dorang lak kena dok gelak kat saya. Haha.

Sampai bos kat belakang panggil pun saya buat derk. Sebaik orang lain dengar tolong bagitau saya. Cuba kalo saya buat bodoh pastu blah je. Memang jadi anak buah DURHAKA laa. Tak lama saya hidup kat situ nanti.

Selalu bila kena camni, saya cuba petua biasa orang buat :

1. Masukkan air ke dalam telinga yang PEKAK tu.
2. Tutup hidung pastu hembus kuat-kuat.

Weh! Tipu laaaa. Kenapa tak elok gak. Hmm tapi saya pelik. Kenapa rasa nya kalau keluar dari bangunan tinggi tu telinga saya cam normal je boleh dengar. Pelik Bin Ajaib kot!!! *sigh* Esok harap-harap dah okay.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Monday, June 14, 2010

World Cup 2010

Demam bola? Demam World Cup??

Saya tak demam pun. Nak tengok pun tak da mood. Sobs! Takda geng ah nak tengok kat rumah ni. Ayah pun asyik not available je. Camne nak tengok sama-sama. Tengok sorang-sorang xdak feel woo orang kata. 

Mengimbau kenangan masa sekolah. Kebanyakan sukan kat tv layan. Paling best masa World Cup 2002, memang layan gila ah. Korea Republic main cambest masa tu. Suka sangat! =p Dahla ada geng-geng memang semangat tengok segala jenis sukan. Oh. Masa saya lari pun dorang "tonton" gak, live gitu! Kehkeh. Masa dorang lari pun saya sokong gak. Semangat assabiyah dorm bukan rumah sukan. Pedulik orang kata apa.

Ada sekali tengok England lawan apa tah. Benci David Becham. Bila penalti je die wat spoil. Haha. Macam la saya reti main nak benci-benci dia. Marah teramat sangat sampai menitis air mata saya. Haha. Itu lawak okay. Adik beradik saya lain semua terkejut pastu apa lagi jadi bahan ejekan la. Oh air mata mudah meleleh.

 
Haaa. Nampak ni geng tegar saya masa sekolah dulu. Sanggup ponteng prep or datang lambat prep.
Psst..kalo tak ada apa-apa pun still suka ponteng. Haha. =pp
                                                                      
Hmm. Bila ingat balik, memang rindu dorang. Uwaaaa! Sobs.

Tinggal kan World Cup kejap. Teringat Thomas Cup tahun bila tah. Eh yeke Thomas Cup? Ah..Belasah la labu. Masa tu, tayang masa prep petang. Memang degil gila la takmo pergi prep sebab nak tengok. Sekali warden buat pengumuman kena kosong kan hostel. Benci benci! Apa lagi buat muka seposen pergi rumah warden nak jugak dapat permission tengok kat tv. Hampa. Terpaksa gak pergi prep.

Fuh! Sebaik pergi awal sikit. Sampai kelas tengok budak laki ramai gila kena pumping depan dewan makan. Heeeee. Hmm. Tapi sweet memory la sebab ktorang memang supportive gila masa dulu. Hehe.

Psssttt..saya kan anak ayah. Haha. Kadang-kadang join ayah tengok sukan bina badan. ABANG TAF!! Hahaha.



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p

Saturday, June 12, 2010

The A - Team versus LBS

Saya "annual leave" hari Jumaat. Hish! Cuti saya banyak lagi kot, sebab tahun ni banyak MC so orang pikir saya asyik cuti je. Kesihatan saya macam mana? Malas pikir. Takmo jumpa doktor dah. Takmo sambung terapi. Takmo makan ubat. Ye ye saya memang manusia degil. =)


Eh melalut. Saya memang!  Jumaat hari yang bahagia. Kenapa?

1. Birthday mak saya.

Korang beli hadiah apa untuk mak? Ala tak reti la. Family jenis tak celebrate birthday orang. So saya beli choclate yang sudah siap berbalut nampak grand padahal berapa ketul je isi. Haha. Saya suruh adeq kecik bagi kat mak sebab saya segan. Haha dorang semua ingat saya bagi hadiah perfume! Teeeet salah.  Memang niat di hati nak bagi perfume. ** Ye mak nanti I cari laaa.**

2. Encik BF muncul kat KL

Opss lama tak tulis nama dia kat sini. Nak buat semak-semak je. Eh gurau je pakcik. Sobs! Berapa bulan tak jumpa. **Cerita dia setakat ini** Teeet!

3. Menonton A-Team

Yeayyyyy! Sebaik sempat tengok cerita ni. Haha. Saya dengan seikhlas dan baik hati bagi rating 7.5/10 kerana menghiburkan saya. Cerita ni saya tak la expect best sangat. Sekali wow! Kelakar dan tak bosan. Kadang-kadang cerita yang tak digembar gemburkan WOW macam LBS lagi best kot. **LBS tak berbaloi** Haha. Macam anti je kan??

Bagi sapa yang suka cerita action dan ada komedi, saya recommend cerita ni.

4. Saya sokong ORANG KUNING

Hoyeah! Dalam 10 tahun ni saya dah ada 4 nombor telepon. First guna masa form 5, cewah dok asrama dah gedik ada fon. Hellooooo. Ada fon pun saya tak mengecewakan mak ayah. Belajar juga walaupun masa terbuang 2-3 jam bergayut tetiap hari. Ah!! Marah orang yang call saya masa tu. =pp Sekali pakcik warden rampas abisla no tu mampus. Tamat la riwayat! =)

2nd nombor saya beli masa masuk U. Lawa no maxis ni. Haha lawa ke? Senang nak ingat la la. Best! Banyak sweet memory kat citu. Ye ah. SMS En BF bagi masa tu, ngorat-ngorat saya simpan lagi. Maaf SMS orang lain saya delete saja. =P 

3rd, saya beli masa Final Year. Guna celcom pulak. Yela. UpaX beb! SMS 1sen. Sekarang dah jadi1/2 sen. Masa tu call pun rasa murah. Tapi dulu tak kerap call sebab boleh terus dating. Haha. Sekarang boleh rasa bankrup. Yele balik kerja ada je nak cerita kat dia, abis 10 hinggit satu malam. Gilo!

Last one, hopefully la. Haha. Yeay! Saya pakai Line Digi. Call dan SMS unlimited. FREE! Saya suka. Hmm. Tapi sayang nombor celcom dan maxis. Macam mane ni? Tak kan nak guna sampai 3 fon. Neway, celcom still jadi main number sekarang. Huiii. Korang recommend kat saya la fon yang best. Nak beli! Hehe.

Oh caca merba pulak post ni. Layan je la labu. +___+



Alamak ada LIKE je..DISLIKE tak ada laaa..=p